05 September 2009

Cinta Pertama vs Cinta Pandang Pertama

Jap2 tadi aku dah bertazkirah.... Ok... Ada sesapa yang tersentap dengan tazkirah aku sebentar tadi???

Ok... Sambil dok teguk Nestlo ais ni tetiba zasss... Mai satu idea untuk entri aku iaitu Cinta Pertama vs Cinta Pandang Pertama.. Tah apa angin tetiba hati bergoyang sikit nak bercakap tentang cinta ni... (mungkin ke sebab Nestlo ais ni yang menyebabkan tetiba hormon aku bertukar menjadi romantik..thanks kepada adik pembancuh Nestlo ais ni yang membuatnya dgn penuh kasih sayang.. mungkin sebab tu la Nestlo ais dia memang yang paling sedap di dunia ini...)

Kalo ikut takrifan kamus oxpod terbitan CahayaChenta Sdn Bhd, di takrifkan..

Cinta Pertama : Cinta yang pertama kali hadir dalam hidup korang...

Cinta Pandang Pertama: Keadaan di mana, sekali imbas ke korang tgk muka seseorang, hati korang dah dup dap dup dap.. AKU DI LAMUN CINTA!!!!

Ok.. sapa2 tak setuju dengan takrifan kamus oxpod...

Cinta Pertama belum tentu sekali bermula dengan Pandang Pertama... Begitu juga dengan Cinta Pandang Pertama belum tentu sekali Cinta Pertama kan...


(pic credit to Uncle Google)


*******

Kisah Cinta Pertama aku dan Cinta Pandang Pertama aku???

Dua2 aku pernah alami...

Cinta Pertama aku ialah ex aku dulu... Tapi dia bukan la Cinta Pandang Pertama aku... kisah cinta kitorang amat unit, pelik dan mungkin jelik... Dia adalah sepupu classmate aku masa form 5 dulu yang bernama Zul*****... Bermula dengan 1 sms dari Zul, aku mula mengenali ex aku tu... 

Kisahnya masa tu aku di matrikulasi... Zul ada hantar 1 sms kat aku untuk mengucapkan selamat hari raya dengan menggunakan hdphone ex aku... So ada 1 hari, ex aku tu kol aku balik tanya aku siapa, aku pulak balas balik bertanyakan dia siapa...Dari situ kitorang mula berkawan, tapi hanya sekadar bersms sebulan sekali...Masuk sem 2, masing2 berdiam diri... ye la... Kehadiran dia tak memberi apa2 makna pun masa tu sebab aku dah ada 'kenangan ke-2' aku tu...

Mula rapat balik masa aku kat sem 1 di UiTM... Ketika tu aku sedang berduka lara bila 'kenangan ke-2' aku sudah berpunya... Manakala ex aku pulak berduka lara sebab di tinggalkan kekasihnya yang memilih lelaki lain sebagai suami... Sama2 tengah sedih... Saling bertukat pengalaman masing akhirnya pada 10/2/ 2006, kitorang declare sebagai kekasih... Phewitttt... Declare dlm tepon je pun.... 

Setelah 3 bulan bercinta, barulah kitorang berjumpa... 


Sapa pernah ada 'cincin pasangan'.. Kitorang ada cincin ni... Sebentuk untuk aku dan sebentuk untuk dia... Kat cincin aku tertulis "Wan love An" manakala kat cincin dia tertulis "An Love Wan"...


(pic credit to Uncle Google)

Bila bergaduh, cincin tu yang selalu jadi mangsa... Geram pada si dia, cincin tu yang aku gigit2.. Sungguh ganas... Tapi yang pelik nya lepas kitorang berpisah, cincin aku tu hilang.. Serius!!! Bukan aku sengaja hilangkan... Sampai sudah aku tak jumpa cincin tu.. Dan tu kali terakhir aku memakai cincin... 

Ok tutup buku... Tak payah nak gebang lebih2 kisah cinta sendiri....

Cinta Pandang Pertama aku pulak melibatkan 'kenangan ke- 2' aku... Tapi hanya cinta yang terperap dalam diri aku je... Tak payah nak ulang kisahnya camne sebab korang boleh refer kat entri ini ---> Klik sini...

Sejujurnya, aku dah mengenali empunya diri before blind date tu lagi... Semuanya hasil usaha kawan2 aku yang mencari siapa gerangan manusia yang telah membuatkan aku kerap tersenyum sorang2... Walaupun ada suara2 sumbang yang menggelarkan dia muka ibarat permukaan bulan, tapi sapa sangka kali pertama melihat dia aku dah terjatuh tangga...ehh... terjatuh hati.... *dengan kata lain faham2 la terjatuh apa lagi*

::NotaKakiKu::

Walaupun ada yang membenci kisah2 cinta mereka yang sering tewas, tak boleh di nafikan hidup amat indah ibarat di hujani bunga2 ros ketika hati kita sedang di lamun cinta...

Walaupun ketika sedang 'berperang' dengan si dia, bunga ros bertukar menjadi bunga tahi ayam, tapi jauh di sudut hati sebenarnya kita akui, cinta melengkapi kehidupan kita...

Bukan ke wanita di jadikan dari tulang rusuk lelaki... Jadi lelaki dan wanita adalah saling melengkapi...

Cuma...

Nak mencari siapa empunya tulung rusuk yang aku pinjam ni yang agak susah.... *sigh*

13 comments:

sI tEDI said...

cinta pertama vs cinta pandang pertama..

aku kena semak balik diari zaman2 purba ni. makluumlah.. dah berumur tak berapa ingat.
ekekekeke

cahayachenta said...

si tedi>> jenuh la nk tggu ko habis menyemak semula diari ko tu tedi...

kesian mok cik dah tua... biar tua asalkan awet muda... hak2...

░♥si lampu neon♥░ said...

sedih la cite2 cinta ni..buat aku haru jer..

anyway, ko ni ikan pirana ke ape suke nak geget cincin ni..tertelan kang!

mamai said...

cinta itu untuk semua...
suka dan duka adat bercinta
cuma tak suka membenci kala kecewa
bercinta untuk mengenal hati budi
bukan berjanji sehidup semati
pasti ada sesorang untuk tiap orang
masa akan menentukan
kerana Dia yang mengetahui

ber_uwang said...

cinta tak semestinya memiliki kerana cinta itu bukan sesuatu yang pasti

cahayachenta said...

si lampu neon>> dah tu kalo aku gigit orgnya tak pasal2 aku kena tangkap polis kang... arghh... jgn cakap psal tu.. seriau aku dengor... tak mau la aku gigit2 cincin lagi lepas ni.. hak2...

cahayachenta said...

mamai>> kecewa dlm cinta terdahulu buatkan kita belajar membaiki diri...

cahayachenta said...

ber_uwang>> ye ker??? cam ada pengalaman je?? hak2...

api said...

cinta???
its weird actually..
huhuhu

cahayachenta said...

api>> cinta yg pelik atau org yg kata cinta tu pelik yang pelik?? haaaa.. dah pening la tu...

abang besi said...

ggt cincin tu pebarg....mkn terus..ngapp!!!

ha senang sikit...hahah

cahayachenta said...

abang besi>> aku bukan pemakan besi spt abg besi.... huisshh.. tak berbaloi la nk mkn besi hanya kerana seorang lelaki../

woot-woot said...

lol tabek,before blind date da kenal..mihahahhaha jahat xD



melukis komik itu haram ?!##
perokok pon nak bela palestin ?!erk##
hina seorang pendosa,boleh ke?##
sape kata kt malaysia takde penguin?ade lah !

Post a Comment

Comelnya pengkomen-pengkomen ni...

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)