09 November 2011

Lubuk maksiat kat shah alam?






raihan sampai geleng kepala baca berita ni. actually tempat yang dimaksudkan dekat je dengan rumah sewa raihan yang lama iaitu dekat pusat komersial seksyen 7 shah alam. kat situ ada sebuah pasaraya giant dan di atas pasaraya di buat parking bertingkat. tapi takda guna sangat pun kawasan parking tu sebab semua takut kereta kena pecah. bukan ada guard pun. 


kalo diikutkan kebanyakan mereka adalah pelajar IPT. bermakna samada pelajar uitm, unisel ataupun MSU. sebabnya mereka ni je yang banyak menyewa kat situ. 

tapi universiti2 tu bukan isu....


yang menjadi isu ni, bila mereka adalah student. ya Allah... tak kesian ke kat mak ayah.. mak ayah hantar untuk pergi belajar tapi at the end, anak dia buat maksiat... lebih teruk lagi kalau dah termengandung.... lepas tu baru la nak menyesal kan...


patutnya ada pihak2 yang cuba banteras hal ini... tak kira la jabatan agama islam ke... tangkap budak2 yang buat maksiat ni... biar mereka kena buang u terus.... lepas tu baru la dioarang nak menyesal kot... lepas mak ayah dah tahu perangai dioarang kat luar macam mana...

apa sangap sangat... tunggu la beberapa tahun dulu, kerja, kumpul duit, kawin... susah ker???

kadang2 geram sebenarnya dengan isu macam ni...

dah la zaman sekarang makin menjadi2 kes buang bayi... tapi tu pun ada yang masih tak serik2... senang je kan... buat seks haram,  mengandung anak luar nikah, bersalin, bunuh/buang baby tu, menjalani hidup macam biasa balik...

dioarang ni lupa kot... macam mana harapan mak ayah dioarang... mak ayah hantar untuk dapatkan segulung ijazah, bukannya seorang anak luar nikah... fikir2 kan.. kalau sekarang kita buat macam tu kat mak ayah kita, suatu hari nanti tak mustahil anak2 buat macam tu pula kat kita... 


0 comments:

Post a Comment

Comelnya pengkomen-pengkomen ni...

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)