Followers

23 January 2012

Masih rezeki saya menjaga dia.. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

hari ni mungkin akan menjadi one of my bad day...
sejak malam semalam kucing raihan tak balik2...
dari subuh tadi kakak raihan cari dia tak jumpa..

then kami pusing 1 taman ni pun tak jumpa...
dah puas panggil, dia tak datang.
malah bunyi loceng dia pun tak kedengaran.
raihan dah mula gelisah.

kucing raihan ni kira separuh2...
pagi dia jalan2 kat luar,
malam dia lepak dalam rumah..
so half ourdoor and indoor...
so masalahnya dia memang tak reti cari makanan sendiri...

tu yang raihan risau.
mula la kepala fikir bukan2..
kena langgar la, 
jiran2 (ada jiran raihan tak suka kami bela kucing) buang,
sesat,
dan macam2 lagi...

tapi dalam pukul 3 petang tadi,
abah raihan panggil dia,...
sekali nampak abah tersenyum2 dukung dia...

tapi dia macam trauma...
even dengan kami pun dia takut...
kesian Ako..
tak tahu ke mana dia menghilangkan diri tadi...

syukur jumpa balik...
kalau tak mesti malam ni raihan berendam air mata dah...

21 January 2012

Saya cuba kuat, tapi ternyata saya lemah

Assalamualaikum....


Saya sayang dia...
makin saya cuba lupakan dia, jauhkan diri dari dia,
makin saya ingatkan dia...
kenapa hati dia terlalu keras?

saya cuba kuatkan diri saya untuk menegur dia, 
bersabar walaupun dia hanya nak taknak jer msg dgn sy,
kalau dia dah taknak sy kenapa dia masih nak tegur sy,
just ignore saya, as i'm trying to ignore you...

awak betul2 menyeksakan perasaan saya...
adakah awak gembira berbuat begitu?
sekuat mana sekalipun ego awak,
ingatlah,
saya juga ada perasaan...

selagi daya saya cuba memujuk awak,
tapi hakikatnya hari demi hari,
saya makin putus asa,

saya serahkan semuanya pada Allah SWT,
saya tak tahu apa yang saya buat,
saya sayangkan awak, 
tapi saya tak mampu luahkan,
saya ada harga diri,
hanya pada Allah saya memohon,
agar pintu awak dibukakan untuk saya,
jika sekiranya,
awak adalah lelaki terbaik untuk saya,
yang mampu memimpin dan membimbing saya dunia dan akhirat,
tapi jika apa yang saya lalui kini adalah ujian buat saya,
saya redha,
saya tak mahu terus hanyut dengan perasaan ini,

semua yang berlaku adalah kehendak Allah SWT,
bermakna semua yang berlaku ada sebabnya,
dan saya pasti,
ada hikmah terbaik buat saya...

selagi terdaya saya akan tahan perasaan sayang saya,
malah awak sendiri telah tahu,
saya tak macam awak,
bagi awak perasaan tu mudah hilang,
tapi tidak bagi saya,
saya hargai perasaan  sayang saya,
bukan mudah saya sayangkan orang,

saya makin putus asa,
maafkan saya jika selepas ini saya mendiamkan diri,
saya dah tak mampu,
hari demi hari,
saya merasakan saya makin sayangkan awak,
walaupun ada kalanya saya rasa saya bodoh,
tapi saya tak mampu menolak apa yang saya rasa,
maafkan jika selepas ini saya sombong dengan awak,
sebab saya sayangkan awaklah saya harus mendiamkan diri...

saya serahkan semuanya pada Allah...
sebab saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya...
jika memang awak jodoh saya,
saya akan bersyukur kerana bukan mudah saya mendapat sesuatu yang saya inginkan,
tapi jika awak bukan jodoh saya,
saya redha...
saya pasrah...












Dear my future husband,
hari2 saya berdoa supaya kita dipertemukan,
saya berdoa supaya perjalanan hidup saya untuk menemui awak tidak akan berliku,
saya taknak tersalah menyayangi orang...
saya taknak membazairkan perasaan saya menyayangi orang lain...
semoga saya cepat bertemu awak...
saya sering kalah dengan perasaan saya...
semoga kita cepat bertemu,
semoga cepat kita diijabkabulkan...
insyaAllah...




17 January 2012

Rindu

Assalamualaikum

Kenapa hati dan perasaan raihan jadi macam ni?
Apa yang raihan rasa ni?

kenapa raihan rindukan dia?
kenapa mudah sangat nak tewas dengan hati sendiri?

Raihan rindukan dia.. :(


Kalau dulu,
selalu ingat,
kalau kita ingatkan seseorang tu,
pada masa yang sama dia pun akan ingatkan kita...

Kakak raihan dah marah dengan raihan...
dia kata sanggup ke nak tahan dengan lelaki macam tu,
especially bila dah kahwin nanti...

tah la...
kalau begini perangainya,
raihan memang tak tahan...


Raihan benci bila mula sayangkan orang...
Dah fobia..

16 January 2012

Menunggu untuk apa dan sampai bila?

Assalamualaikum.


bila ada masalah dan nak meluahkan apa2...
hanya pada Allah SWT raihan memohon,
dan semua raihan coretkan di blog ni...

sebab tu kena rahsiakan kewujudan blog ni dari pengetahuan student raihan...
ni semua kisah peribadi raihan kan.. so kena keep in secret...


berbalik ke kisah asal.

Yup... kisah mengenai orang yang sama....

after dah berbincang tempoh2 hari... 1st time dia sudi nak cakap dengan raihan after kami gaduh.

lepas memikirkan apa yang dia cakap, raihan ambil keputusan untuk jauhkan diri dari dia.
raihan tak sanggup menunggu dan buat macam takda apa2...
sedangkan hati kita mula sayangkan orang tu, tapi hakikatnya kita dah kehilangan dia, dan hakikatnya kita pun tahu semua adalah  mustahil...

raihan buka hati raihan dekat orang lain. 
raihan namakan dia 'D'
orang yang dah memang tentu2 nak serius dengan raihan.
malah dah bersetuju nak jumpa mak ayah raihan dan ada 1 'ikatan' dengan raihan bila raihan kemukakan syarat di mana raihan kata kat dia raihan taknak berkapel bagai budak2 muda... 
sebabnya kita bukan muda kan... 
berkenan, jumpa mak ayah, masuk meminang.... 
senang kan.. 
cinta boleh wujud bila dia jadi suami kita....
dah confirm la kan, kalo jadi suami tu kita memang wajib cintakan suami kita... 
raihan cakap kat D macam tu...
dia setuju...

itu yang raihan fikir mula... dan raihan cakap kat D tu...
raihan cuba bina keserasian dengan dia...

tapi...

Ya Allah... 
kenapa raihan tak rasa apa2?

raihan rasa raihan patut terus terang kat D...
raihan tak boleh go on dengan dia...
tapi at the same time raihan takut dia dah berharap...

dia pun tahu masalah raihan dengan M sebelum raihan rapat dengan dia..
cuma dia tak tahu benda tu complicated sebab melibatkan perasaan..

bila cerita kat kawan2 yang tak berapa kenal raihan sangat,
diorang boleh cakap,
'ko ni dah macam playgirl pulak'..

actualy sedih gak orang cakap macam tu..
orang tak faham diri kita tapi terus nak judge..
kalau raihan ni playgirl, dah lama raihan kikis diorang...

malah bila kawan dengan M dan D, raihan terus terang dengan diorang.
raihan bukan nak cari boyfriend.
raihan nak cari suami.
so kalau rasa tak nak sampai ke situ, jangan rapat dengan raihan.

dan raihan tak tahu apa ada kat M yang buatkan raihan lebih menyenangi dia...
lebih selesa bila dengan dia...
walaupun raihan nampak dia seperti seorang yang ego tinggi sangat...
tapi sometimes kita tak boleh nak explain perasaan kita sendiri kan?

Kenapa makin raihan nak jauhkan fikiran raihan dari 'M', 
makin raihan ingatkan dia...
kalau dia bukan terbaik untuk raihan,
kenapa raihan masih kuat mengingati dia...

raihan dah berusaha jauhkan diri dari dia...
raihan buang ym dia, supaya raihan takkan nampak nama dia bila raihan on9...
raihan berjaya...
yup... 

tapi suddenly dia ym raihan...
dan kekuatan raihan hilang!

walaupun dia buat macam takda apa2...
dia minta tolong raihan
untuk bantu dia dalam hal kerja dia....
[english dia memang teruk!!! berterabur~~ haha]
tapi taknak cakap kat dia nanti dia terasa hati pulak... :)
padahal kutuk juga sorang...
tapi memang teruk bagi seorang yang bergelar engineer... 
haha~~

actually dulu raihan mula rapat dengan dia sebab suka boleh kongsi2 ilmu dengan dia.. 
bantu dia perbetulkan ayat dia dalam BI... 
at the same time kita pun belajar...

mula2 raihan nak buat tak tahu jer...
tapi tak sampai hati...
be professional...
orang nak belajar dengan kita...
so tak baik kedekut ilmu kan...
walaupun terasa juga sebab dia tak pernah cakap terima kasih... :(
tapi niat kita tolong kerana Allah...
seperti mengajar pelajar2 raihan juga...
bila diaorang cakap Thanks tu rasa best sangat...
Tu namanya appreciation. :)

dan secara tak langsung,
raihan seperti mengharap balik kat M...
Tapi dia, seperti biasa dah tak macam dulu..
macam bercakap dengan orang yang kita tak kenal...

Kalau la raihan boleh cakap kat dia...
Raihan nak diri dia yang dulu...
Tah sampai bila raihan akan terus mengharap kami akan baik macam dulu...

Salah ke kalau raihan doakan hati dia terbuka kat raihan?
atau adakah ituberdosa kerana seperti kita 'memaksa' Allah mengikut takdir yang kita hendakkan,
sedangkan kita tahu jodoh tu rahsia Allah,
dan semua orang dah ditentukan jodoh dia...

Raihan cuma mohon 1 je bila berdoa..
Raihan cuma nak Allah SWT lenyapkan perasaan sayang ni...
Raihan taknak menyayangi seorang lelaki yang bukan jodoh raihan...

ermm.. kenapa la rumit sangat benda ni?

sekarang ni raihan nak buat slow jer...
sampai yang mampu raihan tahan...
tapi kadang2 sedih lihat M yang amat2 cold hearted...



03 January 2012

How to make he understand me...?

Assalamualaikum...


Tadi tiba2 M ym raihan.. terkejut... dah la masa tu depan student. diorang bincang pasal markah diorg. tiba2 ada msg masuk kat ym.. tengok2 M yang msg...

raihan dah ok. actually raihan baru balik dari kampung hari ni. raihan rehatkan diri kat kg... stabilkan emosi balik. malah sebelum raihan balik kg, raihan cuba motivasikan diri raihan.

masuk je tahun baru ni raihan nak tinggalkan semua kisah kesedihan yang berlaku tahun lepas termasuk yang melibatkan M... raihan tak nak mengharapkan kasih orang yang tak ikhlas sayangkan raihan... 

balik sini, raihan dah ok. raihan boleh terima hakikat... malah raihan kawal diri raihan dari msg M... walau macam mana pun raihan rindukan dia... tapi bila dia tetiba msg raihan tanpa apa2 motif, raihan sedih. kenapa nak buat macam ni.. msg pulak dengan memperkatakan benda yang dah lepas... kenapa tak nak settle minggu lepas je..

for me, enough is enough...

jangan dera perasaan orang yang sayangkan kita kalau kita dah taknak dia mengharap.

just stop it...


Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)

Anak Pertama (Kamu Yang Terindah: Yoko)