03 January 2012

Apa nak jadi dengan mahasiswa sekarang...

Assalamualaikum...


Tahun baru 2012 dimulakan dengan berita agak panas dengan kejadian RUSUHAN di UPSI. Raihan sendiri tak faham apa diorang ni nak... nak merusuh berkaitan akta akademik ataupun berkaitan politik... Maaf la raihan memang tak jumpa point apa diorang nak merusuh...

Raihan lihat sistem akademik kita dah ok... hak sebagai pelajar? senang cerita, even tanya budak2 sekolah tadika pun tahu, bila kita nama pun belajar, apa tanggungjawab kita? belajar la kan... so kalau di lihat sekarang, kita semua bebas belajar, kemudahan semua cukup.

Nak politik bagai, tunggu habis belajar... raihan tak sokong pun pelajar berpolitik. kalo politik dalam kampus ok la... masing2 boleh tunjuk sifat kepimpinan... kita generasi muda, bakal pemimpin di masa depan... tapi bila dah mula berjuang demi kepentingan diri sendiri, itu memang dah melampau.


then kes rusuhan di UPSI tu, raihan lihat video dalam youtube... apa yang diorang pejuangkan? diorang salahkan polis apabila ada yang cedera... tapi dalam video tu terang2 polis dah suruh diorang bersurai dengan cara elok...

tapi kemudian mula yang kata polis barua ke anjing UMNO... macam2 pulak ayat kurang ajar mula keluar.... then gambar PM diletakkan di atas jalan... ini kes nak perjuangkan akademik atau nak perjuangkan politik bagi kepentingan parti politik yang mereka sokong?

kalau raihan di tempat pihak polis pun raihan geram. diorg yang cetuskan perhimpunan, polis suruh bersurai taknak, kemudian maki hamun polis, bila polis bertindak, polis di persalahkan ....

So stupid!


come on la.. kalau pun tak puas hati dengan cara pemimpin sekarang, kita ada kuasa mengundi... undi je la... tak payah nak burukkan, nak pijak2 gambar diorang... pada diorang itu mungkin tak da apa2... tapi apa perasaaan anak2 PM bila muka ayah diorang di pijak... korang sendiri, marah tak kalau orang buat kat ayah kita camtu...

RESPECT la walaupun kita benci macam mana pun kat pemerintah tu... tapi ingat, mereka sama islam dengan kita... Macam ni ke nak jadi pemimpin? nak banteras masalah dengan kebencian... so childish and stupid....

sorry to said... memang kita dah banyak dengar PM kita itu ini, bazirkan duit rakyat... bab tu raihan tak nak menyokong sapa2... sebabnya raihan hanya mendengar dan membaca... dan memang politik malaysia sekarang dah tah apa2....

Ok fine...

kalau macam ni la perjuangkan yang 'mereka' buat, nak gulingkan pemerintah, mencetuskan kekecohan, membanyakkan lagi rusuhan2 yang bodoh, truly said, kerajaan yang memerintah sekarang, u win my vote... 1 vote for u... 

Raihan benci keadaan macam sekarang. Kita nak perjuangkan islam... yup memang... tapi jangan perjuangkan dengan cara macam ni... malu... negara luar mungkin tepuk tangan... tah la apa nak jadi kat malaysia... hopefully nasib negara kita takkan jadi seperti negara2 arab yang berpecah belah... masing2 nak gulingkan pemimpin, tapi buat dengan cara paling bodoh...

secara peribadi, raihan rasa selama ni kita dah cukup aman... kita bebas belajar, bekerja dan menjalankan aktiviti seharian kita dan pada masa yang sama kita aman dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah... masjid kita aman tanpa di bom, bukan seperti di negara lain, orang nak masuk masjid pun takut... 

so apa lagi yang kita nak? jadi la orang yang tahu bersyukur...

pemimpin sekarang walau dari mana2 parti pun, rasanya perjuangan mereka dah lebih kepada kepentingan tersendiri... semua dah sama... dah tak tahu mana 1 pemimpin yang betul2 layak sebagai pemimpin...

cuma pada raihan, biarlah pemimpin yg dapat takbir negara seeloknya, sama2 menang...

tapi pelik, bila masalah sosial menjadi2 pun, kita salahkan parti politik... kenapa? habis tu mak bapak buat apa? so buka la minda... tak payah nak salahkan sapa2... sendiri hidup, sendiri tentukan jalan mana kita nak hidup... 

no offence bagi sesiapa yang membaca post raihan ni... 

so far raihan neutral... tak menjadi pengikut mana2 parti pun... tapi rasanya raihan dah tahu parti mana yang raihan akan vote nanti...


0 comments:

Post a Comment

Comelnya pengkomen-pengkomen ni...

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)