Friday, July 31, 2015

Kejutan 2015 (Perginya seorang ibu)

Assalamualaikum

Sejak masuk tahun 2015, tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran aku akan menerima kejutan sebegini besar...

Mac 2015, pada tarikh 28 haribulan, lebih kurang pukul 9 malam, aku menerima panggilan dari abah... Itu pun setelah begitu banyak missed call yang masuk... waktu aku call abah dah menangis... sampai apa yang dia cakap 1 pun aku tak faham. yang aku dapat tangkap hanya la 'mak'

itu la detik yang takkan aku lupa hingga ke akhir hayat...

Mak pergi meninggalkan kami semua tanpa dapat dijangka langsung. petang tu aku sempat call dan sembang dengan mak... Ditakdirkan Allah, minggu tu aku tak balik kampung.Selalunya hujung bulan memang rutin aku untuk balik kampung. Tapi tah kenapa, minggu tu aku seolah terhalang nak balik.... Kebetulan rumah mak tengah renovate. Dia minta aku kemaskan rumah bila dah siap... So aku pun fikir tunggu la rumah siap baru aku balik...

Itu la antara perkara aku ralat... Kalau la aku balik minggu tu, mungkin aku dapat jumpa mak kali terakhir. Sekurangnya dia pergi depan mata aku... Allah.... memang dugaan terbesar untuk aku. Sampaikan aku tak terdaya nak balik bekerja... Alhamdulillah, ketua aku faham dengan situasi aku walaupun ketika tu semester sedang berjalan dan ikutkan memang kali tak boleh bercuti...

kalau tak kerana kontrak dengan uitm, memang aku dah hantar surat letak jawatan ketika tu...

seolah2 jiwa aku kosong... semuanya mati pada hari mak meninggalkan aku...

sebelum ni memang itu adalah perkara paling aku takut... aku selalu fikir,

apa akan berlaku kalau mak takda...
bagaimana aku nak hidup kalau mak takda...
kat mana aku nak cari kasih sayang seorang ibu...

and at the end, aku akan rasa serabut sangat sebab takda penyelesaian... memang aku takut...

tapi 28 mac 2015, semua tu berlaku... kalau mak sakit teruk, mungkin aku bersedia... tapi mak meninggal dalam keadaan dia sedang sihat... malah hari tu juga waktu bercakap dalam telefon suara mak ceria... sampai aku tegur kata mak macam sihat je hari ni... dia pun balas, hr ni dia rasa cergas sikit...

hari tu, 2 kali aku sempat cakap dengan mak.

pagi tu, aku call mak selepas tengok ada missed call dari dia... rupanya dia nak cakap, aku beli telefon baru dh tak reti nak call dia... padahal semalam tu baru aku call... saja dia nak mengusik...

petang pulak, waktu nak keluar makan, aku call mak semula... dok sembang biasa2 dengan dia....

tu la kali terakhir dengar suara mak.... dan sekarang, dah 4 bulan aku tak mendengar suara dia...

Rindunya Ya Allah...

Siapa yang masih ada ibu, hargai la sebaik mungkin....

dulu aku  dengar orang mengeluh rindukan ibu mereka... tapi sekarang aku sendiri rasa apa yang dorang rasa... dan memang takkan ada sesiapa mampu hilangkan kerinduan tu... sampai ke akhir hayat kita akan rasa kerinduan dan kesunyian tanpa seorang ibu...

Semoga roh mak, Selbiah binti Mat Salleh ditempatkan dikalangan orang beriman, di kalangan ahli syurga... Dia ibu yang baik... Dia tak pernah gagal mendidik anak2 dia walaupun dia sendiri bukanlah orang yang berpelajaran... aku bertuah dapat seorang ibu seperti dia... Alhamdulillah... sehingga ke umur aku 29 tahun aku dapat rasa kasih sayang sebenar seorang ibu...

Suatu hari nanti aku akan jumpa mak di sana... Itu la harapan aku... Semoga Allah temukan aku dengan mak di akhirat nanti... Amin...


0 comments:

Post a Comment