Allah.... lama benar tak buka blog.... mendiamkan diri terlalu lama... mungkin akibat beban kerja yang terlampau banyak..
entah macam mana boleh terbit keinginan nak ber'blog' balik... InsyaAllah...
SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk
.
A few days ago aku ada la iklankan baju2 terpakai kat fb berkaitan preloved item ni...
Dalam 12 helai pakaian aku tu, 7 daripadanya dah dibeli... antara semua tu ada la 2 baju kurung...
Aku beli baju kurung tu dalam seratus lebih juga sepasang. Tapi pakai baru sekali. Tak selesa sebab besar sangat.
Nak dijadikan cerita ada la seorang ni beli.. mula dia nak beli la dengan item2 lain. Bila aku bagi total harga dia kata mahal... bayangkan dari total rm120, dia suruh aku let go dengan rm65 je.. untuk 4 barang. Di mana sepasang baju kurung tu dia ambil dalam rm30 je...
Jenuh la dok nego dengan dia... actually sakit hati juga.. macam ni memang aku tak boleh jadi online seller... huh...
Dah la aku let go baju kurung tu dengan rm40..
Kemudian aku stick juga dengan harga aku.
Lastly dia ambil sepasang je baju kurung. Dia kata kat aku kalo guna reg post boleh kurang lagi tak.
Aku ingat reg tu stands for regular. So aku bagi la kat dia rm35...
Rupanya reg tu stands for register... hok aloh...
Guna short form bagai aku faham... dia siap kata kalau dengan seller lain diorg faham je...
Haishhh aku angin juga cakap dengan dia sorg... banyak songeh... yg lain beli barang senang je...
So nak buat macam mana.. aku dah pos pun barang tu guna pos biasa.. haha.. tak tahu la sampai ke tak...
Aku siap kata kat dia
"Sometimes short form ni boleh menyebabkan miscommunication"
Kemasukan UiTM dan Profesional Melayu/bumiputraSetiap kali datangnya musim kemasukan ke UiTM, jumlah permohonan ke UiTM sangatlah tinggi. Data kemasukan pelajar ijazah dan profesional baru-baru ini adalah menghampiri 18000 orang yg berjaya.
Namun disebalik kemasukan 18000 orang pelajar ke UiTM, saya yakin masih ramai anak-anak lagi yang tidak berjaya didalam permohonan mereka. UiTM menjadi pilihan utama disebabkan beberapa kelebihan yang ada pada UiTM dan tidak pada universiti lain. Diantaranya adalah yuran pengajian yang murah berbanding IPTA dan IPTS lain. Sekiranya anak-anak tidak berjaya untuk ke UiTM, Ibu- bapa seharusnya bersedia untuk membuat pelaburan yang mana pulanganya adalah berlipat kali ganda iaitu pelaburan dalam pendidikan anak-anak mereka.Syarat kemasukan ke UiTM tidak seperti dahulu lagi. UiTM menerima limpahan pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi disamping merit-merit tambahan bagi setiap calon yang memohon. Sesetengah pihak beranggapan 5A atau 6A mungkin boleh melayakkan mereka untuk memasuki kursus-kursus kritikal di UiTM.Namun anggapan ini adalah tidak tepat. Ada ibubapa yg demand pula dgn keputusan itu. Ramai lagi yg lebih cemerlang.Saya juga menerima aduan dan rayuan daripada pelajar diploma UiTM yang mana permohonan mereka untuk melanjutkan pelajar ke peringiat ijazah tidak berjaya. Hanya sejumlah 30-40% sahaja pelajar diploma UiTM yang akan berjaya ke peringkat seterusnya. Selebihnya akan memasuki sektor pekerjaan bagi keperluan sub-profesional bagi semua bidang. Keseimbangan bilangan profesional dan sub-profesional haruslah dikekalkan oleh UiTM yang mana perlaksanaan program-program diploma adalah bagi memenuhi tujuan tersebut. Ingin saya nasihatkan anak-anak agar berusaha sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang diperingkat diploma untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yg demand dgn syarat minima. Syarat minima tidak jaminkan tempat. Terpulang pd program. Ada yg perlu cgpa lebih dan yg kurang . Sebab itu ada yg kata kawan dpt cgpa rendah tetapi dia lebih tinggi tak dpt. Cuba pjj tak ada bersaingan.UiTM akan terus berbakti kepada bangsa dan negara dan selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini berkenaan dengan peningkatan enrolmen UiTM ke 250 000, saya yakin semakin ramai anak bangsa akan berpeluang untuk masuk dan menimba ilmu di UiTM. Kita haruslah berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah atas keprihatinan untuk menjamin kemajuan dan kelestarian UiTM. Ini tidak bermakna kita terus tambah pelajar. Kita perlu buat perancangan yg teliti supaya tidak terjejas kualiti dan keselesahan.
Syarat kemasukan ke UiTM tidak seperti dahulu lagi. UiTM menerima limpahan pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi disamping merit-merit tambahan bagi setiap calon yang memohon. Sesetengah pihak beranggapan 5A atau 6A mungkin boleh melayakkan mereka untuk memasuki kursus-kursus kritikal di UiTM.Namun anggapan ini adalah tidak tepat. Ada ibubapa yg demand pula dgn keputusan itu. Ramai lagi yg lebih cemerlang.
Saya juga menerima aduan dan rayuan daripada pelajar diploma UiTM yang mana permohonan mereka untuk melanjutkan pelajar ke peringiat ijazah tidak berjaya. Hanya sejumlah 30-40% sahaja pelajar diploma UiTM yang akan berjaya ke peringkat seterusnya. Selebihnya akan memasuki sektor pekerjaan bagi keperluan sub-profesional bagi semua bidang. Keseimbangan bilangan profesional dan sub-profesional haruslah dikekalkan oleh UiTM yang mana perlaksanaan program-program diploma adalah bagi memenuhi tujuan tersebut. Ingin saya nasihatkan anak-anak agar berusaha sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang diperingkat diploma untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yg demand dgn syarat minima. Syarat minima tidak jaminkan tempat. Terpulang pd program. Ada yg perlu cgpa lebih dan yg kurang . Sebab itu ada yg kata kawan dpt cgpa rendah tetapi dia lebih tinggi tak dpt. Cuba pjj tak ada bersaingan.
UiTM akan terus berbakti kepada bangsa dan negara dan selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini berkenaan dengan peningkatan enrolmen UiTM ke 250 000, saya yakin semakin ramai anak bangsa akan berpeluang untuk masuk dan menimba ilmu di UiTM. Kita haruslah berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah atas keprihatinan untuk menjamin kemajuan dan kelestarian UiTM. Ini tidak bermakna kita terus tambah pelajar. Kita perlu buat perancangan yg teliti supaya tidak terjejas kualiti dan keselesahan.