Thursday, September 12, 2013

Fasilitator

Assalamualaikum

last weekend, aku ada program yang dipanggil Menuju Puncak... program KHAS bagi pelajar yang dibawah pointer 2.5...

sepatutnya program ni melibatkan 130 orang pelajar... tapi ada juga tak datang... ada yang bersebab, ada yang suka hati tak datang...

dah pensyarah pulak kan berusaha nak tolong diorang, tapi kalau diri sendiri tak nak ubah nasib, apa yang boleh dinasihatkan

"kekalkan pointer tu je sampai habis belajar... lepas tu sila struggle masa nak cari kerja nanti"


sebagai salah seorang AJK, kami pun kena jadi fasi untuk untuk sesi LDK... setiap fasi slotnya ialah 2 jam dan perlu menjalankan beberapa aktiviti...



dan ini adalah ketika slot aku:





dari 5 aktiviti, aku sempat jalankan 2 je... pastu ada la tambah sikit dengan nasihat dan motivasi berkaitan cara belajar... 

aku pun bukan reti mana nak motivasikan orang ni... tak pernah pun seumur hidup aku motivate orang.. alih2 kena jadi fasi... tapi nasib baik budak2 dalam slot aku ni jenis yang sporting... bila buat aktiviti pun diorang enjoy... 

di akhir program, ada la ceramah dari Prof Madya Izzi Haji Ali... ala yang trademark dia kat hot fm tu, 

tak nak , tak nak, tak nak... (ala suara sengau )

dia hanya bercerita kisah hidup dia je dari kecil hingga sekarang. macam mana dia hampir gagal sampai la dia femes dah sekarang... by the way, Prof Izzi ni pensyarah kat uitm arau juga... 

itu la hidup kita... kita je yang mampu ubahnya... kalau kita gagal, ubah balik hidup kita supaya kita berjaya balik...

tapi kalau sekadar cakap je nak berjaya, tapi usaha dok takat lama juga, sekadar keluar kat mulut je la perkataan berjaya tu...


15 comments: