 |
| tiada la sumber ketawa kami sekeluarga.... |
Kesedihan semalam masih terasa... masih terbayang-bayang tengahari semalam dia masih bermain2 di dapur ketika aku memasak... Siapa sangka selepas beberapa jam, aku kehilangannya... Tak tahu nak bayang perasaan kami sekeluarga... paling terasa kehilangannya ialah mak dan aku... Sampai hari ni kami masih menangis...
masih terbayang keletah dia bermain2... suara dia bila minta makan... meow2 tak henti2 selagi tak buat makanan dia.. 1 tabiat yoko ialah, dia takkan ulang makan nasi yang dia dh makan.. maksudnya bila setiap kali nak makan, kena gaul nasi baru.. masa tengah2 gaul nasi tu dia pandang je muka aku sambil mengeow... Ya Allah.. terbayang2 lagi mata dia yg comel... mulut dia yg tak henti2 mengeow... kenakalan dia saat bermain dengan abang aku... semua masih terbayang2 di ingatan..
semalam la hari paling tak dapat aku lupakan... tiada la suara yoko.. tiada la hiburan dalam keluarga kami...
petang semalam, menjelang maghrib, datang seorang anak jiran ke rumah aku... katanya
"Yoko kena langgar"
Masa tu aku sedang mengemas bilik.. mak, abang dan kakak aku sedang bersembang di ruang tamu...
mak menjerit kat aku mengatakan Yoko kena langgar... terus kami sekeluarga lari ke luar... yoko terlantar di tengah2 jalan.. ada kesan darah di jalanraya.. abang aku dah menangis... melihat keadaan tu, terasa lemah lutut aku... mcm mana keadaan dia..? seriuskah? sudah matikah?
Aku gagahkan diri... masa tu yoko masih bernyawa dan mengeow.. aku tak berani tgk muka yoko... hanya nampak darah saje di mata dia... mulut dia tak henti2 keluarkan darah... aku dah meraung kat situ.. mengikut kata anak jiran aku, sebuah kereta Unser melanggar yoko.. abang aku segera menghidupkan enjin motor nak cari pemilik kereta tu.. tapi mak menghalang.. sebabnya yoko masih bernyawa... mak minta bawa ke klinik...mungkin masih ada harapan..
aku segera letakkan yoko dalam sangkar... abang segera start kereta dia... yoko menggelupur bila dengar enjin kereta.. trauma mungkin. masa tu aku yakin dia tak nampak apa2 dh.. abang marah bila aku nak lihat muka yoko..
bayangkan semalam pulak cuti umum.. dah la masa tu dah maghrib.. aku pulak hanya tahu sebuah klinik haiwan je.. sampai je, tengok klinik dh tutup... 1 taiping kami cari klinik haiwan... semua tutup. lastly aku minta abang pergi ke klinik haiwan kerajaan.. bila sampai, kami di beritahu semua staf cuti.. aku dah buntu.. yoko hanya mendengus dan mengeow sekali sekali.. kuatnya dia... aku dah berdoa pada Allah... jangan di lamakan penderitaan dia.. ambil la nyawanya.. aku redha.. jangan biar dia terseksa... kemudian kami kembali ke klinik haiwan yang tutup tadi.. nasib baik ada nombor telefon doktor di letakkan di pintu.. aku telefon dan beritahu doktor tu kami ada emergency...alhamdulillah Dr tu sanggup merawat yoko..
melihat keadaan yoko, Dr dah menggeleng kepala.. katanya yoko di langgar di bahagian muka.. biji mata yoko dua2 terkeluar dari soket... darah penuh di matanya... tulang rahang yoko patah teruk.. Dr tak mampu berikan berapa peratus yoko akan selamat... tapi jika kami ingin juga mencuba, Dr akan suntik ubat tahan sakit untuk sehari dan memberikan ubat cuci luka, kemudian dia hanya boleh cadangkan kami bawa kepada pakar haiwan untuk xray dan lihat jika muka yoko boleh di selamatkan... jika boleh, muka yoko akan di bedah dan di masukkan apatah alatnya untuk sokong balik semua tulang2 dia.. tapi yang pasti yoko sudah tak boleh menguyah makanan dan mata dia tak boleh di selamatkan... sekurangnya seminggu lagi dia kena tahan sakit... itu pun kalo nyawa dia panjang...
mendengar apa yang dikatakan Dr aku dah meraung.. seksanya dia...aku dah buntu.. lantas abang bertanya Dr, bagaimana jika suntik ubat bagi Yoko 'tidur terus'.. Dr kata itu la yang terbaik... kalo di biarkan dia hidup, dia lagi seksa.. tambahan dia sudah tak boleh makan.. tulang muka, tulang rahang mulut dia patah terus...
*Setan punya manusia yang melanggar dia*
abang menangis bila Dr beritahu tentang itu.. lantas abang telefon mak. mak pulak serahkan semua keputusan pada aku..
aku sayang yoko... dia la yang menceriakan aku.. dia yang menggembiraka aku bila aku sedang sedih.. bagaimana aku nak gembira tanpa dia... tai aku tak sanggup seksa dia semata2 untuk lihat dia sentiasa di samping aku... jika dia cacat sekalipun aku sanggup menjaga dia.. jika dia buta aku sanggup juga jaga dia... tapi melihat dia tak mampu makan, aku tak sanggup seksa dia sebegitu...
dalam hati ini hanya Allah sahaja tahu apa yang aku rasa.. bila aku setuju untuk Dr suntik ubat tersebut, aku rasa seolah2 aku membunuh yoko.. ya ALLah , salahkah tindakan aKu? aku taknak dia terseksa ya ALLah... Aku tanyakan Dr, sakit ke kematian dia.. Menurut Dr, dia akan suntik ubat pelali supaya yoko tidur. kemudian dia akan suntik pula ubat menghentikan jantung dia.. Maafkah aku yoko... maafkan aku... aku tak tahu apa yang terbaik untukmu... aku taknak kau menderita kesakitan yoko.... maafkan aku...
ketika Dr suntik ubat pelali aku gosokkan badan yoko. berkali2 aku mohon maaf padanya... aku kucup badan dia... ya Allah, tiada la peneman tidurku, jam loceng mak abah aku, tiada lagi semua itu.. selepas itu, Dr suntik pula ubat menghentikan jantung yoko.. tak sampai 1 minit, yoko dah pergi meninggalkan kami sekeluarga... semoga kematianmu tak menyakitkan sayang.. maafkan aku dengan keputusan ini.. maafkan aku yoko...
yoko di semadikan di halaman rumah aku... aku nak dia sentiasa dekat dengan kami.. walaupun hanya jasad dia.. dia bersemadi di tempat yang dia selalu bermain...
baru beberapa jam sebelum itu aku masih lagi bermain dengan dia.. acah2 dia.. dia pun lari masuk longkang.. kemudia lari pula ke aku.. kemudia main pula di tanah.. siapa sangka beberapa jam selepas itu, kau bersemadi di dalam tanah itu...
Terima kasih Yoko kerana hadir dalam keluarga kami... terima kasih kerana menceriakan kami sekeluarga.. hanya 5 bulan kita bersama, tapi terasa seperti kau adalah sebahagian keluarga kami... semoga kau gembira sepanjang menjadi ahli keluarga kami... kami semua rindukan yoko.. tiada pengganti dirimu sayang... takkan ada penggantinya...
Ya Allah, tabahkan hati kami sekeluarga... tabahkan hati aku dengan dugaan kali ni...
 |
| Keadaan yoko selepas di suntik pelali.. darah merata2 atas suratkhabar itu.. belum lihat muka dia lagi.. penuh darah,, begitu juga dengan tangan dia... |
|
|