KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.
Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.
“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya
Kan bulan ramadhan ni bulan di mana syaitan2 akan di rantai. kalau jadi macam ni aku tak tahu la ni spesis setan apa pulak.... kejam... zalim... sadis... aku rasa haiwan pun ada perasaan berbanding si gila ni....
nak samun, samun jer la... yang sampai nak memporak porandakan kehidupan mangsa tu buat apa.. ada pulak yang sampai bunuh membunuh. dah la ko ambil barang2 dia, sekali dengan kehormatan dia pun ko nak ambil? serius takda otak....
tak fikir dosa... semoga penjenayah ni cepat la kena tangkap... biar semua simbah asid kat dia pulak... tak guna betul!
0 comments:
Post a Comment
Comelnya pengkomen-pengkomen ni...