29 February 2012

Terasa separuh nafas hampir pergi.. Ya Allah, syukur aku masih di beri peluang...

Hari isnin lepas betul2 membuatkan hidup raihan seperti terberhenti seketika... raihan ada di kampung sejak jumaat lepas... raihan ambil cuti sepatutnya sampai ahad ni... sebabnya raihan nak hantar thesis raihan...


tapi lain yang jadi...

masa balik tu nampak dah mak raihan tak sihat. dia jadi macam lelah... hari jumaat tu dia pergi dialisis... so bila orang kat tempat dialisis check, dia kata ada air dalam paru2 mak raihan... so dia tarik air banyak sikit hari tu... lepas dialisis nampak mak raihan segar sikit...

kemudian malam tu siap raihan bawa mak abah raihan keluar makan kat luar... belanja diorang makan... mak raihan pulak masa tu minum habis segelas air... maybe dahaga sangat kot... 

hari sabtu tu mak raihan nampak tak sihat balik.. selalu mengadu dia penat... jalan ke toilet pun penat...tercungap2 dia.. nak bernafas pun nampak susah...

hari ahad tu keadaan mak raihan bertambah teruk... kami pujuk dia ke hospital... dia kata lepas cuci darah hari isnin nanti baru dia nak pergi... 

tapi malam ahad tu nampak keadaan mak lagi parah... sampai mandi pun dia boleh penat macam orang kena sesak nafas...

lebih kurang pukul 11 lebih raihan dan kakak pujuk juga dia pergi hospital.. mak setuju... masa tu panggil abang raihan datang rumah... kami bawa dia ke hospital...

tiba di wad kecemasan, MA check tekanan darah mak... terlampau tinggi... sampai 200 lebih... terus diorang tolak mak ke wad bahagian kritikal... Doc check mak, xray, dan bagi dia sedut oksigen ke ubat apa tah... after 3 hours treatment, dioarng kata nak tolak mak raihan ke wad dah... tapi nampak keadaan mak masa tu tak banyak berubah pun... masa diorang nak pindahkan dia ke stroller (kot) untuk naik ke atas ambulans, mak raihan sesak nafas kembali...

masa tu Doc bertugas yang mula2 rawat mak raihan takda.. hanya tinggal Doc yang tengah buat housemanship je... yang nurse tu kata tak pa boleh je tolak... sampai la ada sorang lagi Doc perempuan yang bertugas waktu tu tengok mak raihan macam tak stabil untuk di bawa ke wad... ikutkan dia tak rawat mak raihan pun.. tapi bila nampak keadaan mak raihan masih teruk walaupun lepas treatment, dia suruh tunggu.. dia nak check...

masa tu raihan terdengar nurse tu macam tak puas hati... Doc muda tu pun dok bertekak dengan Doc perempuan  tu... sebabnya Doc perempuan tu tak bagi diorang bawa mak raihan ke wad. yang diorang kata Doc yg sorang lagi dah kata boleh di bawa ke wad...

serius masa tu raihan geram sangat2 dekat nurse tu dengan Doc muda tu... please la... korang tengah deal dengan orang sakit la... boleh senang2 nak lepaskan pesakit walaupun dia tak stabil??? stupid la!! Doc perempuan tu bertegas juga tak bagi diorang tolak mak raihan ke wad... dah la wad yang diorang nak masukkan tu adalah wad biasa!! memang raihan dok perhati je nurse tu... dia dok pot pek pot pek kat kawan dia pasal Doc perempuan tu... raihan faham...masa tu dah pukul 4 pagi... mungkin diog pun dah ngantuk. tambah2 keadaan mak raihan tak berubah walaupun lepas treatment... tapi tu alasan ke nak biarkan macam tu??

sampai la Doc perempuan call Doc pakar... nampak berkali2 dia pantau keadaan mak raihan... sampai la pukul 5 pagi macam tu Doc pakar datang... lepas tu diorang decide nak masukkan salur pernafasan dalam mulut mak coz mak tak boleh bernafas dengan normal... even pakai oksigen pun takda effect apa2...

memang sedih tengok keadaan mak masa tu.. dah la yang Doc muda tu asyik cucuk mak sana sini nak ambil darah.. and guess what! berkali2 dia cucuk, berkali2 juga dia tak dapat! bila raihan dan abah datang dekat, dia halau... sampai la Doc perempuan tu pulak yang ambil.. senang je dapat... masa dia ambil merata2 raihan tengok tangan mak raihan berdarah... sampai kena habis baju dia...

memang sedih sangat... tolong la... korang dah kerja dalam bahagian macam tu sebagai Doctor, nurse, jalankan tanggungjawab dengan ikhlas! bukan sekadar datang kerja, rawat orang, hanya sebab nak dapat gaji ribu riban... raihan kecewa sangat dengan sikap nurse dengan Doc muda tu... 

tapi raihan berterima kasih sangat kat Doc perempuan tu... sebab dia lebih prihatin...

kemudian lepas Doc pakar check, baru la diorang kata mak raihan kena masuk icu... beza tak icu dengan wad 3rd class yang biasa? jauh beza kan? so raihan harap sangat2 kepada Doc muda tu, buat kerja dengan ikhlas... 

itu 1st time mak raihan masuk icu... dan sepanjang hari tu keadaan dia tak stabil... sedih sangat2... dah la kat icu kami tak boleh tunggu... tapi setiap katil ada sorang nurse yang jaga dan nampak layanan nurse2 tu memang terbaik.. syukur alhamdulillah...

hari ni mak raihan dah ditolak ke wad biasa... tapi keadaan dia masih lemah... Doc pakar nepro (bahagian buah pinggang) kata jantung mak raihan bermasalah dan lemah...

Ya Allah.. sedihnya...

masa tengok mak dalam wad kecemasan, banyak raihan fikirkan.. raihan takut sangat2 masa tu sesuatu yang buruk terjadi kat mak.. apa yang raihan lihat masa tu sebijik sama dengan keadaan arwah opah raihan di akhir hayat dia... Ya Allah, raihan sungguh tak sanggup fikirkan lebih dari itu... mak sumber kekuatan kami sekeluarga... pendek kata, kekuatan abah, dan adik beradik raihan adalah mak... sebab tu kami terlalu rapat dengan mak... bila lihat abah dan abang raihan menangis memang sayu sangat,..

raihan tak boleh ingat salah satu pesanan mak sebelum kami hantar dia ke wad.. mak kata "kalau mak pergi dulu. korang semua duduk baik2..."

Ya Allah, masa tu tersentap sangat... andai kata Allah menjemput mak masa tu, serius raihan tak boleh bayangkan... terasa macam separuh nyawa raihan dah melayang masa tu... raihan cuba untuk tak menangis, tapi raihan gagal... 

1 je raihan doa masa tu... jangan la jadi apa2 kat mak... semoga mak terus kuat dan tabah melawan penyakit dia... 






22 February 2012

Ouchhh terharunya bila pelajar cakap terima kasih!

Hari ni rasanya semua dapat result final exam semester lepas... raihan ajar 2 subjek sem lepas... so semalam raihan pulak berdebar dengan result student raihan.. padahal tahu jer diorang dapat berapa... ye la.. berdebar ooo.. satgi kot ada datang jumpa kita nangis2 ke apa.. nak cakap apa...


so pagi tadi raihan terlibat dengan program bersama Tun M... bila balik ofis tengahari tadi, buka la FB... ada student post kat FB wall raihan... cakap terima kasih coz ajar diorang... most of them ni dapat gred elok ni... waaaaa~~~ terharu la...





alhamdulillah... most of them dapat score dalam subjek yang raihan ajar... cuma ada 2 orang fail.. mungkin bukan rezeki diorang... sedih gak dengan yang fail ni... coz raihan pun pernah fail juga... memang rasa down la.. seminggu lebih gak jadi macam bodoh2 jer rasa.. makan tak lalu, mandi tak basah... ehhh over pulak... haha~~~ tapi tu la keadaannya... 


apapun semua orang pernah jatuh, gagal dalam exam...  jangan kita terus putus asa... we have to fight those failure... jadikan kegagalan tu sebagai pencetus kejayaan kita... percaya la... 

apapun terima la semua keputusan korang dengan redha... jangan putus asa kalau dapat tak elok...itu semua menggambarkan usaha korang semua sendiri... jangan salahkan sesiapa. be responsible dengan kejayaan/kegagalan diri sendiri... 

Dan jangan lupa, kejayaan kita juga hasil doa ibu bapa kita, dan paling utama, pada ALLAH SWT... semua tu takkan berlaku tanpa kehendakNYA...

sebagai lecturer, raihan hanya tunaikan amanah kerja raihan... InsyaAllah... :)


Tun Mahathir di UiTM

Sila2 tengok banner di bawah... hari ni semua staf di fakulti raihan kena menghadiri syarahan perdana ni... siap dalam email bertulis, 'DEKAN CAKAP', so berani nak bantah??? bos dah keluarkan arahan la tu... tapi ni buka sebarangan syarahan perdana ni... syarahan kali ni akan disampaikan oleh Tun Dr Mahathir... Tokoh kebanggaan raihan... so kalau tak diwajibkan pun raihan tetap akan datang... hari sampai ofis awal kot.. pukul 7.45 dah tercegat dalam dewan agung tuanku canselor (DATC) uitm... supposely majlis start pukul 9... tapi tergerak hati nak datang awal.. nasib baik... kalau tak pukul 8.30 dewan dah penuh... ada yang sampai duduk di tangga jer... raihan dapat tempat betul2 mengadap Tun... tapi nampak dari skrin besar jer la coz duduk kat level 2... syarahan ni anjuran siswazah fakulti raihan.. hoyee... a big clap to my faculty!!! very proud! by the way, Tun M memang sempoi... how old is he? 80's right??  before majlis start ada dulu tayangan biography Tun... dari start dia belajar, then dia terjatuh hati kat Tun hasmah, then dia kahwin, ada anak, sampai dia join politik.. lengkap... tengok yang tu semua dalam dewan dah woowwww, huiyoooo, bestnyaaaa.... by the way, Tun M is so cute.. haha... 

21 February 2012

Tahi lalat atas bibir = manis?

Assalamualaikum...


Raihan suka lihat orang yang ada tahi lalat kat muka... especially yang ada tahi lalat di bibir, atas bibir dan tengah2 hidung... sebab apa tau...

tahi lalat di bibir atau atas bibir :
bila diorang senyum, nampak manis jer... contohnya macam siti nurhaliza kan... kan comel dia senyum...

tahi lalat di hidung:
boleh menampakkan hidung diorang mancung? eh.. haha... mungkin la... contohnya macam pelakon korea di bawah... dia berlakon cerita Lie to Me.. raihan baru layan jer cerita korea ni.. best giler kot.. comel jer... lepas tu kalau tahi lalat dia kat situ nampak macam mata dia juling2 sikit.. comelll...



semalam pulak masa sembang2 dengan lecturer senior, raihan cerita la kisah2 raihan.. raihan suka sembang dia lecturer ni coz rasa macam sembang dengan mak kita... coz dia jaga raihan macam seorang ibu jaga anak.. dia selalu protect raihan... so apa2 masalah dalam kerja raihan cerita kat dia... kadang2 masalah peribadi atau luahan apa2 ke kan, raihan cerita kat dia... rasa macam cerita kat mak raihan jer... 

dia kata kat raihan, ramai orang suka dekat dengan raihan... bila raihan tanya kenapa dia cakap macam.. 

"sebab awak asyik senyum jer, muka nampak manis so orang tak takut kat awak... tu yang ramai suka dekat dengan awak"

oh ye ker..?? hehe... tapi dulu orang kata raihan sombong, muka sombong.... tak reti senyum... 

tapi maybe sejak raihan ada tahi lalat atas bibir ni nampak muka tak sombong... haha.. perasan giler!


20 February 2012

Tekanan kerja atau tekanan tak dapat keluar lunch?

Tekanan betul la bila kerja makin bertambah ni... memang betul2 monday blues hari ni... dah la terlambat masuk office, dah sampai office, kunci bilik raihan pulak tinggal dalam kereta, berlari balik ke kereta untuk ambil kunci... padahal masa keluar kereta dah check dah kot ada barang yang tertinggal tapi tak nampak pun kunci tu...

nasib baik la fakulti ni ada lif.. kalau tak da jenuh semput naik turun tangga.. 


pastu colleagues call minta nama student praktikal.. sekali dah lupa dah student tu praktikal kat mana.. jenuh godek2 email... boleh pulak tak jumpa email yang dicari... time urgent camni la dia nak hilang...

lastly call kawan student tu.... nasib baik ada penyelamat... waaaa~~~ i love my students so much.. selalu menyelamatkan pensyarah dia yang clumsy ni di  saat2 diperlukan...

so untuk tengahari ni tak keluar makan pun.. :( 
padahal perut lapar yang amat coz tadi breakfast dgn telur separuh masak jer... cari2 dalam laci jumpa sepeket biskut cream creaker.. kurun ke berapa punya tah... makan jer la... balik satgi makan sedap2 yerrr....

tgk biskut dah mcm tengok mcd... ni kes lapar sgt ni...

19 February 2012

Blog masakan yang best...

Salah 1 hobi raihan ialah tengok blog2 orang... tapi bukan semua blog la... salah satu jenis blog yang raihan tak berapa suka nak masuk ialah blog yang macam blog raihan ni la... sebab apa? blog yang terlampau banyak cerita kisah sedih dan kisah2 berkaitan masalah jer... :)


Tapi antara blog yang raihan suka masuk ialah blog2 masakah... kebanyakan penulis2 blog ni fulltime housewife... seriously best sangat... teringin nak ada blog macam ni suatu hari nanti... 

Antara bog raihan suka ni macam yang kat bawah ni la:




kalau masuk tu bukan nak ambil resepi sangat pun.. tapi lebih kepada nak tengok gambar2 masakan diorang jer... kalau rajin kadang2 ikut juga la resepi diorg... 

tapi duduk rumah bujang ni tak berapa best la nak masak... banyak barang takda..
kalau nak masak pun selalunya kat kampung je la.. tapi as usual kalau masak kek ke atau western food, raihan je la tukang perabih... mak dengan abah mana makan sangat benda2 camtu... lain la kalau masak masakan melayu... tapi kalau nak lawan mak raihan masak memang tak boleh la... so takyah cuba resepi baru.. takda abah nak makan punya...

Kenapa kita lebih menghargai hati yang susah di miliki?


Mungkin dah fitrah seorang manusia, 
bila sesuatu itu susah di dapatkan,
maka kita akan lebih menghargai dan menyayanginya,
tambah2 bila mengenangkan bertapa susahnya kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu...

dan apabila kita mendapatkan apa yang kita inginkan tu,
kita akan cuba sedaya upaya menjaga dan melawan apa juga dugaan yang datang...
menjaganya agar menjadi milik kita selamanya..

Tapi apabila kita terlalu mudah dapatkan,
kita lebih mengambil sikap sambil lewa,
ibarat ada atau tak ada sama jer...

Tapi bila masuk berkaitan hati sebenarnya ini la yang akan berlaku juga...
walau sekuat mana kita cuba melepaskan 'hati' yang kita sayang,
untuk menerima 'hati' yang menyayangi kita,
sekuat mana sekalipun kita mencuba,
tetap sukar juga....

alangkah bahagia jika kita memiliki  'hati' yang kita sayang,
dan dapat memberikan 'hati' kita untuk orang yang kita sayang...

adakah ini yang dinamakan cinta?
sesuatu yang kita rasa kita dah pernah alami,
tapi kenapa apa yang dirasai sekarang terlampau berbeza...
jika ini adalah cinta,
apakah yang dirasai sebelum2 ini? 

ini lah dugaan yang raihan alami kini...
menyayangi orang lain,
dan pada masa yang sama berusaha menolak orang yang sayangkan raihan...
walaupun hati raihan sedang terluka menyayangi orang,
tapi raihan masih tak sampai hati melukai hati orang yang sayangkan raihan...
dengan berterus terang raihan tak boleh terima dia...


Aktiviti weekend

Assalamualaikum

hari sabtu dan ahad ni raihan kerja melepak kat rumah jer... tak pergi mana2 sebab nak menyiapkan pembetulan tesis raihan... housemate raihan semua pakat balik kampung... kampung la sangat... semua orang selangor juga... so setiap minggu memang diorang balik la... tinggal la raihan sorang2....

so dah duduk sorang2 ni memang takda kerja lain la tengok tv, youtube dan memasak.. 

semalam dah khatam sekali lagi cerita kuch kuch hota hai.... best... tengok berapa kali pun kerja menangis jer... ouchhh terasa sampai ke hati especially dengan watak Anjali... 

raihan kalau duduk sorang2 memang jarang nak beli makanan kat kedai... sebab asyik makan benda yang sama bosan dah.. so semalam menjalankan aktiviti memasak la... tapi masak benda senang2 jer... biasa la rumah bujang dengan peti ais pun tak da... so beli apa2 pun kena masak bagi habis...

semalam raihan buat ayam masak kicap... habis licin... so maknanya sedap la tu... :)
hari ni pulak buat masakan recycle... sebabnya nasi semalam banyak lebih... so hari ni buat nasi goreng jer... burppp... kenyang juga... ni memang kenyang sampai petang ni... 



18 February 2012

Hidup sentiasa mempunyai pilihan

Assalamualaikum




Petang tadi tengah mencari2 cerita yang best kat Tv sekali raihan buka la astro prima.. tajuk ceritanya adalah Qaseh dan Aiman... Tak pasti la drama ni baru atau lama... tapi ni 1st time raihan tengok...

jalan kisah awalnya raihan tak pasti.. tapi setakat yang raihan tengok, kisah ni melibatkan kehadiran orang ketiga dalam sesebuah rumahtangga... dan yang menjadi masalah lagi bila si suami dan orang ketiga tu menjalinkan hubungan cinta... di mana pada mulanya mereka anggap diri sebagai kawan, kemudian teman rapat, mula terbit sayang dan seterusnya cinta...

akhirnya si isteri dapat tahu kecurangan suaminya... tapi isteri dia tak melatah... dia cuba kaji apa salah dan kekurangan dia... dan perbaiki diri dia... kemudian cuba mengambil hati suaminya semula..

tapi benda menjadi rumit apabila suami dia asyik terkenangkan kekasihnya... hingga la isteri dia buat keputusan untuk mereka bertiga bersemuka dan berbincang...

masuk part ni yang rasa geram jer... rasa nak campak remote ke muka ayu raudhah tu (sebagai orang ketiga)...

masa berjumpa, isteri tu bertanya kat kekasih suami dia, nak ke kawin dengan suaminya...

dan jawab si ayu raudhah, kalau isteri lelaki tu dah takda hati kat suaminya, dia sanggup kawin dengan lelaki tu... eeiii geramnya masa ni...

rasanya situasi macam ni bukan je wujud di dalam drama tapi juga di alam realiti...

sometimes mungkin kita terjebak dengan suami orang dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan kita...

but no matter it is, hidup kita sentiasa bermain dengan pilihan... kita berhak membuat pilihan... sebagai contohnya, dah tahu lelaki tu dah kawin, jangan la dekatkan diri lagi dah... sebabnya lebih banyak hati akan terluka dengan apa tindakan salah yang kita buat...

tapi kebanyakan dari kita lebih suka membuat pilihan yang salah... kita lebih suka mengikut apa yang akan berlaku tanpa berusaha merubahnya... semua benda perlu berusaha... walau sesakit mana, kita perlu juga berusaha... biar hati kita terluka sekalipun, sekurangnya kita tak melukakan hati lebih banyak pihak... 


#bercakap melalui pengalaman.. :(

17 February 2012

Kempen 'Syoknya kahwin'

Assalamualaikum




best tengok video ni... hopefully, one day, raihan akan menjadi seperti pasangan ini.. InsyaAllah...

Destinasi percutian tahun 2012

Assalamualaikum...


Rasanya dah la kot raihan asyik meluahkan entri berkaitan perasaan... bosan pulak asyik nak cakap benda yang sama... Malah orang baca pun akan bosan... kan?

2 tahun lepas dikira tahun paling best buat raihan sebabnya 1st time raihan 'melancong'... tempat paling best ialah langkawi... dah la 1st datang langkawi kemudia 1st time juga jalan2 makan angin dengan kawan


kemudian tahun lepas pulak, raihan dengan kawan2 pergi pulau pangkor... best sangat2...


tahun ni pulak ada 2 negeri yang raihan akan pergi... kedua2nya raihan tak pernah sampai lagi... yang pertama adalah terengganu...

raihan akan ke terengganu pada awal bulan 3 nanti... kawan baik raihan kahwin... so raihan pulak pergi offer untuk jadi pengapit dia... nak taknak dah wajib pergi la... ni kira salah sorang kawan baik raihan la.. 

so lepas majlis dia, dah plan dengan kawan2 lain kami nak jalan2 kat terengganu... target utama raihan ialah satar... salah satu makanan kegemaran raihan... kalau beli kat siini tak sedap rasa macam apa jer... kalau made in terengganu baru best... terasa isi ikan dia...

then, nak jalan2 ke pulau redang... dan sekitar terengganu la... 

kemudian akhir bulan 3 raihan nak pergi port dickson dengan housemate raihan... seriously raihan tak pernah sampai pun lagi kat PD... hehe... raihan bukan kaki jalan sana sini... masa belajar dunia raihan di sekitar universiti... nak jalan2 pun mana ada duit masa tu... taknak sampai menyusahkan mak ayah raihan...

kemudian salah sorang housemate raihan pulak cadang pergi ke bukit tinggi... raihan tak kisah mana2 pun sebab semua tempat tu memang tak pernah sampai...

salah satu tempat yang juga ada dalam plan raihan ialah melaka... sebabnya raihan dah betul2 jatuh hati dengan IKAN BAKAR UMBAI... tak pernah makan tapi asyik baca kat blog2... kemudian memang tak pernah jalan2 kat melaka... dulu pernah pergi sekali tapi tu melibatkan lawatan.. so melawat kilang2... tak melawat pun lagi tempat lain macam kota A famosa...

hopefully tahun ni dapat pergi semua tempat ni...

tahun depan nak plan jauh2 sikit... sabah sarawak pulak... tapi yang ni jenuh juga... sebabnya nak kena confirm dengan kawan2.. 

16 February 2012

PhD yang merungsingkan

Assalamualaikum...


Sejak habis viva ni, lecturer raihan di USM tak habis2 pujuk raihan untuk sambung phd di luar negara... dia dah siap cari lecturer di Romania yang expert dalam bidang raihan ambil dulu... Dia pujuk raihan untuk buat di Romania... 

Memang la raihan teringin sangat... tambah2 nak jejakkan kaki ke luar negara... rasa pengalaman hidup di luar negara macam mana....

tapi... raihan tak sanggup... tak sampai hati...

dengan keadaan mak raihan sekarang... raihan taknak terlampau mementingkan diri.... sedangkan mak raihan kalo demam pun dia panggil nama raihan... itu raihan kat shah alam.. boleh juga lari2 balik kejap tengok dia... tapi cuba kalo raihan di oversea...

lagipun mak pun dah kata... kalo boleh dia taknak raihan jauh2 dari dia...  

memang la kalau kita berkelulusan oversea ni kita dapat kutip lebih banyak pengalaman... lebih banyak pendedahan dan mengenali orang2 yang sebidang dengan kita dari luar negara...

tapi antara semua tu raihan akan lebih pentingkan mak raihan... sebabnya pada raihan semua benda tu boleh di cari... ilmu, di mana2 sahaja boleh di cari... bukan bermakna belajar di Malaysia tak berkualiti ilmu yang kita dapat... tapi mak ayah raihan... mereka adalah hidup raihan... segalanya buat raihan...


15 February 2012

Better 'block' dari bergaduh

Assalamualaikum


beberapa hari lepas raihan post berkaitan kucing kat wall FB raihan... di mana raihan share 1 status rakan Fb di mana menghebahkan sesi adoption untuk kucing.. jika tidak kucing2 ini akan di PTS oleh DBKL..

PTS bermakna put to sleep atau dalam bahasa paling mudah menyuntik kucing dengan sejenus racun supaya mereka mati... kenapa nak kena PTS? ini di sebabkan DBKL menggunakan kaedah PTS bagi kucing2 jalanan yang mereka tangkap.. kucing2 ini di PTS disebabkan tiada orang yang nak ambil mereka untuk di bela...

Tak rasa kesian ker? raihan tak sokong kucing2 ni di PTS... pada raihan kejam... cuba kalo kita ni yang manusia ni di suntik racun sebab nak matikan kita... boleh ker?

sebenarnya raihan takda la nak hentam DBKL... mungkin mereka buat macam tu disebabkan tempat yang terhad di samping kos2 makanan semua... 

So ini la yang raihan post di FB raihan... tiba2 ada la sorang kawan raihan komen... dia ni 1 je raihan tak berkenan.. dia suka komen 1 benda yang provoke kita... dah provoke tu, bila kita jawab, dia akan hentam pulak...

Raihan geram dah masa dia provoke tu.. bukan kali pertama.. dulu hampir gak raihan nak gaduh dengan dia sebab tak pasal2 hentam kita kat FB kita... dah la ramai yang baca... keja dia nak provoke... komen je mesti nak provoke... tak pasti la kot dia nak bergurau ke apa.. kadang2 raihan geram rasa nak provoke dia balik kat FB dia.. 

tapi taknak sampai macam tu.. so lastly raihan ambil tindakan 'block' dia dari FB raihan... apa masalah dia pun tak tahu... dulu masa belajar bukan main.. dia la antara student lelaki yang pendiam... sekarang ni bukan main pulak...

sorry to him... raihan bukan nak marah dia.. cuma raihan rasa dari dia masuk FB orang, komen kat FB orang, jatuhkan air muka orang tu, nak tunjuk macam dia cerdik pandai berganda2, baik dia senyap...

dulu pernah tau, raihan post pasal raihan bosan... itu pun dia boleh provoke.. dia kata menyemak je post benda2 biasa macam tu...

laaaa~~~~ 

raihan kata kat dia, ni FB sapa... FB raihan atau dia... sampaikan mula2 raihan tukar setting supaya dia tak boleh baca apa yang raihan post... pastu raihan tukar balik setting... dah dia boleh baca, dia nak cari pasal...

bila berkaitan kucing pulak.. tak tahu la certain mentaliti orang ni macam mana... ada yang kata, dari awak dok sibuk pasal kucing, bagi dia makan, baik awak bagi makan kat manusia2 yang tengah kebuluran...

senang cakap jer... daripada dia hanya pandai cakap, apa kata dia pun turut membantu juga... sekadar cakap tak guna juga kan... 

bagi kucing makan pun 1 sedekah juga... tambah2 kucing jalanan yang sedang kelaparan... sekurangnya manusia masih ada pihak yang nak membantu... 

and one more thing, daripada DBKL suntik kucing2 bagi mati, apa kata diorang buka 1 taman kucing seperti mana kita ada taman burung, taman rama2 and even taman buaya...

boleh kan?? rasanya raihan antara yang akan datang selalu la ke taman kucing ni...

14 February 2012

Am I happy now???

Assalamualaikum...


Sejujurnya raihan sendiri tak tahu apa yang raihan rasakan sekarang atau apa yang patut raihan rasa... bila keadaan jadi berliku dan perlukan kesabaran yang tinggi, sejujurnya itu la yang raihan lemah... mungkin sebab raihan jenis mudah mengalah, putus asa dan tak larat menunggu....

M tak ubah macam En Seseorang.. bila raihan ceritakan perihal diri dia dalam blog, dia pulak jadi excited... sebenarnya blog raihan ni memang public... tapi bila datang kepada orang yang penting, ianya akan jadi sulit... so far raihan hanya bagitahu blog ini pada En Seseorang (coz dia la penggalak raihan mula berblogging) dan juga M...

sebenarnya blog ni dah boleh diibaratkan tempat raihan mencoretkan semua kisah suka duka berkaitan diri raihan dan sini la raihan akan luahkan semuanya... sekadar berkongsi apa yang boleh dikongsikan...

Raihan teringat kisah En Seseorang... dia la yang jadi penyebab raihan rajin berblogging... sebabnya dia suka baca blog raihan walaupun kadang2 raihan rasa takda yang menarik pun... tapi itu la...

bila dia call atau sms raihan, dia akan petik kata2 raihan di dalam blog... so raihan tahu la dia baca blog raihan...

dan sekarang M pulak...

cuma yang membezakan adalah M lebih suka membaca kisah dia yang raihan tulis dalam ni tapi bagi En Seseorang, dia akan membaca semuanya dan memberikan komen yang membuatkan raihan tersenyum...

Sedikit sebanyak perangai diorang sama... mungkin sebab itu la hati raihan mudah menyukai M... walaupun raihan tahu dan kadang2 sedar juga mungkin apa yang rasakan tak berbaloi... perlukah menunggu untuk sebuah perasaan? mungkin penantian tu ada hikmah dan mungkin akan jadi sia2.. wallahualam...

biar masa yang tentukan... jika perasaan ini kuat, mungkin raihan akan bertahan, tapi jika tidak mungkin raihan perlu cuba belajar melepaskan sesuatu yang pernah kita sayangi... seperti mana raihan redha dengan apa yang berlaku terhadap raihan dan En Seseorang... ianya takkan ambil masa sebulan dua, tapi akan mengambil masa bertahun2 melupakan semuanya...

tah la.. kadang2 kala perasaan sendiri yang menyeksakan kita...






Sharing is caring 1: Adam dan Hawa...

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

& janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu
Menggugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi mertabatmu..



Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu hari nanti. 

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..



Nak ber-Valentine's Day sangat kan... Tahu dulu sejarah 14 Februari

Assalamualaikum.





Hari ni 14 Feb yang dikatakan sebagai Hari Kekasih @ Valentine's day... Dulu ramai la sambut hari VD ni... tapi rasanya sekarang dah ramai tahu VD ni dah diharamkan... Tapi ada juga yang buat2 buta mata, buta telinga, buta hati, masih sambut juga... Malah cuba la check newspaper keesokan hari.. mesti ada berita tentang pasangan di tangkap khalwat...

Paling tak pun, tunggu la bulan 9 atau 11 nanti ada la bayi2 yang dibuang di merata2...

Masa sekolah dulu, jeles juga dengan kawan2 yang ada Bf ni... sebabnya masa 14 Feb ni la, ada jer dengar kawan2 dapat bunga ros la... Tapi itu dulu... Malah kalau diingat2 balik rasa berdosa dok fikir macam tu...

Actually tahu tak kenapa kita sebagai orang islam diharamkan sambut VD ni??? ada yang kata VD ni sempena menangisi kematian paderi... So sebab tu di panggil sebagai Valentine's day...

Ok.. itu cerita pertama... Mungkin betul la kot... 

Tapi yang raihan nak kongsikan ni adalah petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias... Orang kampung raihan ni... Ustaz Kazim ni lebih kurang macam Ustaz Azhar la juga.. Cuma kalau makcik2 atau pakcik2 kat area Taiping ni suka ustaz kazim buat ceramah sebab loghat utara dia pekat.. sedap dengar..

Kalau dengar ceramah dia yang ni rasa sedih juga... Tambah2 bila tahu ada antara kita yang sambut VD... 

14 Februari 1948

Pada tarikh tersebut berlakunya satu sejarah di mana tertubuhnya sebuah kerajaan yang dipanggil ISRAEL dan tertumbangnya kerajaan Islam Palestin...

Sedangkan selepas Salehuddin AlAyubi mengalahkan kerajaan kristian, Baitulmaqdis dimiliki semula oleh orang Islam... Salah 1 senjata terkuar Salehudin masa tu ialah dia dapat menyatukan umat islam semula selepas terjadinya perang salib di mana selepas perang ni la Baitulmaqdis jatuh ke tangan kafir... tapi apabila salehudin berjaya menyatukan semua umat islam dari iran, iraq, mesir dan fight untuk mendapatkan baitulmaqdis balik, mereka berjaya.

Tapi selepas perang dunia pertama, kerajaan islam jatuh, mustapha kamal altartuk mengambil alih pemerintahan dan telah membuka pintu untuk orang kafir masuk ke Palestin...Akhirnya dari 56 000 orang Israel je kat bumi Palestin, sedikit demi sedikit jumlah diorang bertambah sehingga setengah juta orang... orang2 islam Palestin di bunuh dan akhirnya peratusan orang Islam Palestin hanya 44% manakala orang Israel menjangkau 56% bilangannya di bumi Palestin...  Sedangkan pada mulanya itu tanah orang Islam tapi hari ini Palestin seperti menumpang di bumi sendiri... dan akhirnya pada 14 Februari 1948 PBB   telah mengumumkan tertubuhnya negara baru Israel... Jadi 14 Februari menyaksikan tumbangnya negara Palestin dan tertubuhnya negara Israel...

So, tak nampak ker... Kita sambut 14 Feb seolah2 kita menyambut kejatuhan Palestin dan kemenangan buat Israel...

Panjang sebenarnya  sejarah kalau raihan nak buat summary dari video tu... So kalau nak dengar cari je kat 4shared... Tajuk ceramah dia 'cara yahudi menipu islam'....

Tak payah lagi la sambut2 VD... tolong bagitahu sama kat kawan2 atau ahli keluarga yang masih belum sedar...



Bila pelajar dan pensyarah berkomunikasi di luar waktu pejabat

Assalamualaikum...


kalau zaman2 raihan belajar dulu, tak berani nak tegur pensyarah di laman sosial... masa tu FB takda lagi.. yang ada myspace dan friendster jer... pendek kata, antara kita dan lecturer, hanya bercakap ketika kuliah jer..

Tapi tak macam student raihan... rajin tegur raihan di FB.. sometimes hanya bertanya khabar je la... mungkin pada sesetengah pensyarah, hubungan kita dengan pelajar tak boleh terlampau baik... Tapi secara psikolginya (ikut psikologi raihan la), raihan suka pensyarah yang mesra alam dan mesra dengan student... TAPI at the same time dia kena la serius bila masuk bab yang perlu dia serius dan paling penting, TEGAS... so raihan cuba buat benda yang sama... cuma bila masuk bab tegas dan garang tu raihan tak tahu... tah la.. raihan memang jenis yang macam tu kot... padahal anak sedara raihan kata raihan garang... :)

tapi next semester, raihan akan cuba improve teknik bertegas dengan pelajar... cuba yer... insyaAllah...

tapi itu la... sometimes ada yang appreciate pensyarah yang mesra alam... tapi ada juga yang akan gunakan peluang tu untuk ponteng kelas dan buat sambil lewa...










:: ini one of my students yang ringan mulut menegur.. :) ::

dan ada la lagi... 

well, so far student raihan boleh dikatakan di tahap elok la.. tak masuk cemerlang lagi coz raihan berdepan juga dengan situasi pelajar ponteng kelas... 

secara jujur dulu masa kita student, kita suka bila ponteng kelas especially kalau pensyarah tu ajar tak best/bosan/tak faham... raihan pun pernah gak ponteng dulu.. tu yang tahu.. :)

tapi bila kita dah bertukar status, kita pulak di tempat pensyarah, lain pulak rasanya... sedih sangat bila student ponteng kelas... terasa hati... mungkin raihan ajar tak best? atau diorang tak faham? tapi raihan buat macam biasa... sebabnya yang ponteng tu dlm 30% jer... so i have to appreciate the other 70% right?

insyaAllah, sem depan raihan akan cuba kurangkan peratusan ponteng ni... hopefully.. :)

13 February 2012

New kittens...

Assalamualaikum...


Diorang tak secantik kucing yang berharga ribu-ribu... diorang hanya kucing kampung... yang selalu kita jumpa di pasar sedang mengemis untuk makanan... hanya ini saja termampu buat masa ini... dah 6 ekor.. asal dari penakut kat kucing, then jadi seekor, but now dah 6 ekor... 

tak sabar nak ada rumah sendiri... nak ambil mereka.. kesian mak abah kena jaga mereka... dah la budak2 ni nakal, kuat makan pulak tu... :)

syukur sebab masih mampu menjaga mereka.. menyediakan tempat mereka tinggal dan makanan mereka... kesian dengan kucing2 jalanan lain yang masih tidur berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit... mengemis untuk makan... kesian...

cuba la sematkan sifat sayangkan binatang especially kucing dalam diri masing2.. believe me... best sangat bela kucing... dulu raihan pun tak tahu.. tapi sekarang rasa nak kutip semua kucing yang ada... tapi buat masa ini biarlah 6 ekor ni dlu...

kenapa best?

lagi best peluk mereka dari peluk teddy bear yang tak bernyawa, sekurangnya ada juga yang dengar kita bersembang/luahkan masalah apabila kita malu bercakap dengan manusia macam mak ayah, yang boleh bagi kita tersenyum bila main dengan mereka... best sangat....



si kecil: yang gelap ni KIKI (jantan) dan yang tompok2 tu CIKA (betina)


si ibu

si ayah yang macho... pandai jaga anak dia ni.. kalo si ibu tido luar kotak, dia masuk dalam kotak and tido dgn anak2 dia

si nenek... time ni bru lepas operate bisul. so kena pakai mangkuk tu...

yang gelap sikit tu mak sedara... 
baru sehari balik sini, dah mula rindukan mereka... 
:(

InsyaAllah PhD lagi 2,3 tahun...

Assalamualaikum....


Agak ketinggalan nak buat pengumuman di blog... Alhamdulillah syukur sangat2... Raihan dah berjaya dalam pengajian master raihan... Cuma sekarang dalam stage membuat pembetulan tesis sebelum dihantar untuk hard bound...just minor correction jer... dalam sebulan boleh la siap...

semua orang pelik bila raihan kata baru habis master... semua ingat raihan dah habis sebab dah kerja kan... haha... actually mana habis lagi.. ini baru betul2 habis... dah lulus... cuma tunggu nak buat pembetulan tesis jer pastu hantar, masuk mesyuarat senat, tunggu konvo... :)

lega juga sebab bahagian penjawatan uitm ni bagi masa setahun bermula dari tarikh raihan masuk kerja, untuk raihan habiskan master... so bulan 4 ni cukup dah setahun... nasib baik la lulus dah ni...

insyaAllah kalau sempat, boleh la konvo bulan 4 ni, kalau tak bulan 8 nanti...

kakak raihan dah simpan cuti dia... terharu... :(
sanggup kakak raihan ambil cuti semata2 nak tengok adik dia konvo... 

raihan dah request kat kakak kali ni raihan nak fresh flowers.... 
taknak macam konvo degree dulu... dapat bunga plastik+teddy bear...
fresh flower pun anak sedara raihan bagi.. itu pun bunga carnation..
tapi yang untungnya, sampai sekarang bunga2 plastik tu ada lagi... :)

ok berbalik ke cerita asal...

Jumaat lepas (10 Feb 2012) raihan ada viva-voce examination.. apa dia eh viva ni??? actually viva ni adalah peperiksaan untuk pelajar2 master yang buat secara research... macam kita belajar ketika degree dulu.. kita ada exam final kan... so dapat markah elok/lulus, boleh la graduate... same goes here... cuma viva ni kita buat exam depan examiner face to face.... 

proses dia kira macam ni la... bila kita dah siap semua testing, kita akan tulis thesis... bila kita dah siap tesis kita, so pihak pusat pengajian akan hantar kepada pemeriksa dalaman (pensyarah senior tahap prof, prof madya, bagi pusat pengajian kita) dan juga pemeriksa luar (pensyarah dari universiti lain yang pakar dalam bidang yang kita buat)... so both of them akan ambil masa dalam sebulan dua untuk go through every line and para and chapter in our thesis... so apa yang salah diorang akan highlight dan akan di tanya semasa viva... so lepas viva tu akan ada la correction kita kena buat... ada minor correction, major correction yang lagi teruk kena buat viva sekali lagi.. itu kalau paling teruk la... tapi raihan kena minor correction jer.. syukur2...

waktu viva adalah waktu yang genting.. apa yang kita tulis dalam tesis akan di soal.. kalau nasib baik, diorang akan tanya kat certain page dalam setiap chapter jer... so sikit je la proses soal jawab tu...  kalau kena kat pemeriksa yang rajin terlebih, dia akan tanya setiap baris dalam tesis kita... jenuh nak menjawab nanti... then, examiner akan tanya juga semua result daripada testing yang kita buat dulu... kena la terangkan...

so... nak tak nak, sebelum masuk viva, kita kena kuat dalam asas bidang tersebut.. semua fundamental diorang akan tanya.. kadang2 soalan tu tak susah tapi sebab senang sangat la hingga calon tak boleh jawab... 

actually best juga viva kat usm ni... condition dia tak tegang... maybe ikut examiner dan orang2 dalam tu juga... macam waktu raihan viva, kitorang boleh gelak2 lagi.. so takda la kita stress kan.. macam supervisor raihan pun, actually raihan  bersyukur dapat pensyarah macam diorang berdua... diorang banyak juga backup raihan bila raihan tak dapat jawab...

macam viva raihan tempoh hari, raihan ambil cuti sampai seminggu padahal viva sehari jer... actually at the same time, mak raihan masuk wad... sedih dan tertekan juga masa tu... nasib baik kakak ada tolong jaga mak di hospital manakala raihan tolong kat rumah jer masak lauk yang mak nak makan... dan syukur sebelum raihan viva, mak dah keluar hospital....

so tu jer la kisahnya...

dulu, rasa serik dah nak belajar lagi especially masuk viva lagi... serik!!! terdera emosi... tapi bila dah habis ni, terus berkobar2 nak sambung ke phd pulak... insyaAllah... doa2kan... 

mungkin dalam tempoh 2,3 tahun lagi... 

tak pun, tahun depan ker...

siapa tahu????

:)

for me, ini la benda yang buat raihan mampu tersenyum sekarang selepas kisah2 sedih yang dilalui baru2 ini..  mungkin takdir raihan bukan ke arah itu lagi... mungkin takdir raihan lebih ke arah diri raihan dan family raihan dulu ker.. siapa tahu.. raihan terima kata semua orang yang nasihatkan raihan.. jangan terlalu fikirkan soal jodoh sebab semua tu dah memang sah2 di tentukan dan tertulis sejak azali... sekarang just tumpukan kat perjalanan hidup kita dulu...

so what can i say, maybe i'm more stronger than before... hopefully...




Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)