Assalamualaikum
Aku ni boleh dikategorikan sebagai bakal pengantin bajet sebenarnya... Nama je kerja elok, tapi ingat aku ni ada simpanan kahwin ker? To be honest, sepanjang aku kerja tak pernah pun fikir nak menyimpan untuk kahwin... Dengan harapan bakal suami akan bagi hantaran berpuluh ribu so guna duit tu je la...
Hah.... Tu nama dia angan2 je la....
Tak payah berangan la unless memang dah rezeki korang macam tu tak apa la...
Tapi bila dah kita ke arah itu, insyaAllah kalau boleh segala benda kau rasa nak beli pakai duit sendiri tanpa meminta kat siapa2 walaupun pihak bank... *senyum simpul*
Untuk majlis tunang ni pun, aku plan DIY (Do-It-Yourself)... Bukan sebab takda duit diknon.... Tapi sebab rasa puas hati kau bersusah payah demi majlis yang akan berlaku sekali seumur hidup (InsyaAllah)... Well, ada orang yang memang dia minat dalam melabur demi memajukan ekonomi orang lain... Tapi aku pula, entah sejak bila aku jadi agak kedekut untuk melabur benda2 macam ni...
So antara yang bakal aku DIY nanti ...
1) Baju tunang
- hasil sesi perbincangan, pakai baju purple (bukan sebab aku suka purple, tapi sebab sesi perbandingan baju aku dan dia, hanya warna ni je yang kami ada baju sedondon... ada lagi sebenarnya iaitu warna teal... tapi sangat tak diduga kami dah pakai baju color tu masa sesi kenal mengenal dengan family masing2 raya lepas... tak plan pun nak sedondon... :) )
- well ni baju raya aku 2 tahun lepas... tapi aku plan nak alter sikit bagi tak la obvious sangat diknon...
- reason seterusnya kenapa pilih baju raya 2 tahun lepas ni, adalah kerana ada memori dengan arwah mak...sebabnya masa nak beli baju ni mak yang pilihkan... walaupun mak tak ada, at least aku cuba hidupkan semua memori dengan dia... itu la untungnya anak mak... kau akan ada 1001 memori yang best untuk dikenang...
2) Mini pelamin
- at first aku taknak buat pelamin.... aku fikir macam apa kes nak beria2 nak berpelamin bagai... tunang je pun... walaupun itu adalah trend zaman sekarang kan...
- ikutkan aku sarung je cincin dalam bilik... soooo traditional kan aku ni... old school mungkin...
- then, tanya bakal tunang, nak buat tak mini pelamin, dia terus cakap NO... dia bayangkan pelamin grand gamaknya.... atau nak sarung cincin kat dalam bilik je.. sekali dia cakap sarung la cincin kat ruang tamu... sebab semua nak tengok... ehhhh... melampau demand dia.. pastu tak bagi ambil pelamin... takkan nak duduk kat tengah2 ruang tamu kan...
-then aku tunjuk contoh pelamin yang aku maksudkan.. jusssstttt a simple one je pun...then he said OK pulak...
Sumber: Blog weeda49 |
Sumber : Pinterest |
3) Hantaran
- kisah hantaran ni agak tragis... mula dari segi pemilihan warna yang salah, then salah pilih kedai... *sigh* bayangkan, aku beli la bantal polistren kat salah satu kedai barang kahwin di taiping... Dengan harga RM8.90 sebiji... tapi bila aku balik perlis aku survey kat salah satu kedai di sni, harga dia hanyalah RM3.90... seriously hari tu perasaan aku down terus... bazir giler duit...
- tapi damage was done... so REDHA je la...
- asalnya aku decide nak buat hantaran warna dark purple... semangat ni pergi cari kain kat NAGOYA taiping dengan harga RM1.80 semeter.... petang tu juga aku balut polistren aku... then, dah siap 3 biji sekali abah aku cakap, tu bukan warna dark purple, tapi dark blue... bertekak manja pulak dengan abah... aku tanya pulak abang, kakak dan anak sedara.. tak lupa anak jiran sebelah rumah... and, guess what, semua setuju mengatakan tu warna dark blue.... aku pun tak tau celah mana aku nampak warna ni dark purple... :(
- dan disebabkan tu berhari2 aku fikir nak proceed ke tak dengan warna dark blue ni... serius tak puas hati...
- then, aku balik perlis... sekali terpandang ada kain lebih yang aku beli a few month ago... plan nak buat tudung tapi malas nak hantar kedai... so aku buka balik balutan hantaran aku and i choose the best color for me... so, finally hantaran aku bertemakan 'khakis'...
Sumber: idea sendiri |
- masalah sekarang ialah gubahan hantaran... ok... bab hantaran... since ni kan majlis tunang express, dengan duit simpanan kahwin pun baru belajar simpan sikit, so hantaran tunang adalah melibatkan yang simple je... benda2 lain akan bawa masa majlis kahwin nanti... kami decide hantaran adalah 5 berbalas 7...
- so untuk dia, aku bagi sampin nikah, sejadah + songkok, coklat, cookies, kek lapis, buah, & .... 1 bekas lagi aku takda idea nak bagi apa.. haha... Tapi my sis kata nak sponsor 1 bekas, so aku sediakan je la dulang untuk dia...
4) Goodies bag???
- so far aku tanya pendapat orang lain, most of them kata tak payah buat... ni majlis tunang je pun... so aku pun masih dipersimpangan nak buat atau tak coz aku berkenan dengan idea majlis tunang blogger Fatin Liyana...
- jadi, kalau buat pun, ini la ideanya... cuma bekas kaca ganti dengan bekas plastik @ plastic bag... mana2 yang lg menjimatkan...
Sumber: Blog Fatin Liyana |
- bukan takat idea ni je aku berkenan... ikutkan serba serbi aku berkenan... dan majlis tunang dan perkahwinan Fatin Liyana adalah sebagai sumber utama yang aku rujuk untuk majlis aku nanti...
5) Makeup Tunang
-Hari tu aku minta kawan aku je yang mekapkan aku... Dia sebagai back up kalau tetiba hari tu aku mengalami serangan Parkinson tiba2... Maklum la orang nervous kan...
- So sekarang memang aku tengah berlatih mekap. sumber rujukan aku harus la Youtube... :)
5) Makeup Tunang
-Hari tu aku minta kawan aku je yang mekapkan aku... Dia sebagai back up kalau tetiba hari tu aku mengalami serangan Parkinson tiba2... Maklum la orang nervous kan...
- So sekarang memang aku tengah berlatih mekap. sumber rujukan aku harus la Youtube... :)
6) Catering
- Haaa... ni tak DIY dah... hehe...
- Untuk catering, aku ambil mak saudara aku jer... senang... dah dijamin sedap... hari tu dah bincang sikit dengan dia.. so antara lauk yang aku request ...
* masak lemak cili api ayam tua
* ulam dan sambal belacan
* ikan belanak masin
* dessert : pulut mangga (kalau ada musim mangga)
* air
- eh by the way, ada 1 lagi lauk yang aku DIY... Lauk paru2 goreng cili... Lauk kegemaran abah aku.. Yang ni aku masak sendiri since sebelum2 ni bila buat lauk ni takda siapa buat ikut yang abah nak... So kali ni aku masak sendiri...
*************************
Ok settle...
So far itu la planning DIY untuk majlis tunang aku... insyaAllah bajet semua adalah seminima yang boleh... Demi kesejahteraan hidup kami berdua nanti... haha...