
Hari ni pelajar2 baru dah mula mendaftar kat UiTM.. wayhhhhhhhhhh.... bestnya...

teringat la zaman2 baru bergelar sebagai pelajar uitm... siapa sangka tahun 2005 dulu aku datang sebagai student dan tahun 2011 aku kembali lagi sebagai pensyarah pula.... i'm so proud... i love my UiTM....
masa baru2 mendaftar sebagai student dulu, tak sampai seminggu aku dah buat jahat tau.... masa minggu orientasi seminggu tu, ya ampunnnn.... azabnya.... kami duduk kat kolej melati. just imagine pukul 5 pagi kena bangun, di kejutkan oleh senior yang ketuk pintu bagai nak roboh pintu. sebabnya nak suruh pergi solat subuh kat pusat islam yang jauhnya dalam 3 km, pastu kena daki bukit pulak, kena pakai sport shoes pulak...
hari pertama aku ok lagi... hari kedua masih ok tapi dah merungut... masuk hari ketiga, aku mula buat jahat... hehehehe...
masa senior ketuk pintu, kami tak buka... siap kunci.... so senior ingat kami sebilik dah pergi ke pusat islam... padahal kami dok membuta lagi.... pukul 6 lebih baru bangun untuk solat subuh. nak keluar bilik tu, dok tertoleh2 kot2 ada senior... dah macam pencuri pun ada... mula2 ingatkan kami jer yang buat jahat, rupanya ramai lagi yang join.... pastu sambung tidur balik sampai budak2 lain yang pergi ke pusat islam balik... ok jahat kan??
mula2 rasa tak baik juga buat macam tu... tapi disebabkan terlampau penat terpaksa juga memberanikan diri... mana taknya, balik dari program dah pukul 11, 12 mlm.... jalan kaki lak tu dari sini ke sana... bukan ada nak provide bas....
lepas tu masa nak buat permohonan ptptn pulak.... adoiii azab juga... bayangkan terpaksa berkumpul dan beratur dari pagi sampai petang.... nak tunggu giliran punya pasal. sampai ada yang tertido dalam barisan....
kemudian lepas seminggu habis la orientasi.... mula la sesi pembelajaran. dah masuk fakulti ada pulak lagi orientasi oleh pensyarah2... aku hampir nak drop kursus ni... sebab apa tau? boleh sorang lecturer tu tayangkan gambar2 kemalangan kat makmal. ada yang sampai tangan hancur, muka kena percikan asid, jari putus... weyh... gerun kot!!!! balik bilik nangis2 taknak course tu... tapi ramai yang nasihat, cuba jer la.. benda2 tu kalau nak jadi, jadi la juga... betul kan? padahal aku duduk kat makmal selama 3 tahum takda lagi la kemalangan.. alhamdulillah..
mula2 rasa 3 tahun tu lama.. tapi pejam celik, pejam celik, dah graduate... alhamdulillah.... syukur sangar2....
buat semua pelajar2 baru UiTM khususnya, dan universiti2 lain,
selamat memulakan kehidupan anda sebagai pelajar institusi pengajian yang bergelar UNIVERSITI. hargai peluang yang diberi. anda harapan kedua ibu bapa dan keluarga.... bersyukur dengan peluang yang dikurniakan, masih ramai di luar sana merayu2 nak masuk universiti.. so belajar rajin2.. jangan malukan keluarga dan pihak institusi.... pastikan anda keluar dengan segulung ijazah! kalau dalam surat tawaran kata 3 tahun untuktempoh pengajian, pastikan korang habiskan la 3 tahun... jangan la habis cepat sangat macam 1 semester ker atau dengan kata lain KENA TENDANG KELUAR!!!! wahahahahaha....
0 comments:
Post a Comment
Comelnya pengkomen-pengkomen ni...