PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.
Isu ni memang kecoh semalam.... sampai 16 ekor kucing mati... WTH la... ni la jadinya bila manusia jadi tamat, fikirkan duit jer.... hilang habis sifat kemanusiaan..
geram tengok muka owner Petknode tu... buat muka tak bersalah jer... tak rasa berdosa ker? bukannya pemilik kucing tu tinggalkan free jer... diorang bayar sampai beratus2.... bukan bayar sekupang dua...
sedih giler tengok gambar2 kucing yang di upload oleh penyelamat2 kucing semalam... sampai kempis perut nampak tulang jer... tah berapa hari tak makan kucing2 tu... kucing aku pun kalo terlambat sediakan makanan dia dah jerit sakan... agaknya kucing ni dah takda tenaga lagi nak jerit....
yang lagi sedih bila tahu ada kucing2 yang mati.... ada tu seekor anak kucing dan mak kucing mati dalam 1 sangkar... kesian sangat...
tak guna la owner Petknode... hopefully ada tindakan akan diambil kepada mereka... saman jer... eeiii mana la sifat kemanusiaan dia ni... pembunuh!!!
takziah buat pemilik2 kucing.... sedih kot kehilangan kucing2 kesayangan.. kita usaha la jaga kebajikan diorang...tapi ada la orang tak berguna yang membunuh mereka... sedih....



5 comments:
kesiannya.. nanges sy tgk kucing-kucing yg x bersalah ni mati... masih ada kn owner yg xtau kucing mereka mati @ sakit?
keciannya. nape la sanggup depa buat macam ni kan..
alfatihah
Ramai lg yg xtaw status kucing mereka kalu x silap smpai skrg.. :(
@L.E.L.A: sy pn nangis juga... terkenang kucing2 kat kg.... kalau la org buat cmni kat kucing sy...
@olinolina: itu la... x berhati perut langsung.
@missct: itu la... sy pn dgr bnda yg sm juga... kesian kat dorg... buat report polis pun, polis buat bodo jer...
kerajaan kena enforce new act yg lebih sesuwai dgn peredaran masa...hukuman wajib dikenskn tuk pengajaran...pe mslh dorg?if over kuota jgnla tamak terima meow...psycho
Post a Comment
Comelnya pengkomen-pengkomen ni...