Wednesday, September 11, 2013

Officially 27

Assalamualaikum

Semalam secara rasminya aku dah 27 tahun... Alhamdulillah... 

Pencapaian selama 27 tahun:

*tak kawin lagi
*tak da rumah sendiri lagi

hah... dok senaraikan yang negatif je dulu... yang positif macam mana pulak

*dah kerja 
*walaupun takda anak sendiri, tapi ada kucing berderet-deret...

dan semalam mendapat hadiah birthday paling best... geran penyelidikan sejumlah 65k... hadiah paling bermakna sejak bekerja ni...

now i knew disebalik keputusan nekad berpindah ke cawangan, mungkin ini adalah hikmahnya... selama 2 tahun kerja di shah alam, asal mohon geran, mesti reject, mesti tak dapat... kalau hantar application tu, bukan yakin dapat.. tapi yakin tak dapat... :)

bila nak kawin pulak?

ni 1 benda yang aku risau juga... umur dah 27 tahun... mostly classmates masa sekolah dulu dah kawin... mostly ker? actually hanya tinggal 2 orang... aku dan seorang lagi kawan... tapi hari tu terbaca status dia, katanya dah nak bertunang... 

so, secara kenyataannya tinggal la aku seorang...

tak kisah la... as long as aku dapat tengok kakak sulung aku kawin dulu... baru-baru ni ada jiran kenalkan seorang lelaki dengan kakak aku... actually kakak aku dah berumur sikit.. manakala lelaki tu adalah duda anak 4... so lepas-lepas dok korek rahsia kat kakak aku, nampaknya diorang dah mula berkawan... alhamdulillah..

aku pun dah kenal dengan anak lelaki tu.. bakal anak saudara, insyaAllah.. ok la.. lembut je budaknya... aku add dia kat FB... dia ni anak bongsu... 

semoga ada la jodoh kakak aku dengan lelaki tu... tak sia2 dia bersabar menunggu jodoh dia... 


0 comments:

Post a Comment