Di hari terakhir tahun 2009, aku merasakan kelegaan yang teramat. Hari ni Allah SWT betul2 dah mudahkan urusan aku. Berkaitan yuran semester baru aku. Sepatutnya UiTM tak boleh keluarkan fianancial guarantee lagi sebab aku masih belum mendapat pengesahan dekan berkaitan proposal projek master aku. Tapi aku minta tolong juga kat diorang. Sebabnya aku mmg tengah parah sekarang, Takkan aku nak bayar guna duit elaun aku. Dah la mak aku saki. Of course aku nak juga bantu adik beradik aku bayarkan kos rawatan dialisis mak aku.
So nasib baik pihak UiTM dapat sediakan surat guarantee tu dlu... So takyah la aku keluarkan duit nak byr yuran...
Thanks kat Puan Akma dr Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UiTM.... MMg dia myk la bersusah payah hantar surat tu kat aku hr ni juga.. kalo tak kan, memang aku pening la...
Thanks kat Puan Akma dr Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UiTM.... MMg dia myk la bersusah payah hantar surat tu kat aku hr ni juga.. kalo tak kan, memang aku pening la...
*************
Dlu aku ingat nak buat kronologi sejarah2 2009 aku... Tapi tak sempat nak ingat semua. Cuma apa yg aku tuliskan di sini adalah sejarah2 yg aku akan kenang sampai mati.
*************
1 Jan- Azam tahun 2009: aku nak kurus!!!! Tu je... Takda lain.. azam yg akan di renew every year.
14 Jan- Pertama kali menjejakkan kaki ke USM Transkrian. BEnda pertama yg keluar dr mulut aku, "eeiii tak best nya tmpat ni... Kecik je tmpat dia..."
Hakikatnya dah setahun dok kat situ, aku dah mula biasakan diri... Dah tak rs kebosanan tahap giler pun. Dah mula jatuh hati lak dengan USM...
Feb- Memohon biasiswa UiTM...
April- Dipanggil menghadiri temuduga biasiswa UiTM. yang tak sangka boleh dapat tu ialah aku hantar borang permohonan tu ms last day dia... Perghh mmg rezeki la.
Mei- berkenalan dengan en seseorang. Untuk pertama kali selepas 3 tahun hati aku terusik oleh seorang lelaki. Entah kenapa aku rskan seolah2 aku ada keserasian dgn dia. He makes me laugh, smile and meaningful.
Jun- Buat pertama kali berjumpa dgn en seseorang di Taman Pekaka berdepan dengan USM pada tnaggal 6 Jun 2009. Terasa seperti timbulnya 1 perasaan lain selepas berjumpa dgn dia.
Julai- Mula terasa seakan2 aku dgn en seseorang semakin jauh. Ketika ni dia berada di Shah Alam.
Ogos- Hanya kerana 1 pertanyaa, hubungan aku dgn en seseorang terus terputus. Dia terus mendiamkan diri. Semua yg berlaku hanya tiba2. Betapa payah aku nak biasakan diri tanpa dia. Terima kasih kerana mengajar aku untuk berharap pd sesuatu yg tak benar.
September- Hidup aku terlalu kacau bilau. Masih belum terima apa yg dia buat kat aku. Kenapa perlu diamkan diri sampai mcm tu sekali. Salah ke aku bertanya...
Oktober- Mula membina kembali kekuatan diri. Tapi segalanya punah bila en seseorang menghantar msg mengatakan dia akan berkahwin pd bulan Disember. Yang paling mnyedihkan mjlisnya mungkin dh lama dirancang. Kenapa perlu hadir dlm hidup aku???
November- Aku cuba bina kembali kekuatan diri aku. Dia mmg telah ditakdirkan untuk org lain..
Disember- Bulan yg paling meletihkan dan mencabar. mak disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan pelu menjalani rawatan dialisis. Kalo la aku mampu menanggung separuh drpd kesakitan itu. Aku, abah aku dan adik beradik aku cuba memberikan yg terbaik pd dia. Soal wang bukan lagi masalah utama. Yang penting mak sihat.
31 Disember- Manakala pada hari ini dan saat ini 31/12/2009 aku sudah pasti en seseorang sudah bergelar suami. Tiada lagi yang perlu aku ingati. Biarkan semuanya menjadi sejarah antara aku dgn dia. Sekurang2nya aku belajar supaya tidak terlalu mengharap pd sesuatu yg mustahil. Seolah2 aku rskan ruang utk seseorang yg bernama lelaki dh terkubur dlm hati aku.
Bagaimana dgn azam 2009 aku??? Tak tercapai!!!
Tapi...
Berhasil juga..
Walaupun tak kurus, aku tetap berjaya menurunkan 7 kg berat aku... Syabas!!! haha~~~
Sesuatu yg berlaku pastinya ada hikmah..
Sekurang2nya kni aku hanya perlu memikirkan mak aku... Itu adalah harapan yg paling pasti...
Semoga kehadiran 2010 menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk aku dan keluarga aku.
Cinta itu pasti akan hadir juga cuma bukan waktunya ia singgah di hati aku....
2009 in memories..
The End