Wednesday, October 2, 2013

Berkorban saja

Assalamualaikum

Minggu lepas aku menghadiri 1 kursus yang diwajibkan bagi 'confirmation' aku... Sebagai pensyarah, tak seperti kakitangan kerajaan yang lain... kalau orang lain, tunggu induksi jer boleh la confirm kan...

Kami tak begitu... ada 4 syarat untuk confirm dalam jawatan. (1) INDUKSI, (2) KURSUS ASAS PENGAJARAN, (3) RESEARCH, (4) PENERBITAN (sekurangnya 1)

Untuk syarat 3 dan 4 aku dah lepas. Alhamdulillah, ada lecturer senior tarik aku masuk ke dalam group research dia.. so settle la syarat tu.

Cuma tinggal induksi dan kursus tu jer. so yang kursus tu dah settle last week... Tapi takda settle sepenuhnya. Ada assignment kena disiapkan... dan kena observe dulu oleh lecturer senior... kira macam cikgu juga, ada penilai akan tengok dia mengajar kan... sama la juga...

dalam kursus ni kami di ajar cara penyampaian lecturer yang berkesan, psikologi berkaitan akademik dll... banyak input sampaikan aku pun dah excited nak masuk kelas dan bagi lecture... Unfortunately, sekarang budak2 diploma tengah exam... so simpan dulu la ke'excited'an tu...

sepanjang kursus aku lihat kami didedahkan dengan teknik pembelajaran berkesan, dan juga cara nak tarik perhatian student supaya diorang tak ponteng dan dapat la ilmu tu...

pensyarah kena itu, kena ini, dan macam2...

Tapi bila fikir realiti students sekarang, hurmmmmmmmmmmm... tah la...

sedih tau... semua sedar, days by days, years by years, tahap 'respect' pelajar kepada pensyarah dah sangat2 kurang...

Ingat tak sedih bila student datang kelas lewat, assignment tak hantar, ponteng, dan sebagainya... bila ponteng, alasan yang diberikan, TERTIDO... kalau aku dulu, tak berani bagi alasan macam tu kat lecturer... paling tak ada idea pun cakap sakit je la...

bagi yang datang lewat, kadang2 masuk kelas buat macam kita ni tak wujud. takda cakap sorry pun... pakai redah masuk.

ingat aku suka nak marah2... tak suka... sebabnya bila start marah automatik pandangan kita kat kelas tu dah berbeza... 

dan kadang2 benda tu macam reflection kepada lecture kita. sebabnya kita akan cakap kat diri sendiri

"dia tak suka kot aku ngaja"

"dia tak suka kot lecture aku"

"aku ni tak pandai kot ngaja"

alih2 kita salahkan diri sendiri balik. dan akibatnya tahap stress pun makin naik dan naik dan naik...

i love my job... that's why i'm here... tapi ada kalanya aku harap aku takkan jumpa student bermasalah macam ni... sebab lama2 kita pun fed up... marah lebih2, student ngadu kat vc... dah tu??? 

macam kes guru2... dulu guru2 boleh je rotan student kalau jenis bermasalah tu kan... takda tindakan apa2... sekarang cuba kalau rotan, tak kena soal siasat dengan polis? so budak2 makin naik lemak... pastu masuk universiti, makin ternak lemak tu banyak2... 






Bakteria salmonela

Assalamualaikum

Kalau dilihat pada nama, macam sedap je bunyi... ala2 ikan salmon pun ada.




Tapi bakteria ni la yang dah menyebabkan kematian 4 orang yang menghadiri kenduri kahwin di Sungai Petani baru-baru ni.

Menurut petikan berita dari Sinar Harian

SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk




Kadang2 benda ni kita pandang ringan je. Tapi bila dah sampai menyebabkan kematian, baru semua macam nak buka mata kan.

Macam kita juga... Pernah terbeli lauk yang dah busuk? kalau basi tahan lagi... Tapi sampai dah busuk tu... kadang2 pelik dengan penjual ni. Fikir untung je... Tak fikir kesannya kalau jual barang2 yang dah busuk ni..

aku pernah juga terbeli makanan yang dah BUSUK. bukan kat warung2 ke apa.. Ni kat kafeteria... Aku beli ayam goreng masa tu... makan2 je terus luah balik... tengok2, isi ayam dah kebiruan... bila bau, memang sah ayam busuk... tah bila punya ayam...

Tapi sebab malas nak kecoh... so biarkan je... nasib baik tak sakit ke apa...



.