About

Powered by Blogger.

Terasa nak tolak je biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Bagi sesapa yang dah lama follow kisah aku mesti ingat kan aku pernah citer pasal aku dapat tawaran biasiswa TPM ni.


Ikutkan penerima biasiswa ini akan di ikat sebagai pensyarah uitm selama 7 tahun selepas habis belajar. So tu yang membuka minat aku untuk memohon biasiswa ini dan alhamdulillah aku telah ditawarkan biasiswa ini berkuat kuasa 1 julai 2009. Masa tu aku memohon untuk course Polymer Technology. Bukan apa, masa degree dulu memang tu course aku pun so that's why la aku apply. Memang semangat nak berbakti kepada uitm tu berkobar2 la...


Yang sedihnya, sampai sekarang duit biasiswa aku masih hold disebabkan masalah yang dicetuskan oleh fakulti sains gunaan (FSG).


Kisah nya, sekarang ini dekan FSG masih tak nak menandatangani surat pengesahan melanjutkan pelajaran aku. Menurut dia aku perlu membuat pembetangan proposal untuk mengesahkan yang research yang aku buat kat usm sekarang ni berkaitan dengan bidang yang diorang tawarkan kat aku. 


Kalo itu kehendak dia aku tak kisah... aku dengan rela hati akan buat presentation tu.


Itu yang diberitahu kepada aku pada bulan 11 tahun lepas... Aku ulang TAHUN LEPAS... so aku pn follow up la dengan staf FSG yang uruskan biasiswa ni... 


Diam punya diam, lama2 aku call balik staf ni. Dia kata kat aku bukan dia yang uruskan tarikh pembentangan tu sebab aku master so staf lain yang uruskan...


AKu pn kol la pulak staf yang dinyatakan tu.. Tunggu lagi dia set kan tarikh... Lama2 diam macam tu je... Bila aku kol, dia kata pulak dia hanya uruskan pembentangan student master yang nak sambung di uitm sedangkan aku dah pun sambung master di usm. So menurut dia, aku kena tanya balik staf yang pertama tadi...


Tak habis di situ... Diorang pun dah keliru nak letak kes aku ni bawah sapa... Sebabnya aku dah sambung master dan juga dapat TPM... ikutkan dalam prosedure mmg tak perlu pembentangan tapi dekan tetap berkeras nak aku buat pembentangan juga..


Bayangkan dah 3 kali aku berulang-alik ke uitm tapi perkara ni masih tak settle... Hanya 1 sebab..


DEKAN TAK NAK SIGN SURAT PENGESAHAN AKU!!


Fine... kalo dia masih berkeras nak aku buat juga pembentangan didepan lembaga akademik... AKu boleh... Tapi kenapa dari bulan 11 tahun lepas lagi tarikh pembentangan tu tak dapat di tetapkan lagi.. masing2 pass aku kat orang lain..


WTH!!!


Aku memang sayangkan uitm... Banyak sejarah aku di sana... Kat sana prestasi pelajaran aku meningkat sehingga aku berjaya mendapat ijazah kelas pertama... Memang niat aku sebolehnya nak menabur bakti kepada uitm balik... Tapi ini balasan yang aku dapat..


Lantak la kalo orang nak kata aku emo ke... lebih2 nak sanjung uitm... Tapi itulah semangat aku yang sayangkan tempat belajar aku..


Yang buat aku sedih bila ada sorang daripada staf tu cakap kat aku supaya tolak je tawaran ini,... Apa kejadahnya dia nak aku buat macam tu... Dia cakap aku dah lama sambung belajar, tak payah la amik biasiswa ni... Duit dia ke yang digunakan dalam biasiswa ni?? Memang senang cakap kalo tak kena dengan batang hidung sendiri kan... KAlo tak nak bagi, baik reject aku awal2 dulu lagi... Masa interview dulu lagi reject aku kan senang.. kenapa dah nak dekat setengah tahun baru suruh aku tolak biasiswa tu....


Dekan pernah cakap kat aku reason dia nak suruh aku buat pembentangan ialah dia nak pastikan kajian yang aku buat sekarang selari dengan bidang yang aku akan mengajar nanti.. Then dia cakap kalo tak selari, dia akan tarik balik biasiswa tu...


Ya Allah.. Kejamnya kalo itu yang dibuatnya...


Wajarkah???


Aku dah berhabis hampir RM2000 semata2 nak uruskan biasiswa ini. Lengkapkan permohonan aku dengan medical check-up, test IELTS... untuk apa semua tu??


Yang interview aku dulu bukan orang lain pensyarah FSG juga.. Kalo rasa kajian aku ni meanless for them, just marked my application as rejected... Buat apa keluarkan surat tawaran kat aku...



Bayangkan disebabkan biasiswa TPM ni aku dah batalkan biasiswa BAJET MINI aku.. Aku tolak biasiswa USM aku... So kalo ini diorang nak tarik balik, aku nak teruskan pelajaran macam mana,,,


AKu percaya kalo itu yang terjadi memang aku dah tergolong dalam golongan yang teraniaya... Dan aku takkan sesekali maafkan diorang... Itu janji aku,...


Dan kalo diorang fikir aku akan berdiam diri, ia takkan berlaku!!!


Bukan aku kebulur duit biasiswa tu tapi tindakan yang akan aku ambil nanti menjadi pengajaran buat diorang...


Aku masih punya hak dan medium untuk bersuara... 


Sekarang aku masih tunggu keputusan dekan tersebut sama ada aku masih perlu membentangkan proposal aku ataupun tidak... Dan tah sampai bila pulak akan tertanggung benda ni. Sedangkan kontrak elaun siswazah aku turut tamat bulan ini.... 


Besar sekali dugaan yang aku rasakan ini...


Ikutkan hati aku dah malas nak terima biasiswa ni... Nak fight untuk biasiswa ini... Dah banyak tenaga dan air mata aku dibazirkan...


Tapi aku tak boleh putus asa.. Aku dah tak ada sumber kewangan lain untuk membiayai pengajian aku yang hanya tinggal 8 bulan ni saja...


Ya Allah bantulah hambamu... Seakan hilang semangat nak teruskan pengajian bila satu-satu dugaan menimpa aku.... 




1 comments: