Assalamualaikum...
Rasanya dah la kot raihan asyik meluahkan entri berkaitan perasaan... bosan pulak asyik nak cakap benda yang sama... Malah orang baca pun akan bosan... kan?
2 tahun lepas dikira tahun paling best buat raihan sebabnya 1st time raihan 'melancong'... tempat paling best ialah langkawi... dah la 1st datang langkawi kemudia 1st time juga jalan2 makan angin dengan kawan
kemudian tahun lepas pulak, raihan dengan kawan2 pergi pulau pangkor... best sangat2...
tahun ni pulak ada 2 negeri yang raihan akan pergi... kedua2nya raihan tak pernah sampai lagi... yang pertama adalah terengganu...
raihan akan ke terengganu pada awal bulan 3 nanti... kawan baik raihan kahwin... so raihan pulak pergi offer untuk jadi pengapit dia... nak taknak dah wajib pergi la... ni kira salah sorang kawan baik raihan la..
so lepas majlis dia, dah plan dengan kawan2 lain kami nak jalan2 kat terengganu... target utama raihan ialah satar... salah satu makanan kegemaran raihan... kalau beli kat siini tak sedap rasa macam apa jer... kalau made in terengganu baru best... terasa isi ikan dia...
then, nak jalan2 ke pulau redang... dan sekitar terengganu la...
kemudian akhir bulan 3 raihan nak pergi port dickson dengan housemate raihan... seriously raihan tak pernah sampai pun lagi kat PD... hehe... raihan bukan kaki jalan sana sini... masa belajar dunia raihan di sekitar universiti... nak jalan2 pun mana ada duit masa tu... taknak sampai menyusahkan mak ayah raihan...
kemudian salah sorang housemate raihan pulak cadang pergi ke bukit tinggi... raihan tak kisah mana2 pun sebab semua tempat tu memang tak pernah sampai...
salah satu tempat yang juga ada dalam plan raihan ialah melaka... sebabnya raihan dah betul2 jatuh hati dengan IKAN BAKAR UMBAI... tak pernah makan tapi asyik baca kat blog2... kemudian memang tak pernah jalan2 kat melaka... dulu pernah pergi sekali tapi tu melibatkan lawatan.. so melawat kilang2... tak melawat pun lagi tempat lain macam kota A famosa...
hopefully tahun ni dapat pergi semua tempat ni...
tahun depan nak plan jauh2 sikit... sabah sarawak pulak... tapi yang ni jenuh juga... sebabnya nak kena confirm dengan kawan2..
0 comments:
Post a Comment
Comelnya pengkomen-pengkomen ni...