Tuesday, September 17, 2013

Pesan Dato' VC

Assalamualaikum

Kemasukan UiTM dan Profesional Melayu/bumiputra
Setiap kali datangnya musim kemasukan ke UiTM, jumlah permohonan ke UiTM sangatlah tinggi. Data kemasukan pelajar ijazah dan profesional baru-baru ini adalah menghampiri 18000 orang yg berjaya. 

Namun disebalik kemasukan 18000 orang pelajar ke UiTM, saya yakin masih ramai anak-anak lagi yang tidak berjaya didalam permohonan mereka. UiTM menjadi pilihan utama disebabkan beberapa kelebihan yang ada pada UiTM dan tidak pada universiti lain. Diantaranya adalah yuran pengajian yang murah berbanding IPTA dan IPTS lain. Sekiranya anak-anak tidak berjaya untuk ke UiTM, Ibu- bapa seharusnya bersedia untuk membuat pelaburan yang mana pulanganya adalah berlipat kali ganda iaitu pelaburan dalam pendidikan anak-anak mereka. 

Syarat kemasukan ke UiTM tidak seperti dahulu lagi. UiTM menerima limpahan pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi disamping merit-merit tambahan bagi setiap calon yang memohon. Sesetengah pihak beranggapan 5A atau 6A mungkin boleh melayakkan mereka untuk memasuki kursus-kursus kritikal di UiTM.Namun anggapan ini adalah tidak tepat. Ada ibubapa yg demand pula dgn keputusan itu. Ramai lagi yg lebih cemerlang.

Saya juga menerima aduan dan rayuan daripada pelajar diploma UiTM yang mana permohonan mereka untuk melanjutkan pelajar ke peringiat ijazah tidak berjaya. Hanya sejumlah 30-40% sahaja pelajar diploma UiTM yang akan berjaya ke peringkat seterusnya. Selebihnya akan memasuki sektor pekerjaan bagi keperluan sub-profesional bagi semua bidang. Keseimbangan bilangan profesional dan sub-profesional haruslah dikekalkan oleh UiTM yang mana perlaksanaan program-program diploma adalah bagi memenuhi tujuan tersebut. Ingin saya nasihatkan anak-anak agar berusaha sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang diperingkat diploma untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yg demand dgn syarat minima. Syarat minima tidak jaminkan tempat. Terpulang pd program. Ada yg perlu cgpa lebih dan yg kurang . Sebab itu ada yg kata kawan dpt cgpa rendah tetapi dia lebih tinggi tak dpt. Cuba pjj tak ada bersaingan.

UiTM akan terus berbakti kepada bangsa dan negara dan selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini berkenaan dengan peningkatan enrolmen UiTM ke 250 000, saya yakin semakin ramai anak bangsa akan berpeluang untuk masuk dan menimba ilmu di UiTM. Kita haruslah berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah atas keprihatinan untuk menjamin kemajuan dan kelestarian UiTM. Ini tidak bermakna kita terus tambah pelajar. Kita perlu buat perancangan yg teliti supaya tidak terjejas kualiti dan keselesahan.

Kalau dulu orang fikir UiTM ni la universiti yang PALING SENANG nak masuk... dapat result biasa2 pun lepas dah masuk UiTM... 

aku pun percaya juga dulu...

tapi lepas menjadi salah seorang warga UiTM baru aku tahu kenapa UiTM berusaha sedaya upaya memberi peluang kepada para pelajarnya...

Biar la orang kata UiTM = Universiti Tolong Melayu sekalipun.. so what??

Tapi sekarang dah tak macam dulu... nak masuk UiTM bukan calang2 orang boleh masuk. even diploma nak sambung ke degree pun ditapis... setakat dapat pointer biasa2 tu tinggal harapan je la nak dapat program yang disukai...

macam program aku ni... baru2 ni hanya yang dapat pointer elok je diterima buat degree... even yang dapat pointer 3 pun tak dapat sambung degree dalam program yang menjadi pilihan pertama mereka... 

baru2 ni. ada lebih kurang 16 pelajar diploma membuat rayuan supaya diterima masuk ke program kitorang. Tapi alih2 tak dapat sebab induk tak boleh terima diorang since kuota dah penuh... nak hantar ke cawangan, lepas difikir2 tak boleh juga.. banyak masalah yang bakal menanti...

lastly tak tahu apa cerita students tu...

sekarang persaingan makin sengit... nak masuk universiti pun kena bersaing. nak kerja pun lagi la kena bersaing... di mana2 ada je persaingan... 

even di UiTM sekarang ni bukan lagi berkaitan KUANTITI... tapi lebih kepada KUALITI...

jadi kepada yang dapat masuk universiti tu bersyukur la... tolong la BERSYUKUR....

11 comments: