Assalamualaikum...
Blog blog.... akhirnya raihan cari balik blog raihan... untuk meluahkan apa yang raihan rasakan...
kali ni cerita sedih...
dah 2 minggu raihan berada dalam kesedihan, sampaikan minggu ni demam terus la... kisahnya agak tragis dan tak sangka raihan akhiri 2011 dengan kisah ni.
raihan berkenalan secara maya dengan someone yang raihan gelarkan M saja... raihan pun tak tahu macam mana kami boleh mula berkomunikasi dalam YM... yang raihan ingat, dia yg mula tegur raihan. tengok gambar kat profile YM dia memang muka nampak serius.
bila raihan on9, dia tegur, begitu juga bila dia on9 kadang2 raihan tegur. tup tup dah dekat 5 bulan kami kawan secara maya... apa yang special pasal dia, dia jenis cakap tak sorok2... raihan pernah cerita kat dia raihan pernah kena tipu. straight to the point, dia cakap raihan bodoh. sentap kot masa tu... 1st time orang kata raihan bodoh depan2. dan banyak la yang raihan sedar lepas tu... memang betul pun apa yang dia kata.
raihan selalu jadi translator dia... kadang2 dia nampak raihan on9, dia minta tolong raihan. so tolong la dia buat paper work/ report... susun balik ayat dia dalam bahasa inggeris.
sehingga la a few weeks ago kami plan nak jumpa. dan tak berapa lama lepas tu masing2 mula bercakap berkaitan perasaan. dia cakap dia mula rasa sayang kat raihan.
honestly, raihan sebenarnya fobia dengan lelaki... mungkin sebab raihan sendiri pernah kena tipu dulu, so mind set raihan dah ke arah nak anggap semua lelaki yang nak dekat dengan raihan mesti tak jujur. walau macam mana kita elakkan perasaan macam tu, tapi kita tetap akan rasa was2...
kemudian raihan dapat idea nak uji dia... dan malangnya dia 'terperangkap' dalam ujian tu. he blame me. dia cakap raihan kecewakan dia. tipu dia...
tak terlintas pun sebenarnya niat nak tipu... walaupun raihan sedar, dia adalah diri dia bila bercakap dengan raihan... itu apa yang raihan rasa.. kalau dengan raihan pun dia berpura2, wallahualam [di situ pun dah ada was2]...
raihan sayangkan dia... dan raihan bukan mudah nak sayangkan org yang raihan tak jumpa... masa sekolah dulu ye la, kita admire orang itu, orang ini... tapi bila dah dewasa ni kita matang. kita akan lebih ke arah nak fikir masa depan. dan hakikatnya, dengan dia raihan selesa. walaupun kadang2 dia sibuk, dia hanya tegur 'hye' jer, he already make my days.
perasaan yang sama raihan rs masa raihan bersama 'en seseorang' dulu...
menggunakan email dia, raihan cari maklumat dia kat google.
dan jumpa la akaun myspace dia.. dalam tu banyak la gambar2 dia... ini pun nak cakap sejujurnya, raihan terus jadi yakin dengan perasaan raihan. ini bukan berkaitan rupa. dia tak hensem pun. ye la.. kita dah tua, tak pandang dah rupa2 ni... but it is about hati kita....
berbalik ke kisah dia marahkan raihan.
dia kata raihan kecewakan dia. sometimes raihan nyesal pulak berterus terang kat dia. kalau raihan uji dia then senyapkan macam tu jer, maybe kami masih baik.
wallahualam...
seperti biasa raihan cakap kat diri raihan... setiap yang berlaku ada hikmahnya...
mungkin betul...
mungkin ada benda yang perlu raihan selesaikan dulu baru nak fikir pasal berumah tangga. kadang2 bila kita terlalu gopoh mencari jodoh sehingga memaksa nasib menyebelahi kita, kita juga akan merana...
raihan sayangkan dia...
tapi raihan dah tak mampu nak pujuk dia supaya maafkan raihan semula.
walaupun dia pernah cakap dia sayang raihan.
tapi bila berlaku benda macam ni, senangnya perasaan dia tu hilang...
yup. mungkin dia lelaki.
ego dia tercalar bila orang tipu dia...
tapi semua manusia ada buat silap.
kalau kesalahan macam ni dia dah hukum raihan begini,
bagaimana kalo raihan melakukan kesilapan di masa akan datang.
mampu ke dia maafkan raihan?
raihan sedih sangat.
kawan2 kata raihan lepaskan 1 peluang dalam hidup.
bukan mudah nak dapat orang yang sayangkan kita.
kawan2,
memang bukan mudah nak cari orang sayangkan kita...
tapi akan jadi masalah kalo mereka tak ikhlas dan tak yakin dengan perasaan diorang.
kalau sayang,
bermakna kita mampu terima buruk baik pasangan.
menerima dan memahami mereka seadanya...
sampai sekarang dia ignore raihan.
tapi kami dah bercakap dan berbincang.
cuma ternyata raihan tak mampu nak teruskan lagi mengharap kami akan kembali macam dulu.
dia sendiri pun taknak jumpa raihan...
kalo cintakan seseorang, kita kena cuba lepaskan mereka,
begitu la kalau kita sayangkan mereka, kita kena lepaskan mereka...
perancangan Allah tersusun rapi dah buat kita.
mungkin sekarang bukan jodoh.
tapi jika ada jodoh dan memang M jodoh raihan,
InsyaAllah dia milik raihan.
tapi kalau dah memang tersurat dia bukan untuk raihan,
macam mana sekalipun raihan paksa,
mesti akan ada halangan.
semalam raihan hantar 1 msg kat M.
raihan lepaskan dia...
raihan takkan tunggu dia...
takkan harapkan dia lagi...
raihan simpan perasaan sayang raihan ni sampai raihan mampu...
sayangkan manusia perlu ada had.
biarlah hanya Allah yang tahu apa yang raihan rasa.
raihan buat istikharah.
tapi hati raihan makin kuat ingatkan M.
so itu la, pengakhiran tahun 2011 raihan.
tahun 2012 raihan nak mulakan dengan sesuatu yang baru.
raihan minta tukar ke uitm arau, perlis.
di saat2 kesedihan ni raihan terus buat keputusan.
alhamdulillah pada masa yang sama ada lecturer di sana yang nak tukar ke sini.
so kami tukar suka sama suka.
macam budak2 kan, kecewa, terus nak bawa diri.
actually, ni bukan berkaitan kecewa.
ini berkaitan janji.
memang la raihan dah selesa kerja kat uitm shah alam ni.
banyak tugas yang raihan dapat.
tapi hidup single sampai nak masuk 26 tahun dan di kelilingi oleh orang2 yang dah berpunya, seksa gak tu.
sayang juga nak tinggalkan shah alam.
berkaitan janji.
itu janji raihan dengan mak raihan.
raihan nak jaga mak dan abah raihan, kucing2 raihan [termasuk sekali]
biarlah masa2 tua diorang ada dengan raihan.
tapi itu masalah utama.
abah raihan taknak duduk kat kawasan bandar. dia rimas.
abah ada cakap kat raihan, kalo raihan duduk perlis baru best.
mungkin berkat apa yang abah kata.
lagipun kat area sana kos sara hidup rendah.
insyaAllah mampu la nak menyewa sebuah rumah.
dan kalau ada rezeki boleh la beli rumah terus.
kat sini, kalo setakat hidup membujang nak beli rumah,
dapat la rumah flat sebuah.
lagi la mak raihan tak nak duduk dengan raihan.
bila fikir2 balik. ini juga hikmahnya.
biarlah raihan tumpu kat mak abah raihan dan gembirakan mereka.
pasti akan ada ganjaran kat situ.
cinta ibu bapa kat anak2nya berkekalan sehingga akhir hayat,
cinta manusia pada kita belum tentu lagi pengakhirannya...
doakan yang terbaik buat raihan.
selamat tinggal 2011...