29 February 2012

Terasa separuh nafas hampir pergi.. Ya Allah, syukur aku masih di beri peluang...

Hari isnin lepas betul2 membuatkan hidup raihan seperti terberhenti seketika... raihan ada di kampung sejak jumaat lepas... raihan ambil cuti sepatutnya sampai ahad ni... sebabnya raihan nak hantar thesis raihan...


tapi lain yang jadi...

masa balik tu nampak dah mak raihan tak sihat. dia jadi macam lelah... hari jumaat tu dia pergi dialisis... so bila orang kat tempat dialisis check, dia kata ada air dalam paru2 mak raihan... so dia tarik air banyak sikit hari tu... lepas dialisis nampak mak raihan segar sikit...

kemudian malam tu siap raihan bawa mak abah raihan keluar makan kat luar... belanja diorang makan... mak raihan pulak masa tu minum habis segelas air... maybe dahaga sangat kot... 

hari sabtu tu mak raihan nampak tak sihat balik.. selalu mengadu dia penat... jalan ke toilet pun penat...tercungap2 dia.. nak bernafas pun nampak susah...

hari ahad tu keadaan mak raihan bertambah teruk... kami pujuk dia ke hospital... dia kata lepas cuci darah hari isnin nanti baru dia nak pergi... 

tapi malam ahad tu nampak keadaan mak lagi parah... sampai mandi pun dia boleh penat macam orang kena sesak nafas...

lebih kurang pukul 11 lebih raihan dan kakak pujuk juga dia pergi hospital.. mak setuju... masa tu panggil abang raihan datang rumah... kami bawa dia ke hospital...

tiba di wad kecemasan, MA check tekanan darah mak... terlampau tinggi... sampai 200 lebih... terus diorang tolak mak ke wad bahagian kritikal... Doc check mak, xray, dan bagi dia sedut oksigen ke ubat apa tah... after 3 hours treatment, dioarng kata nak tolak mak raihan ke wad dah... tapi nampak keadaan mak masa tu tak banyak berubah pun... masa diorang nak pindahkan dia ke stroller (kot) untuk naik ke atas ambulans, mak raihan sesak nafas kembali...

masa tu Doc bertugas yang mula2 rawat mak raihan takda.. hanya tinggal Doc yang tengah buat housemanship je... yang nurse tu kata tak pa boleh je tolak... sampai la ada sorang lagi Doc perempuan yang bertugas waktu tu tengok mak raihan macam tak stabil untuk di bawa ke wad... ikutkan dia tak rawat mak raihan pun.. tapi bila nampak keadaan mak raihan masih teruk walaupun lepas treatment, dia suruh tunggu.. dia nak check...

masa tu raihan terdengar nurse tu macam tak puas hati... Doc muda tu pun dok bertekak dengan Doc perempuan  tu... sebabnya Doc perempuan tu tak bagi diorang bawa mak raihan ke wad. yang diorang kata Doc yg sorang lagi dah kata boleh di bawa ke wad...

serius masa tu raihan geram sangat2 dekat nurse tu dengan Doc muda tu... please la... korang tengah deal dengan orang sakit la... boleh senang2 nak lepaskan pesakit walaupun dia tak stabil??? stupid la!! Doc perempuan tu bertegas juga tak bagi diorang tolak mak raihan ke wad... dah la wad yang diorang nak masukkan tu adalah wad biasa!! memang raihan dok perhati je nurse tu... dia dok pot pek pot pek kat kawan dia pasal Doc perempuan tu... raihan faham...masa tu dah pukul 4 pagi... mungkin diog pun dah ngantuk. tambah2 keadaan mak raihan tak berubah walaupun lepas treatment... tapi tu alasan ke nak biarkan macam tu??

sampai la Doc perempuan call Doc pakar... nampak berkali2 dia pantau keadaan mak raihan... sampai la pukul 5 pagi macam tu Doc pakar datang... lepas tu diorang decide nak masukkan salur pernafasan dalam mulut mak coz mak tak boleh bernafas dengan normal... even pakai oksigen pun takda effect apa2...

memang sedih tengok keadaan mak masa tu.. dah la yang Doc muda tu asyik cucuk mak sana sini nak ambil darah.. and guess what! berkali2 dia cucuk, berkali2 juga dia tak dapat! bila raihan dan abah datang dekat, dia halau... sampai la Doc perempuan tu pulak yang ambil.. senang je dapat... masa dia ambil merata2 raihan tengok tangan mak raihan berdarah... sampai kena habis baju dia...

memang sedih sangat... tolong la... korang dah kerja dalam bahagian macam tu sebagai Doctor, nurse, jalankan tanggungjawab dengan ikhlas! bukan sekadar datang kerja, rawat orang, hanya sebab nak dapat gaji ribu riban... raihan kecewa sangat dengan sikap nurse dengan Doc muda tu... 

tapi raihan berterima kasih sangat kat Doc perempuan tu... sebab dia lebih prihatin...

kemudian lepas Doc pakar check, baru la diorang kata mak raihan kena masuk icu... beza tak icu dengan wad 3rd class yang biasa? jauh beza kan? so raihan harap sangat2 kepada Doc muda tu, buat kerja dengan ikhlas... 

itu 1st time mak raihan masuk icu... dan sepanjang hari tu keadaan dia tak stabil... sedih sangat2... dah la kat icu kami tak boleh tunggu... tapi setiap katil ada sorang nurse yang jaga dan nampak layanan nurse2 tu memang terbaik.. syukur alhamdulillah...

hari ni mak raihan dah ditolak ke wad biasa... tapi keadaan dia masih lemah... Doc pakar nepro (bahagian buah pinggang) kata jantung mak raihan bermasalah dan lemah...

Ya Allah.. sedihnya...

masa tengok mak dalam wad kecemasan, banyak raihan fikirkan.. raihan takut sangat2 masa tu sesuatu yang buruk terjadi kat mak.. apa yang raihan lihat masa tu sebijik sama dengan keadaan arwah opah raihan di akhir hayat dia... Ya Allah, raihan sungguh tak sanggup fikirkan lebih dari itu... mak sumber kekuatan kami sekeluarga... pendek kata, kekuatan abah, dan adik beradik raihan adalah mak... sebab tu kami terlalu rapat dengan mak... bila lihat abah dan abang raihan menangis memang sayu sangat,..

raihan tak boleh ingat salah satu pesanan mak sebelum kami hantar dia ke wad.. mak kata "kalau mak pergi dulu. korang semua duduk baik2..."

Ya Allah, masa tu tersentap sangat... andai kata Allah menjemput mak masa tu, serius raihan tak boleh bayangkan... terasa macam separuh nyawa raihan dah melayang masa tu... raihan cuba untuk tak menangis, tapi raihan gagal... 

1 je raihan doa masa tu... jangan la jadi apa2 kat mak... semoga mak terus kuat dan tabah melawan penyakit dia... 






0 comments:

Post a Comment

Comelnya pengkomen-pengkomen ni...

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)