Assalamualaikum.
Hari ni 14 Feb yang dikatakan sebagai Hari Kekasih @ Valentine's day... Dulu ramai la sambut hari VD ni... tapi rasanya sekarang dah ramai tahu VD ni dah diharamkan... Tapi ada juga yang buat2 buta mata, buta telinga, buta hati, masih sambut juga... Malah cuba la check newspaper keesokan hari.. mesti ada berita tentang pasangan di tangkap khalwat...
Paling tak pun, tunggu la bulan 9 atau 11 nanti ada la bayi2 yang dibuang di merata2...
Masa sekolah dulu, jeles juga dengan kawan2 yang ada Bf ni... sebabnya masa 14 Feb ni la, ada jer dengar kawan2 dapat bunga ros la... Tapi itu dulu... Malah kalau diingat2 balik rasa berdosa dok fikir macam tu...
Actually tahu tak kenapa kita sebagai orang islam diharamkan sambut VD ni??? ada yang kata VD ni sempena menangisi kematian paderi... So sebab tu di panggil sebagai Valentine's day...
Ok.. itu cerita pertama... Mungkin betul la kot...
Tapi yang raihan nak kongsikan ni adalah petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias... Orang kampung raihan ni... Ustaz Kazim ni lebih kurang macam Ustaz Azhar la juga.. Cuma kalau makcik2 atau pakcik2 kat area Taiping ni suka ustaz kazim buat ceramah sebab loghat utara dia pekat.. sedap dengar..
Kalau dengar ceramah dia yang ni rasa sedih juga... Tambah2 bila tahu ada antara kita yang sambut VD...
14 Februari 1948
Pada tarikh tersebut berlakunya satu sejarah di mana tertubuhnya sebuah kerajaan yang dipanggil ISRAEL dan tertumbangnya kerajaan Islam Palestin...
Sedangkan selepas Salehuddin AlAyubi mengalahkan kerajaan kristian, Baitulmaqdis dimiliki semula oleh orang Islam... Salah 1 senjata terkuar Salehudin masa tu ialah dia dapat menyatukan umat islam semula selepas terjadinya perang salib di mana selepas perang ni la Baitulmaqdis jatuh ke tangan kafir... tapi apabila salehudin berjaya menyatukan semua umat islam dari iran, iraq, mesir dan fight untuk mendapatkan baitulmaqdis balik, mereka berjaya.
Tapi selepas perang dunia pertama, kerajaan islam jatuh, mustapha kamal altartuk mengambil alih pemerintahan dan telah membuka pintu untuk orang kafir masuk ke Palestin...Akhirnya dari 56 000 orang Israel je kat bumi Palestin, sedikit demi sedikit jumlah diorang bertambah sehingga setengah juta orang... orang2 islam Palestin di bunuh dan akhirnya peratusan orang Islam Palestin hanya 44% manakala orang Israel menjangkau 56% bilangannya di bumi Palestin... Sedangkan pada mulanya itu tanah orang Islam tapi hari ini Palestin seperti menumpang di bumi sendiri... dan akhirnya pada 14 Februari 1948 PBB telah mengumumkan tertubuhnya negara baru Israel... Jadi 14 Februari menyaksikan tumbangnya negara Palestin dan tertubuhnya negara Israel...
So, tak nampak ker... Kita sambut 14 Feb seolah2 kita menyambut kejatuhan Palestin dan kemenangan buat Israel...
Panjang sebenarnya sejarah kalau raihan nak buat summary dari video tu... So kalau nak dengar cari je kat 4shared... Tajuk ceramah dia 'cara yahudi menipu islam'....
Tak payah lagi la sambut2 VD... tolong bagitahu sama kat kawan2 atau ahli keluarga yang masih belum sedar...

0 comments:
Post a Comment
Comelnya pengkomen-pengkomen ni...