About

Powered by Blogger.

Kelas membuat durian crepe...



semalam, secara tak rasmi aku dah membuka kelas membuat durian crepe kat housemate aku... mula2 aku nak buat durian crepe kat Mr. M...










bajet nak buat 'durian crepe with love' la...





sekali yang housemate aku lagi 2 orang ni pun nak juga buat durian crepe kat 'kesayangan' diorang... siap suruh aku ajar buat lagi...





so balik kerja semalam, masing2 mula la aktivit membuat durian crepe... tapi disebabkan kali ni membuat durian crepe sambil2 ajar orang, lastly yang tak jadinya banyak... yang jadinya dapat la sikit... so masing2 cukup la dapat sikit2...





yang buat kali ni pun just nak habiskan bahan2 hari tu... so memang dapat sikit je la... tambah2 whipping cream pun nak habis dah... yang bancuhan crepe  tu banyak lagi...





tapi as usual, payah la nak melipat... semua asyik pecah je... rasanya kena buat lebih nipis... tapi aku tak reti pulak nak buat crepe yang nipis...










bahan2 yang dah disediakan oleh cikgu durian crepe dan anak muridnya,,,




mesti pelik kan.. kenapa crepe yang dah siap warna hijau tapi bancuhan crepe warna kuning??? actually yang crepe hijau, si cikgu yang buat... bancuhan kuning tu anak murid dia buat...







mula buat crepe... cikgu vs anak murid....





yang guna pan tu adalah aku... si housemate aku ni pulak tak menyabar nak buat crepe dia, lastly dia guna kuali.. aku dah cakap tak boleh.. tapi degilkan... lastly crepe dia jadi garing... arghh tekanan mengajar ank murid camniii...





lastly crepe dia kami buat cicah2 je dengan whipping cream... 





dan hasilnya.... (to be continue)





Tahap antarabangsa



tahun depan program aku akan menganjurkan persidangan antarabangsa untuk polimer. actually ni 1st time kot program aku ni anjurkan 1 event yang bertaraf antarabangsa.










dan aku dah dilantik menjadi setiausaha... fuhhh... mencabar juga... so far aku dah mahir dah dalam mencatit minit mesyuarat... selaju keretapi orang bercakap, selaju kapal terbang la aku menulis... korang ingat senang??? 





bayangkan kalau dalam meeting ada berpuluh orang... sekali semua pakat nak cakap masa yang sama... tak rasa nak jammed tangan mencatit...??





tapi kan sebenarnya best giler kot. tak sabar nak tunggu hari persidangan tu... dah la melibatkan penganjuran antarabangsa, melibatkan alumni jerman, kedutaan german, KPT, dan paling best semua CEO proton, perodua, mercedes-benz dan NAZA.. tak kira lagi pengeluar barang berasaskan polimer automotif macam continental... 





yang uruskan nak cari CEO2 tu semua pengerusi dan AJK pengiklanan sebabnya diorang memang banyak contact.. kagum aku tengok diorang senangnya nak dapatkan sponsor...





ikutkan persidangan ni berlangsung bulan 4 tahun depan. so aku agak ralat la mula2. sebabnya aku mula aku diberitahu aku akan pindah perlis bulan 1... so rasa ralat giler kot. dah buat macam2 kerja sekali aku tak boleh join masa conference... 





alih2 sampai surat, aku kena pindah bulan 5.. macam nak melompat tau...





dah lama tak terlibat dalam penganjuran event camni... last aku aktif buat benda2 camni masa sekolah menengah je... jadi pengerusi, organize program itu ini... lepas habis sekolah je, aku tak aktif dah... masa matrik atau degree mana aku join apa2 persatuan.. 





sedangkan masa sekolah siap aku jadi pengerusi renjer puteri sekolah, setiausaha pusat sumber, naib pengerusi bahasa inggeris, pegawai perhubungan awam renjer puteri negeri perak... haha.. ok aku riak dah... tapi tu la kenyataan... kadang2 rindu nak aktif2 macam tu... tapi masa kat matrik dan degree, orang je taknak lantik aku jawatan apa2... sampaikan aku yang volunteer jadi AJK kolej kediaman aku...





hopefully persidangan ni akan berjaya... tak sabar... tak sabar... tak sabar!!!!!


Idea menghias rumah...



Aku berkenan dengan salah 1 interior design seorang kawan kat FB... sangat2 simple... terus berangan-angan dan tak sabar giler nak pindah arau nanti... kat arau nanti kan aku duduk sorang... so boleh hias rumah ikut kehendak sendiri...


















seriously, ini memang selera aku... ada warna merah... tiba2 aku teringin sangat nak cari karpet yang exactly sama macam tu juga... ada warna merah2 sikit... insyaAllah kalau free nanti aku ingat nak jalan2 kat Nilai 3.. nak cari karpet sesuai untuk rumah aku...





pada aku warna merah ni macam menceriakan suasana rumah... rasa macam nak duduk rumah je, taknak keluar mana2...








Kerabu Kangkung...



Pernah dengar kerabu kangkung... mesti macam pelik je kan.. pastu terbayang macam mana bentuk kerabu kangkung ni.. adakah macam kerabu taugeh???













lain sama sekali...













1st time aku rasa kerabu kangkung... tak pernah terfikir pun sebelum ni ada kerabu kangkung... 





kawan aku yang ajar makan... dia ajak lunch kat sebuah restoran kat pusat komersial seksyen 7. nama restoran tu Jemari.. sederet dengan butik Radiusite... 








Tapi makanan kat restoran ni pada aku agak mahal.. cuma kalau dari segi rasa, memang sedap.. dah 2 kali aku makan kat sini... dan kali kedua makan tu sebabnya aku teringin sangat nak makan kerabu kangkung ni... ang guess what... aku makan sorang aku je sepinggan kerabu kangkung ni... tapi aku tak makan nasi la... just ratah lauk...





harga sepinggan kerabu kangkung ni ialah RM8.90...





















actually kangkung tu digoreng dengan tepung (maybe tepung jagung) sampai garing... dan lapisan tepung tu pun nipis je... tu yang sedap dan tak muak... kemudian mungkin dia gaulkan dengan sos.. macam sos thai tu... sos tu agak pedas dan manis2 sikit... sedap giler sos dia... kemudian  campurkan sekali dengan bijan dan di tabur dengan kacang gajus...






ok.. boleh bayangkan rasa kerabu kangkung ni macam mana??? bayangkan la... :)





selain tu, ada 1 lagi makanan yang sedap kat sini... tomyam dia perghhh.... pedas, berlemak (letak santan cair sikit kot), memang cukup la.... kalau makan panas2 memang berair mata tau... tomyam paling sedap aku pernah rasa kat shah alam ni...





tomyam dia pun agak melampau harganya... semangkuk RM10.90... huh.. kalau hari2 makan sini, memang hancus la... tapi kalau sekali sekala teringin ok je.






Prosperity burger vs Oblong











Baru2 ni nampak McD dah keluarkan iklan prosperity burger dia... sebenarnya prosperity burger ni antara feveret food aku... setiap akhir tahun memang aku tunggu burger ni keluar jer...










tapi disebabkan semangat nak memboikot McD masih kuat dalam diri aku, so aku cuba sedaya upaya tahan juga keinginan dan nafsu nak makan prosperity burger.. padahal balik je kerja macam terpanggil2 nak pergi drive thru kat McD...





betul la orang kata... bukan mudah nak tahan nafsu... especially nafsu makan ni... huhhhh...





dalam aku blogwalking, tiba2 aku jumpa pasal Oblong... aku ingatkan oblong ni macam burger biasa je.. cuma daging dia panjang...





kemudian aku terasa teringin nak cuba... aku tanya housemate aku kat mana nak cari oblong ni... kemudian baru teringat kat seksyen 7 berdekatan dengan pak li kopitiam ada sebuah lori kecil yang jual burger tiap2 malam...





kawan aku pernah cakap burger yang abang tu buat sedap... nama dia Mie Burger kot...





so aku pun pergi la cuba cari oblong kat sana... yess!! ada...




















dari segi harga, pada aku murah la juga... RM 4.00 untuk oblong daging dan ayam, RM 5 untuk oblong kambing...





dari segi rasa, sedap juga... especially rasa sos blackpepper yang pedas... 1st time aku beli oblong kat dia, masa tu takda pelanggan lagi.. so dia masak daging tu just enough je.. so rasa juicy... yummy!





2nd day aku beli, ramai pelanggan dia... jenuh tunggu oblong nak siap... hasilnya daging dia kering sikit... terlebih masak... kali kedua beli ni aku order 2 oblong ayam untuk housemates, 1 oblong daging untuk aku... tapi bila kat rumah baru perasan dia salah bagi... 1 oblong ayam, 2 oblong daging... tapi kami makan juga la.. hahaha..





overall, dah lepas dah keinginan nak makan prosperity burger... makan oblong pun sedap lagi... 








Durian Crepe versi CahayaChenta...













Resepi untuk durian crepe aku ambil 90% dari blog Kak Ita... So thanks kepada beliau kerana kongsikan ilmu buat durian crepe dalam blog... :)





kenapa aku kata aku ikut 90% jer...? 





sebabnya kan, ada benda aku malas beli.. kalau ikut dalam resepi asal kena ada pandan emulco... actually emulco ni fungsi dia 2 dalam 1... pewarna + perisa... tapi aku tak bubuh sebab aku taknak ada rasa pandan kat crepe aku... 





so aku letak pewarna pandan je... tapi kononnya rajin la kan, so aku beli juga pewarna kuning. itu nasib baik tak terlebih rajin... kalau tak semua pewarna aku beli... so jadi la durian crepe berwarna warni... 





tapi disebabkan aku taknak berlakunya kejutan budaya bagi pemakan durian crepe aku, so aku buat 2 warna je iaitu hijau dan kuning... dan ada tambahan 1 lagi iaitu warna hijau + kuning (tapi jangan buat.. buruk je rupa crepe aku... )





actually aku buat 2 bancuhan kot durian crepe ni... rajinkan dalam sehari aku boleh buat 2 bancuhan untuk crepe... penat giler!



bancuhan pertama, ok dah.. cuma masa buat crepe tu gagal sikit... maybe sebab kulit crepe tebal.. so dia jadi tak smooth.. dah la tu, kali pertama buat tu macam2 bentuk lipatan aku dapat....







1st attempt





ini fail terus... haha






yang kali kedua buat, baru la lawa sikit crepe aku... sebab dah pakar la katakan...





yang aku buat banyak ni kan sebabnya, aku nak bagi kat mak ayah aku kat kampung.



so dah alang2 kakak ipar aku ada sini dan nak balik taiping esok, so aku nak kirimkan kat mak ayah aku... so pulun la aku buat banyak2 durian crepe... nak dapatkan kulit crepe yang smooth je punya la susah hoiiii !!!







sisi crepe yang berjaya











dan akhir sekali setelah berhempas pulas selama 4 jam, ini la hasilnya crepe aku...










yang dalam pinggan tu untuk makan kat sini... ada lagi sepinggan.. tapi itu aku taknak tunjuk sebab tu sesi fail aku.. haha...





yang dalam bekas plastik tu pulak, untuk diedar-edarkan kepada keluarga aku kat taiping, kakak aku kat kl ni yang bagi pinjam mixer dan kuali dia, dan juga kat ofismate aku...





tak sampai beberapa jam lepas letak gambar durian crepe ni kat fb aku, terus terima tempahan.. haha.. patutkah aku buat bisnes ni?? 










beria-ria student aku ni suruh aku buat kat dia.. alahai.. kesian pulak.. dah la tayang kat diorang...





pastu ada juga jiran aku suruh ajar dia buat bila aku balik kampung nanti...
















tapi kan... 





seriously la penat giler kot buat... tambah buat sorang... kalau da yang tolong lipat crepe tu ok juga... cuma puas la dapat makan crepe... dah buat sendiri ni biasa la mesti isi letak banyak2...




















Misi membuat durian crepe


Setelah misi membeli durian crepe gagal, akhirnya aku bertekad nak jadikan sebagai misi membuat durian crepe.. dan seperti entri yang lepas 












aku dah jumpa resepi yang aku berkenan... so aktiviti mengumpul bahan2 pun bermula.. sampai la last sekali, non dairy whipping cream... Ya Allah.... susah giler nak cari whipping cream jenis bukan tenusu... 





giant seksyen 7, giant seksyen 13, tesco extra, kedai bakeri seksyen 7, kedai bakeri seksyen 13, semua habis aku teroka... punya nak cari whipping cream... tapi sedih... semua tempat yang aku pergi takda... yang kat kedai bakeri pulak habis stok... masa tu memang kecewa kot... sampai housemate aku pun gelak tengok aku.. dia kata tak pernah tengok aku beria-ria cari benda sampai macam tu...








lastly aku google semua kedai bakeri kat shah alam... sampai la aku jumpa 1 lagi kedai bakeri kat seksyen 13. kedai ni sederet dengan Takaful Malaysia (Jalan Rugby).







ini la kedainya...
[gambar kredit :http://emiliaputeri.blogspot.com/p/di-mana-beli-bahan-bahan-bakery.html]


aku masuk je kedai tu, aku tengok dalam freezer dia penuh dengan non dairy whipping cream. masa tu rasa nak berterima kasih dengan tuan kedai...





so ini la non dairy whipping cream yang sangat2 mencabar kesabaran untuk mencarinya







harga : RM 13 ++


so lepas je aku beli whipping cream ni terus aku balik rumah dan buat... tak bertangguh2 dah... 





ok bab bekalan durian pulak... aku tak beli pun... aku minta kat mak aku sikit.. lastly mak aku yang belikan.. sebabnya durian kat dusun kitorang macam tak menjadi je.. so mak beli kat sedara kami... mak kirim kat kakak aku 8 biji... so tadi kakak aku bagi la 1 bekas... 





nasib baik kakak aku dah kopek... kalau tak, jenuh juga aku nak kopek kat rumah sewa... mana nak cari parang...





proses membuat durian crepe versi cahayachenta kini bermula...








Rezeki


alhamdulillah...
















disebabkan kebelakangan ini kerajinan untuk up entri hari2, so aku punya pendapatan nuffnang pun hari2 berjalan... baru sebulan je cash out pendapatan yang lepas...





ada 3 BE yang sedang menari2 dalam blog...





kali ni rasa macam laju je duit tu naik... apapun thanks kepada semua yang membuka dan menambahkan view untuk blog aku... walaupun aku tahu ada kalanya korang tersalah masuk blog je pun... tapi sikit sebanyak dah menyumbangkan kepada pendapatan sampingan aku...





walaupun apa yang aku dapat ni tak la banyak manapun tapi sikit sebanyak rasa best juga... rasa macam bekerja part time pun...tapi part time yang dapat gaji setelah beberapa bulan bekerja... jenuh nak tunggu bagi cukup RM50...





apapun...





terima kasih daun keladi,


hari2 masuk la blog aku lagi...








It is Friday !!!!!!!!!!!!!!








haha...
















Bakat terpendam pensyarah yang tak pernah diketahui


Tadi aku lihat la fb untuk fakulti aku... ada la gambar2 masa team building hari tu... tengok je gambar bawah ni terbahak2 aku gelak...











haha... melampau...!
















aktiviti di mana kami kena lukis gambar masing2... hambik kau... tak ubah macam budak sekolah tadika punya lukisan... rasanya kalau suruh anak sedara aku lukis pun, boleh sama juga macam kami lukis...





ini namanya tangan bangku... takda bakat melukis...





nak tahu bakat melukis aku macam mana pulak.... 








jeng jeng jeng.....

















cantik kan??? ok la tu... ada nampak dah iras2 muka manusia... tapi takda la rambut aku jarang gitu... haha...








kat situ juga aku lukis tahi lalat aku kat atas dan bawah bibir... sekali diorang cek betul2... siap tilik muka aku... giler malu masa tu... dah la kena diri depan semua yang lain... sekali si ketua fasi tu nak tengok betul2 ada ke tak tahi lalat tu... 





boleh pulak macam tu kan...








Azhar Mustapa: Dia mengalahkan semua artis lelaki...



Siapa dia Azhar Mustapa ni....










Actually dia ni salah sorang youtubers yang aku suka ikut semua video2 yang dia upload... kalau matluthfi90 upload video2 yang kelakar, Azhar Mustapa ni pulak upload cover untuk lagu2...








Dia akan nyanyikan semula lagu2 diiringi dengan petikan gitar... 








to be honest, aku suka giler dengan cover yang dia buat... dan tiap kali aku buka youtube, video yang akan aku layan dulu adalah video dia.. selalunya kalau buat kerja ke apa, aku pasang la lagu dia... best dia nyanyi... 








Suka lagu Judika-Aku yang tersakiti...? 1st time aku dengar lagu tu ialah daripada dia ni la.. kemudian baru aku dengar yang versi penyanyi asal...








Apa yang best pasal dia ialah cara dia plucking gitar... terus aku suka orang yang pandai main gitar... dan suara dia pun best... ala2 serak sikit...











antara lagu dia yang paling aku suka ialah:





1) Lahar Cinta













2) Aku yang tersakiti










3) Separuh aku























Isi hati







Semalam semasa aku baca blog2 orang, aku jumpa la 1 blog ni... razzirahman... sedar tak sedar (kononnya..) aku baca la entri2 dia yang aku minat... 





dan salah 1 entri dia adalah:











Antara fakta yang dia up dalam blog dia 









Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.


  • Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”















Persoalan aku... Benarkah?








Kadang2 aku pun fikir benda yang sama...



Tapi kadang2 nak menyedapkan hati, aku suka fikir lebih kepada perkara positif...








Mungkin mereka nak berikan kita pilihan untuk memilih orang lain (disebabkan tiada sebarang ikatan), so kita berhak memilih yang lain... mungkin juga sebab dia taknak kita terlalu lama menunggu dia (kesian mungkin?)...








Tetapi kalau ikut apa yang penulis blog tu kata,  alasan diberikan sebab 'nak menjaga hati, so kena guna teknik berkias'... kononnya lebih berlapik dan bersopan santun... tolong la...



itu bukan berlapik... itu namanya kejam... yup K.E.J.A.M...



mungkin kerana kita lelaki perempuan, so kita pandang dalam 1 perspektif yang berbeza..memang la ada benda yang lebih elok kita berkias.... tapi ada benda juga yang lebih elok jika kita terus terang...



kadang2 berkata benar, apa yang betul2 kita inginkan, yang betul2 dalam hati kita, boleh menyelesaikan pelbagai kemelut... dan paling penting mesej yang korang dah taknak kat dia (perempuan), boleh disampaikan dengan begitu jelas dan terang... selagi tak berterus terang dia akan terus menerus setia... dengan alasan KERANA CINTA...



so tak ke lagi kejam begitu? 





orang selalu nampak perempuan lemah dari segi luaran... kuat nangis la contohnya... tapi sebenarnya dari segi dalaman, mereka sangat tabah, cekal dan sanggup terima apa2 dugaan... sebab tu sebagai perempuan, aku lagi suka orang berterus terang...





tipu la kalau kata benda tu takkan meninggalkan kesan pada kita... tapi takda la kesan yang mendalam sangat seperti kena tipu... 





sometimes, mereka fikir, nak pilih orang lain semudah ABC... kalaupun ada orang lain boleh buat, jangan assume kita juga boleh buat... sebab tu bila ada perempuan yang sanggup setia dan tunggu bertahun2 pun, bukan bermakna dia tak boleh pilih orang lain... boleh jer...



tapi kalau diberi pilihan pun, dia takkan nak... benda ni berkaitan hati... perasaan yang sendirinya wujud dalam hati kita... kalau perasaan tu kita boleh senang2 trasnfer kat orang lain, so boleh je nak pilih sapa2 pun... lagipun perasaan tu bukan boleh wujud dalam seminit dua...



bila hati kita dah memilih seseorang dalam hidup kita, sebolehnya kita harap dan berdoa dia dan kita akan bersatu dalam ikatan yang sah... dengan harapan macam tu la, kita akan bersabar...



UNLESS, kalau memang dia tak betul2 cintakan orang tu, so dia akan sentiasa mencari yang lebih baik, lebih baik dan semestinya yang lagi baik...



So, kalau betul2 sayangkan dia, jangan la suruh dia pilih orang lain... bila dia kata dia sanggup tunggu, maknanya dia yakin dengan perasaan dia... unless kalau dah betul2 tak sayangkan dia, terus terang je... tak perlu berkias2...



sekadar nasihat je la... 
















aku pernah alami benda yang hampir kurang sama... sebab tu bila kenangkan balik, sebenarnya aku lagi suka orang berterus terang... walaupun apabila berterus terang mungkin akan lukakan hati kita, tapi kalau tak berterus terang pulak, luka tu akan menjadi lebih parah...



sebabnya perasaan sayang ni makin lama makin kuat... bila makin kuat, makin besar juga kesannya bila terluka...



as simple as that...









Itu la namanya diet... huh...



Entri aku yang INI, aku ceritakan pasal aku mula ambil SD2... and guess what... 










Lepas 2 minggu, hasilnya adalah, aku berjaya capai berat aku selepas aku pergi gym dulu.. Be honestly la ye... sebelum pergi gym, berat aku adalah............. 80 kg...





yup... malu nak mengaku tu... :(





kemudian sebulan aku pergi gym di bantu dengan trainer aku yang sangat2 rajin dalam memaksa aku exercise, berat aku turun jadi 76 kg... tapi masuk bulan puasa, aku dah tak pergi gym... kononnya tak larat. alasan semata2... 





so tak jumpa dah trainer aku...





elok nak dekat raya trainer aku sms... katanya dia minta maaf kalau selalu dera aku masa exercise.. dan dia akan kenangkan aku sebagai client dia yang degil, ketegaq, 'cerdik' sebab suka bagi macam2 alasan nak mengelat... 





rupanya dia dah habis belajar di uitm... owhh sedihnya...





kemudian baru2 ni aku sms dia... aku tanya dia sambung degree tak sebab hari tu dia kata dia plan nak sambung. so kalau dia sambung aku nak dia jd trainer aku...





sekali dia bagitau dia dapat sambung degree kat uitm sarawak... jauhnya... perlu ke sampai ke sana... so dia cakap kat aku pergi je la gym tu... nanti akan ada la orang lain akan trained... erm... boleh je nak lantik trainer lain...





 tapi tah la.. aku suka jenis trainer macam dia... sebab 100 alasan aku bagi, 1000 hujah dia akan bagi balik... so no point nak melawan cakap dia... dia suruh naik treadmill aku kena naik, dia suruh cycling aku buat, sit up berpuluh2 kali... walaupun mulut aku pot pet pot pet depan dia, tapi dia tahan juga telinga... 





so lepas berbulan2 tak masuk gym dan mengamalkan gaya hidup seorang yang pemalas dan pelantak KFC, McD, Dominos, Nasi lemak, berat aku naik menjadi 79 kg... 





ok... berbalik ke kisah SD2... so after 2 weeks, berat aku dah jadi 76 kg balik... tapi tak membanggakan aku sangat... sebabnya mungkin yang hilang tu dari segi air je... bukan lemak...





lagipun aku consume SD2 tu ikut peraturan dia dalam seminggu je... lepas tu, aku mula la cilok2... dia suruh minum 4 kali sehari, aku minum sekali je... dia kata jangan minum manis, aku ambil juga kadang2...





so as usual... aku memang tak boleh bergantung kepada apa2 produk kuruskan badan... so start esok, aku akan kembali ke exercise balik... yang SD2 tu aku akan habiskan setin tu je la... aku pun dah tak lalu nak minum dah... 








Misi mencari durian crepe dah bertukar menjadi misi membuat durian crepe...



Kecewa...










Hasrat nak makan durian crepe masih tak kesampaian... hari tu mesej dah orang yang jual durian crepe tu... mesej hari pertama, dia kata dah habis. suruh mesej keesokkannya...












esoknya tu, pagi2 aku dah mesej. tengahari baru la reply.. katanya tinggal nak lipat crepe je... so aku kata la kalau dah buka untuk jual nanti mesej la.. aku boleh ambil di rumah...












lastly sampai sudah tak mesej.. tak pa la... tak da rezeki nak beli durian crepe dia... 












kemudian aku call kakak aku... kebetulan dia masih di kampung... lastly aku kata kat dia, bawa balik sikit durian kat rumah mak aku... haha... lepas tu kakak aku tanya nak buat apa... aku kata aku nak buat durian crepe kat rumah dia... barang aku beli.. cuma nak tumpang buat kat rumah dia je... 








nak buat kat rumah sewa aku boleh je.. tapi peralatan takda.. mixer takda, kuali leper tak ada... 












semalam kakak aku balik sini.. pagi tadi mak aku call... mak aku kata, jangan kan sebijik, sekali mak aku bagi 8 biji durian!!! boleh buka business dah aku rasa... haha... aku kata kat mak aku, aku nak sikit je pun... nape sampai 8 biji di baginya... 












antara semua2 resepi, akhirnya aku pilih nak ikut resepi dari blog kak Ita... Thanks empunya blog sebab sudi berkongsi resepi... :)

















durian crepe dari blog kak ita....






aku macam ni la... bila aku kata aku teringin sangat2 nak makan sesuatu tu, aku akan cari sampai dapat.. selagi tak dapat memang aku usaha juga cari.. kalau tak jumpa juga, lastly aku cari resepi, buat sendiri.. sedap atau tak belakang cerita.. tapi dah buat sendiri, tentu la buat sedap2 kan... :)











Gergasi makan di Big Brother Shah Alam



Tadi kakak 1 ofis aku pelawa nak belanja lunch. sebabnya dia baru dapat duit elaun tesis.. sedebuk dapat RM6k... best giler..













so dia ajak lunch tadi... bila dia tanya nak makan apa, terus kami cakap nak makan kat Big Brother... Big Brother ni serve makanan western yang big portion... maknanya quantiti makanan dia memang banyak giler... harga pun boleh tahan... gulp.. orang belanja boleh la.. kalau nak bayar sendiri, tak la gamaknya...








steak dia ada macam2 jenis... aku seperti biasa pilih lamb chop je... 





disebabkan kami pergi tenghari so dia ada serve untuk pakej lunch.. ada macam2 set start dari steak, pizza, pasta dan macam2...















so kalau pakej lunch dia ni murah la sikit... dalam set tu disertakan mushroom soup dan bruchetta.. brucetta tu macam garlic bread la.. 
















lamb chop yang aku ambil adalah set D... 








komen aku:


1) Disebabkan orang belanja aku makan habis...


2) Lamb chop dia sedap sebab daging dia agak garing 


3) sepatutnya ada salad sebagai side dish, tapi salad tak siap lagi masa tu so diorang gantikan dengan mashed potato


4) coleslow dia sedap... sebab guna kobis ungu kot.. rasa creamy giler..


5) 1 je kurang... sos dia... dia bagi sos apatah dengan rosemary yang bertaburan ibarat bunga di taman... giler la.. kuat giler rasa rosemary..  aku suka rasa rosemary tapi kalau sekadar light je ok la... ini dah rasa apa dah...


6) portion makanan dia terlampau banyak... memang kena dengan harga.. tapi membazir kalau tak makan habis... tadi pun aku tak habiskan mashed potato... sebabnya dah tak larat nak telan... yang lain2 pun makan tak habis. siap sorang lagi kakak ofis aku minta diorang tolong tapaukan spagettti dia...








Tabahlah...








Carrying his little brother in his arms,after their parents were killed during the hours before the bombing 






Kalau kita berada di tempat dia, mampu ke kita bertahan... Melihat penderitaan dia aku terfikir, bagaimana jika aku di letakkan di tempat dia... :(








kadang2 kita rasa kita ni dah cukup dah di duga... kadang2 masalah kecil pun kita nampak seperti besar sangat... padahal kita tak nampak lagi mereka2 di sekeliling kita yang diduga dengan lebih hebat...














Kuatkan semangat mereka... Pray for Gaza









aku rasa apa yang berlaku di Palestin sekarang memang betul2 menyedihkan hati semua MANUSIA... sebabnya tak kira agama apa pun, selagi namanya MANUSIA WARAS, takkan ada yang sanggup melihat kekejaman rejim zionis laknatullah menyerang penduduk Palestin yang tak berdosa...













Tambah lagi bila kita dipaparkan dengan keadaan mangsa2 yang mana ramai dari mereka adalah kanak2 yang tak tahu pun apa tu senjata...








seriously aku tak boleh tengok berita langsung pasal ni... tak sampai hati... macam tadi, serangan terbaru ke atas palestin yang mana pihak israel kata serangan tu adalah KESILAPAN TEKNIKAL semata2... diorang nak aim penjuang hamas tapi terkena rumah penduduk... yang menjadi mangsa mereka yang tak berdosa iaitu kanak2...





alasan yang diorang bagi memang betul2 alasan paling bodoh... senangnya nak bunuh2 orang...












Israel Defense Forces (IDF) telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat biadab apabila mereka mengatakan serangan ke atas 'keluarga dallou' yang mengakibatkan 9 daripada ahli keluarga dallou terbunuh adalah KESILAPAN TEKNIKAL sahaja. Mereks berkata sebenarnya mereka ingin menyerang satu kumpulan Hamas namun terkena rumah keluarga tersebut. - sumber: Aman Palestin





terkedu aku bila lihat wajah2 kanak2 yang dibunuh... ada bayi yang wajahnya seolah2 macam tersenyum.. mungkin kita lihat sengsaranya kematian dia... Tapi insyaAllah Allah dah menjanjikan ganjaran buat mereka yang teraniaya...





 kita risau apa yang patut kita lakukan untuk selamatkan mereka... tapi aku yakin, semua umat islam ada senjata paling hebat iaitu DOA... sama2 kita doakan semoga Allah pelihara dan selamatkan saudara2 kita di Palestin... selamatkan umat islam dari terus di zalimi Israel... tak sanggup dah rasanya nak lihat kanak2 menjadi mangsa... dan turunkan bala bencana kepada rejim zionis yang kejam... 





aku lihat2 di FB Aman Palestin... tapi aku dah tak sanggup nak terus baca dan lihat gambar2 kezaliman Israel... aku tak boleh bayangkan macam mana rakusnya diorang membunuh rakyat palestin... bongkaknya mereka bila berjaya membunuh umat islam di Palestin...





Aku pun harap kita dapat membantu rakyat2 Palestin yang memerlukan... Ini apa yang aku ambil dari FB Aman Palestin Malaysia ... Sesiapa je yang membaca blog aku, aku mohon, bantu la apa yang termampu... 












Wahai Tuhan kami,







Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,








Ya Tuhan kami,






Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,





Ya Tuhan kami,




Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),




Ya Tuhan kami,




Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,




Ya Allah,




Ya Allah,




Ya Allah,




Ya Tuhan kami,




Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.




Aamiin




Owhhhh.. Hari keluarga la pulak....











Tadi aku dapat jemputan dari student. Jemputan untuk ke hari keluarga yang di buat sekali dengan alumni... 





ikutkan kalau diorang tak jemput pun memang aku dah kena pergi sebabnya aku kena jadi pegawai pengiring diorang pulak... mula2 baru nak mengelat sebenarnya... malas aku nak join benda camni... suka sangat buat jauh2... 





kalau masa aku belajar dulu, semua buat aktiviti dalam uitm je... semua boleh join... yang macam ni dibuka untuk 20 orang je... bosannya...





time aku dulu, hari keluarga kami buat sukaneka... so kita boleh la kenal2 antara junior-senior... pastu ada main lawan2 antara part... siap main games dengan pensyarah lagi... main pun game bodoh je... tapi best...





kemudian dinner pulak, buat special... pergi hotel mahal2... macam kat kelab diraja selangor... time macam ni la best melaram.. contohnya masa tahun akhir aku dulu... dinner buat kelab diraja selangor... so memandangkan dah nak habis belajar, memang aku pulun melaram... siap tempah baju lagi... dan minta tolong kawan aku make up... by the way, ini la kali pertama aku make up giler havoc... 






tapi sejak aku masuk kerja ni dah lain dah aktiviti budak2 ni... contohnya macam pergi aktiviti luar... yang enjoynya budak2 je la... tak melibatkan pensyarah... pastu dinner buat ala kadar... kadang2 gabung je sekali dengan aktiviti family day...





kadang2 aku nak juga cadangkan aktiviti yang macam zaman aku dulu... sebabnya memang best... melibatkan semua pensyarah dan student.. so kita akan jadi makin rapat... tapi bila fikir balik, ala... ni zaman mereka dah... maybe diorang suka macam tu pulak...





ok bab family day ni.. diorang pilih bandar hilir, melaka... kali ni dinner pun sekali la kot kat sana... tapi kali ni melibatkan alumni.. aku ajak la batch aku...sorang pun tak reply... huhhhhh...





aku malas nak join benda camni sebenarnya walaupun aku tahu memang best pun... tapi yang menjadikan tak best ni bila masing2 bawa family macam suami/isteri, anak2... aku pulak nak bawa siapa??? takda la jeles pun diorang nak bawa siapa2 je... tapi aku dok fikir juga, aku nak buat apa la nanti.. nak join diorang mesti macam dah segan... aku kan pemalu... 





oh ya... aku mengadu kat housemate aku... pastu diorang kata la... 





"ko join la pensyarah yang single.."




ehhhhh helloooo... aku je la yang single pun.. dalam semua pensyarah polimer tu, aku je yang tak kahwin lagi... haha~~





kemudian aku call mak aku.. aku ajak mak dengan abah aku... sekali mak aku kata taknak.. dia tak larat... hurmmm... arghhh serius malasnya la aku nak pergi... tapi dah  janji nak jadi pengiring diorang.





actually yang tahun lepas aku tak pergi pun... sebab yang macam ni la.. bila tanya semua pakat nak bawa keluarga... best la duduk ramai2... aku ni memang best juga... duduk sebilik sorang... tapi hurm... macam takut je..





kemudian mak aku cadangkan bawa anak sedara aku je... hurm... maybe ok juga kot dari aku takda teman langsung...  





sekarang ni aku dok harap sangat la supaya kawan2 1 batch dengan aku datang... so aku boleh la join diorang... tapi sorang pun tak bagi feedback kat aku lagi... macam masing2 tak berminat je... 








Berubah...



aku suka tengok trend zaman sekarang... especially di kalangan artis2... malah aku kagum sesetengah diorang macam wardina, irma hasmie, dan diana amir..








aku kagum dari cara mereka berubah dan bagaimana mereka mampu nak istiqamah dengan penghijarahan mereka...








sometimes terdetik dalam hati aku untuk berubah menjadi lebih baik... dari segi pakaian, dan ibadat aku... kadang2 aku rasa sangat beza aku sekarang dengan aku yang dulu... dan paling aku takut aku akan berubah menjadi lagi teruk...








terus terang la aku suka zaman aku masa matrikulasi dulu... mungkin masa tu ditambah dengan kesan daripada ceramah2 agama dari ustaz aku ketika tu... masa matrik, kitorang ada 1 slot untuk kelas agama.. dalam kelas tu ustaz tak ajar seperti seorang cikgu... tapi dia gunakan slot yang ada untuk memberi ceramah agama...





seriously ceramah2 agama dia membuatkan aku terbuka hati dan mata... aku jadi terlampau takut untuk buat dosa... malah nak pandang muka lelaki pun aku takut... aku rasa berdosa sangat dah kalau terpandang especially kalau bertentang mata...








kemudian dari segi pakaian... aku dah mula pakai stokin tangan dan kaki... walaupun aku pakai baju kurung, tapi aku akan cover juga tangan dan tapak kaki aku... pada aku itu juga aurat yang aku perlu tutup...








antara ceramah ustaz tu yang paling berkesan dalam diri aku adalah bila dia cakap berkaitan dosa seorang anak perempuan.. di mana dosa2 perempuan ni akan turut terkena pada ayah, abang, suami, anak lelaki, dan semua muhrim dia...








lepas dengar ceramah tu, aku rasa sangat2 berdosa dengan abah dan abang aku... lepas2 tu memang aku menjaga segala perbuatan aku... sebabnya 1 je.. aku taknak membuatkan abah dan abang aku tanggung dosa2 aku...





tapi secara jujurnya, lepas masuk universiti, sikit sebanyak aku mula lupa ceramah2 ustaz tu... tah la.. mungkin aku terleka...





kadang2 aku fikir, mampu ke aku menjadi seperti dulu balik... bagaimana aku nak kekalkan semua tu... masa belajar dulu aku kagum dengan fesyen terkini... sekeliling aku orang2 yang suka bergaya... aku suka sangat.. sampaikan terikut juga...







tapi sekarang aku suka lihat wanita2 yang betul2 menutup aurat dia.. yang memakai tudung labuh... aku suka.. kadang2 kalau kat shopping complex sampai aku terleka tengok diorang... dalam hati macam tercetus je keinginan nak jadi macam mereka..





aku ada seorang sepupu... yang berhijrah baru2 ni... dia mula memakai tudung labuh... ibarat diri dia dah transform langsung.. dulu pun dia bertudung... tapi gaya biasa2 je la.. lepas2 dia berhijrah (walaupun orang lain macam pelik dan bertanya itu ini), tapi bagi aku, aku kagum dengan dia... pada aku dia amat bertuah... bukan senang kita nak meninggalkan sesuatu yang pernah kita sayang dan dah terbiasa dengannya...



aku berharap suatu hari nanti aku juga dikurniakan hidayah seperti dia...aku dikurniakan kekuatan untuk menjadi muslimah sejati...  mungkin sekarang aku juga bertudung.. tapi tah la.. bagi aku semua tu masih belum cukup... aku terasa terlampau banyak kekurangan di sana sini...















Kali pertama menonton cerita seram di pawagam... Paranormal Activity







Setelah bermusim2 keluar citer Paranormal  Activity, semalam baru aku tengok... yang ni ke-4 kot...


sebenarnya tak tahu nak pilih cerita apa... nak tengok citer kartun, tapi ada orang yang tak minat pulak... so lastly dengan yakin aku kata tengok cerita hantu...


tapi menyesal kot tengok... berdebar2 kot aku tengok... rasa nak luruh jantung...


yang citer paranormal ni takda la hantu pun... tak macam cerita hantu ju on ke apa yang tunjuk hantu dalam rupa menakutkan.. tapi ni lebih kepada mendebarkan... 


part mendebarkan tu la aku benci giler... tiba2 muncul depan kamera... scary!


lastly aku tengok sambil tutup mata dengan tangan... buka sikit je... so takda la terkejut sangat... rasa macam duduk dalam rumah hantu pun ada...





camni la gaya aku tengok cerita semalam




dah la... taknak dah la aku tengok cerita hantu lepas ni... serik2... nak tidur pun tak boleh dah semalam... 


tapi aku rasa kan, better tutup telinga dari tutup mata.... sebabnya aku lagi rasa berdebar dengan soud effect kot... kadang2 sound effect je lebih, tapi hantu tak keluar pun... saja buat suspen...




17 November 2012











Seorang kawan pernah kata kat aku, 





Perasaan sayang adalah kurniaan Allah SWT...


Dia yang menerbitkan perasaan tu dalam hati kita...


Dia juga akan menghilangkan perasaan itu dalam hati kita ... Jika itu dikehendakiNYA..








Selagi perasaan sayang ni masih ada dalam hati aku, 


Aku akan terus menunggu...











Misi mencari durian crepe













Sejak seminggu dua ni, aku tengok makin menjadi2 orang post pasal durian crepe ni.. kat fb la selalunya... tiba2 terasa teringin sangat nak cuba... 











so tadi aku pun cari la kedai2 yang ada jual durian crepe ni kat sekitar shah alam. sekali jumpa 1 blog..





tengok alamat pulak dekat je dengan rumah... so boleh la pick up sendiri... 





tapi mula2 nak mesej tu malu juga... iyer la, aku nak beli 1 pek je... sebab dah teringin sangat nak rasa.. so aku mesej la pemilik blog tu... 





dia kata boleh je beli 1 pek... tapi malangnya hari ni dah habis... :(





so dia suruh mesej dia esok pulak... hopefully esok ada... 








Lamb Chop yang best di Space U8











Shah Alam ni memang mewah dengan shopping complex. tapi kalau taknak berdepan dengan kesesakan, aku lagi suka pergi Space U8. Dari rumah aku dalam 15 minit je lebih kurang..










actually kat space u8 ni macam2 ada cuma yang takda tempat nak shopping... untuk aktiviti riadah ok la sebab ada bowling (kepunyaan Shalin Zulkifli), panggung wayang (MBO), snooker dan kedai kegemaran aku (tak ingat nama apa tapi ada perkataan DIY)... kat kedai tu jual barang murah2... aku suka beli pinggan mangkuk yang berwarna putih kat situ.





kat space u8 pun ada food court yang ada makanan sedap2 dan surau yang ada dikelilingi air... dah macam duduk kat air terjun... 1st time kot aku tengok surat yang sangat cantik, terjaga dan selesa di shopping mall... ada certain shopping mall, kita nak solat pun berlanggar2 dengan orang... kat sini korang takkan sempat nak langgar orang sebab surau memang luas... 





satu lagi yang best pasal space u8 ni adalah parking yang free.... duduk la berjam2 pun, tak apa sebab parking dia banyak dan free....








cuma tak boleh la expect ada macam jusco... macam2 kedai ada... so kalau datang sini selalunya sebab aku nak tengok wayang atau nak main bowling je...





ok berkenaan food court kat sini...





aku paling suka kedai western kat situ... sebabnya ada lamb chop yang sedap... 



















harga lamb chop ni RM 13.. boleh pilih 2 side dishes. ada kentang goreng, cheese rice, coleslow dan mashed potato... aku suka ambil mashed potato dan coleslow. mashed potato dia pun sedap. lagi sedap dari yang kfc.





bab presentation mungkin hancur kot... haha... tapi takpa.. presentation tu hanya untuk kenyangkan mata... sekarang kita nak kenyangkan perut... yang penting sedap... yup... seriously memang sedap sangat....





sebab tu semalam aku pergi tengok wayang kat sini.. tujuan sebetulnya aku teringin nak makan lamb chop je.. haha...