13 February 2012

InsyaAllah PhD lagi 2,3 tahun...

Assalamualaikum....


Agak ketinggalan nak buat pengumuman di blog... Alhamdulillah syukur sangat2... Raihan dah berjaya dalam pengajian master raihan... Cuma sekarang dalam stage membuat pembetulan tesis sebelum dihantar untuk hard bound...just minor correction jer... dalam sebulan boleh la siap...

semua orang pelik bila raihan kata baru habis master... semua ingat raihan dah habis sebab dah kerja kan... haha... actually mana habis lagi.. ini baru betul2 habis... dah lulus... cuma tunggu nak buat pembetulan tesis jer pastu hantar, masuk mesyuarat senat, tunggu konvo... :)

lega juga sebab bahagian penjawatan uitm ni bagi masa setahun bermula dari tarikh raihan masuk kerja, untuk raihan habiskan master... so bulan 4 ni cukup dah setahun... nasib baik la lulus dah ni...

insyaAllah kalau sempat, boleh la konvo bulan 4 ni, kalau tak bulan 8 nanti...

kakak raihan dah simpan cuti dia... terharu... :(
sanggup kakak raihan ambil cuti semata2 nak tengok adik dia konvo... 

raihan dah request kat kakak kali ni raihan nak fresh flowers.... 
taknak macam konvo degree dulu... dapat bunga plastik+teddy bear...
fresh flower pun anak sedara raihan bagi.. itu pun bunga carnation..
tapi yang untungnya, sampai sekarang bunga2 plastik tu ada lagi... :)

ok berbalik ke cerita asal...

Jumaat lepas (10 Feb 2012) raihan ada viva-voce examination.. apa dia eh viva ni??? actually viva ni adalah peperiksaan untuk pelajar2 master yang buat secara research... macam kita belajar ketika degree dulu.. kita ada exam final kan... so dapat markah elok/lulus, boleh la graduate... same goes here... cuma viva ni kita buat exam depan examiner face to face.... 

proses dia kira macam ni la... bila kita dah siap semua testing, kita akan tulis thesis... bila kita dah siap tesis kita, so pihak pusat pengajian akan hantar kepada pemeriksa dalaman (pensyarah senior tahap prof, prof madya, bagi pusat pengajian kita) dan juga pemeriksa luar (pensyarah dari universiti lain yang pakar dalam bidang yang kita buat)... so both of them akan ambil masa dalam sebulan dua untuk go through every line and para and chapter in our thesis... so apa yang salah diorang akan highlight dan akan di tanya semasa viva... so lepas viva tu akan ada la correction kita kena buat... ada minor correction, major correction yang lagi teruk kena buat viva sekali lagi.. itu kalau paling teruk la... tapi raihan kena minor correction jer.. syukur2...

waktu viva adalah waktu yang genting.. apa yang kita tulis dalam tesis akan di soal.. kalau nasib baik, diorang akan tanya kat certain page dalam setiap chapter jer... so sikit je la proses soal jawab tu...  kalau kena kat pemeriksa yang rajin terlebih, dia akan tanya setiap baris dalam tesis kita... jenuh nak menjawab nanti... then, examiner akan tanya juga semua result daripada testing yang kita buat dulu... kena la terangkan...

so... nak tak nak, sebelum masuk viva, kita kena kuat dalam asas bidang tersebut.. semua fundamental diorang akan tanya.. kadang2 soalan tu tak susah tapi sebab senang sangat la hingga calon tak boleh jawab... 

actually best juga viva kat usm ni... condition dia tak tegang... maybe ikut examiner dan orang2 dalam tu juga... macam waktu raihan viva, kitorang boleh gelak2 lagi.. so takda la kita stress kan.. macam supervisor raihan pun, actually raihan  bersyukur dapat pensyarah macam diorang berdua... diorang banyak juga backup raihan bila raihan tak dapat jawab...

macam viva raihan tempoh hari, raihan ambil cuti sampai seminggu padahal viva sehari jer... actually at the same time, mak raihan masuk wad... sedih dan tertekan juga masa tu... nasib baik kakak ada tolong jaga mak di hospital manakala raihan tolong kat rumah jer masak lauk yang mak nak makan... dan syukur sebelum raihan viva, mak dah keluar hospital....

so tu jer la kisahnya...

dulu, rasa serik dah nak belajar lagi especially masuk viva lagi... serik!!! terdera emosi... tapi bila dah habis ni, terus berkobar2 nak sambung ke phd pulak... insyaAllah... doa2kan... 

mungkin dalam tempoh 2,3 tahun lagi... 

tak pun, tahun depan ker...

siapa tahu????

:)

for me, ini la benda yang buat raihan mampu tersenyum sekarang selepas kisah2 sedih yang dilalui baru2 ini..  mungkin takdir raihan bukan ke arah itu lagi... mungkin takdir raihan lebih ke arah diri raihan dan family raihan dulu ker.. siapa tahu.. raihan terima kata semua orang yang nasihatkan raihan.. jangan terlalu fikirkan soal jodoh sebab semua tu dah memang sah2 di tentukan dan tertulis sejak azali... sekarang just tumpukan kat perjalanan hidup kita dulu...

so what can i say, maybe i'm more stronger than before... hopefully...




0 comments:

Post a Comment

Comelnya pengkomen-pengkomen ni...

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)