Fenomena pelik setiap hari jumaat
Pergi kedai makan, terserempak dengan fenomena ni...
Pergi shopping complex pun, terserempak dengan fenomena ini...
Malah pernah sekali pergi tengok wayang pun terserempak juga dengan fenomena ni...
Fenomena apa???
Fenomena lelaki tak pergi solat jumaat...
yuppp.. fenomena yang sangat annoying dan memalukan sangat... masalahnya kita yang melihat ni je malu... tapi empunya diri tak tahu malu... macam mana tu???
last few weeks, aku keluar lunch dengan kawan aku... masa tu dalam pukul 1... kitorang lepak kat kedai makan tu sampai pukul 2... masalahnya pemandangan depan kitorang sangat2 mengecewakan... orang lain sanggup mendengar khutbah di masjid, diorang yang tak pergi solat jumaat ni pulak sedap 'berkhutbah' sesama sendiri sambil menghembus asap rokok berkepul2...
dulu masa aku masih belajar pun... ada sekali tu aku pergi tengok wayang dengan sis aku... tercengang kitorang bila tiba beratur depan kitorang 1 family (suami, isteri, anak dalam 3 orang kot), tunggu nak masuk panggung... masa tu elok pulak kitorang layan cerita Ngangkung...
dalam banyak2 hari, banyak2 waktu, perlu ke pilih tengok wayang waktu orang sedang solat jumaat...
kalau tak tahu malu depan manusia lain sekalipun, tolong la malu pada Allah... tolong la pupuk sikit sifat malu tu dalam diri...
0 comments:
Post a Comment