Friday, July 31, 2015

Kejutan 2015 (I'm getting.... )

Assalamualaikum

Ini la sebab aku letak tajuk kejutan... sebab memang tahun ni byk betul kejutan utk aku... 

sebenarnya sejak nak masuk tahun 2015, antara benda aku paling risau adalah jodoh... tahun ni aku dah 29 tahun, tahun depan dah masuk angka 30.

to be honest, aku takut pegang title andartu... aku hidup dalam kelompok, masyarakat yang suka jaga tepi kain orang... soalan 'bila nak kahwin?' tu memang kau akan dengar kalau pergi mana2...

dan sejujurnya aku jenis orang yang akan pandang perkara tu secara serius.. dan akhirnya diri sendiri yang akan tertekan... betul?

sebab tu lepas aku diduga dengan kehilangan mak, aku sendiri ibarat 'mati'... masa tu memang aku rasa kosong... aku rasa takdir aku kejam... semua benda tak adil untuk aku... satu2 dugaan aku dapat... dan jangan cakap benda tu semua senang... kau akan rasa macam tu bila kau dah ada dalam situasi kau rasa hidup kau okay je kalau kahwin lambat, asalkan kau ada orang yang kau sayang di samping kau iaitu ibu bapa.... but then, kau kehilangan mereka... so can u imagine?

ditakdirkan dalam keadaan aku macam tu, Allah permudahkan sesuatu bagi aku... perkara yang aku risaukan selama ni, Dia mudahkan... 


Aku sendiri macam rasa semua ni macam mimpi... apasal hidup aku jadi berputar 360 darjah dan terus berputar lagi macam ni... 

Raya yang lepas si dia datang bersama ibunya... Dan pada 26 September 2015 nanti, insyaAllah kami akan bertunang...

And at this moment, aku memang berharap mak ada disisi aku.... sedih bila memikirkan mak tak sempat lihat semua ni... sedangkan tahun ni memang banyak mak pesan kat aku, jangan memilih sangat...dia tak kisah siapa pilihan aku asalkan orang tu boleh jaga aku... kadang2 fikir balik apa yang aku bualkan dengan mak, banyak sebenarnya tanda2 dia akan pergi.... cuma ye la... kita memang takkan perasan dan terdetik sama sekali...

kebanyakan persiapan tunang ni memang aku buat sendiri je... aku cuba melakukan majlis seringkas yang boleh... ibarat si dia pesan, buat apa yang dituntut... so aku akan cuba gabungkan majlis impian aku dengan apa yang dia dah pesan...

aku akan update semua persiapan untuk tunang ni... supaya jadi kenangan untuk aku dan juga panduan untuk sesiapa yang memerlukan... aku sendiri dah habiskan banyak giler masa untuk belajar diy hantaran, diy baju tunang, diy semua benda la... 

Doakan majlis ni berjalan sebaik mungkin... so far tak berdebar sangat lagi... rilek2 je... 

22 comments:

  1. tahniah raihan....ein tumpang gembira n bahagia utk pertunangan raihan nanti...

    ReplyDelete