Saturday, September 21, 2013

Short form

A few days ago aku ada la iklankan baju2 terpakai kat fb berkaitan preloved item ni...

Dalam 12 helai pakaian aku tu, 7 daripadanya dah dibeli... antara semua tu ada la 2 baju kurung...

Aku beli baju kurung tu dalam seratus lebih juga sepasang. Tapi pakai baru sekali. Tak selesa sebab besar sangat.

Nak dijadikan cerita ada la seorang ni beli.. mula dia nak beli la dengan item2 lain. Bila aku bagi total harga dia kata mahal... bayangkan dari total rm120, dia suruh aku let go dengan rm65 je.. untuk 4 barang. Di mana sepasang baju kurung tu dia ambil dalam rm30 je...

Jenuh la dok nego dengan dia... actually sakit hati juga.. macam ni memang aku tak boleh jadi online seller... huh...

Dah la aku let go baju kurung tu dengan rm40..

Kemudian aku stick juga dengan harga aku.

Lastly dia ambil sepasang je baju kurung. Dia kata kat aku kalo guna reg post boleh kurang lagi tak.

Aku ingat reg tu stands for regular. So aku bagi la kat dia rm35...

Rupanya reg tu stands for register... hok aloh...

Guna short form bagai aku faham... dia siap kata kalau dengan seller lain diorg faham je...

Haishhh aku angin juga cakap dengan dia sorg... banyak songeh... yg lain beli barang senang je...

So nak buat macam mana.. aku dah pos pun barang tu guna pos biasa.. haha.. tak tahu la sampai ke tak...

Aku siap kata kat dia

"Sometimes short form ni boleh menyebabkan miscommunication"

Tuesday, September 17, 2013

Pesan Dato' VC

Assalamualaikum

Kemasukan UiTM dan Profesional Melayu/bumiputra
Setiap kali datangnya musim kemasukan ke UiTM, jumlah permohonan ke UiTM sangatlah tinggi. Data kemasukan pelajar ijazah dan profesional baru-baru ini adalah menghampiri 18000 orang yg berjaya. 


Namun disebalik kemasukan 18000 orang pelajar ke UiTM, saya yakin masih ramai anak-anak lagi yang tidak berjaya didalam permohonan mereka. UiTM menjadi pilihan utama disebabkan beberapa kelebihan yang ada pada UiTM dan tidak pada universiti lain. Diantaranya adalah yuran pengajian yang murah berbanding IPTA dan IPTS lain. Sekiranya anak-anak tidak berjaya untuk ke UiTM, Ibu- bapa seharusnya bersedia untuk membuat pelaburan yang mana pulanganya adalah berlipat kali ganda iaitu pelaburan dalam pendidikan anak-anak mereka. 

Syarat kemasukan ke UiTM tidak seperti dahulu lagi. UiTM menerima limpahan pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi disamping merit-merit tambahan bagi setiap calon yang memohon. Sesetengah pihak beranggapan 5A atau 6A mungkin boleh melayakkan mereka untuk memasuki kursus-kursus kritikal di UiTM.Namun anggapan ini adalah tidak tepat. Ada ibubapa yg demand pula dgn keputusan itu. Ramai lagi yg lebih cemerlang.

Saya juga menerima aduan dan rayuan daripada pelajar diploma UiTM yang mana permohonan mereka untuk melanjutkan pelajar ke peringiat ijazah tidak berjaya. Hanya sejumlah 30-40% sahaja pelajar diploma UiTM yang akan berjaya ke peringkat seterusnya. Selebihnya akan memasuki sektor pekerjaan bagi keperluan sub-profesional bagi semua bidang. Keseimbangan bilangan profesional dan sub-profesional haruslah dikekalkan oleh UiTM yang mana perlaksanaan program-program diploma adalah bagi memenuhi tujuan tersebut. Ingin saya nasihatkan anak-anak agar berusaha sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang diperingkat diploma untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yg demand dgn syarat minima. Syarat minima tidak jaminkan tempat. Terpulang pd program. Ada yg perlu cgpa lebih dan yg kurang . Sebab itu ada yg kata kawan dpt cgpa rendah tetapi dia lebih tinggi tak dpt. Cuba pjj tak ada bersaingan.

UiTM akan terus berbakti kepada bangsa dan negara dan selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini berkenaan dengan peningkatan enrolmen UiTM ke 250 000, saya yakin semakin ramai anak bangsa akan berpeluang untuk masuk dan menimba ilmu di UiTM. Kita haruslah berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah atas keprihatinan untuk menjamin kemajuan dan kelestarian UiTM. Ini tidak bermakna kita terus tambah pelajar. Kita perlu buat perancangan yg teliti supaya tidak terjejas kualiti dan keselesahan.


Syarat kemasukan ke UiTM tidak seperti dahulu lagi. UiTM menerima limpahan pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi disamping merit-merit tambahan bagi setiap calon yang memohon. Sesetengah pihak beranggapan 5A atau 6A mungkin boleh melayakkan mereka untuk memasuki kursus-kursus kritikal di UiTM.Namun anggapan ini adalah tidak tepat. Ada ibubapa yg demand pula dgn keputusan itu. Ramai lagi yg lebih cemerlang.


Saya juga menerima aduan dan rayuan daripada pelajar diploma UiTM yang mana permohonan mereka untuk melanjutkan pelajar ke peringiat ijazah tidak berjaya. Hanya sejumlah 30-40% sahaja pelajar diploma UiTM yang akan berjaya ke peringkat seterusnya. Selebihnya akan memasuki sektor pekerjaan bagi keperluan sub-profesional bagi semua bidang. Keseimbangan bilangan profesional dan sub-profesional haruslah dikekalkan oleh UiTM yang mana perlaksanaan program-program diploma adalah bagi memenuhi tujuan tersebut. Ingin saya nasihatkan anak-anak agar berusaha sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang diperingkat diploma untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yg demand dgn syarat minima. Syarat minima tidak jaminkan tempat. Terpulang pd program. Ada yg perlu cgpa lebih dan yg kurang . Sebab itu ada yg kata kawan dpt cgpa rendah tetapi dia lebih tinggi tak dpt. Cuba pjj tak ada bersaingan.


UiTM akan terus berbakti kepada bangsa dan negara dan selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini berkenaan dengan peningkatan enrolmen UiTM ke 250 000, saya yakin semakin ramai anak bangsa akan berpeluang untuk masuk dan menimba ilmu di UiTM. Kita haruslah berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah atas keprihatinan untuk menjamin kemajuan dan kelestarian UiTM. Ini tidak bermakna kita terus tambah pelajar. Kita perlu buat perancangan yg teliti supaya tidak terjejas kualiti dan keselesahan.

Kalau dulu orang fikir UiTM ni la universiti yang PALING SENANG nak masuk... dapat result biasa2 pun lepas dah masuk UiTM... 

aku pun percaya juga dulu...

tapi lepas menjadi salah seorang warga UiTM baru aku tahu kenapa UiTM berusaha sedaya upaya memberi peluang kepada para pelajarnya...

Biar la orang kata UiTM = Universiti Tolong Melayu sekalipun.. so what??

Tapi sekarang dah tak macam dulu... nak masuk UiTM bukan calang2 orang boleh masuk. even diploma nak sambung ke degree pun ditapis... setakat dapat pointer biasa2 tu tinggal harapan je la nak dapat program yang disukai...

macam program aku ni... baru2 ni hanya yang dapat pointer elok je diterima buat degree... even yang dapat pointer 3 pun tak dapat sambung degree dalam program yang menjadi pilihan pertama mereka... 

baru2 ni. ada lebih kurang 16 pelajar diploma membuat rayuan supaya diterima masuk ke program kitorang. Tapi alih2 tak dapat sebab induk tak boleh terima diorang since kuota dah penuh... nak hantar ke cawangan, lepas difikir2 tak boleh juga.. banyak masalah yang bakal menanti...

lastly tak tahu apa cerita students tu...

sekarang persaingan makin sengit... nak masuk universiti pun kena bersaing. nak kerja pun lagi la kena bersaing... di mana2 ada je persaingan... 

even di UiTM sekarang ni bukan lagi berkaitan KUANTITI... tapi lebih kepada KUALITI...

jadi kepada yang dapat masuk universiti tu bersyukur la... tolong la BERSYUKUR....



...Attitude...

Assalamualaikum

Berikut luahan hati aku siang tadi di laman FB



bayangkan kalau berdepan dengan pelajar macam ni? 


Thursday, September 12, 2013

Fasilitator

Assalamualaikum

last weekend, aku ada program yang dipanggil Menuju Puncak... program KHAS bagi pelajar yang dibawah pointer 2.5...

sepatutnya program ni melibatkan 130 orang pelajar... tapi ada juga tak datang... ada yang bersebab, ada yang suka hati tak datang...

dah pensyarah pulak kan berusaha nak tolong diorang, tapi kalau diri sendiri tak nak ubah nasib, apa yang boleh dinasihatkan

"kekalkan pointer tu je sampai habis belajar... lepas tu sila struggle masa nak cari kerja nanti"


sebagai salah seorang AJK, kami pun kena jadi fasi untuk untuk sesi LDK... setiap fasi slotnya ialah 2 jam dan perlu menjalankan beberapa aktiviti...



dan ini adalah ketika slot aku:





dari 5 aktiviti, aku sempat jalankan 2 je... pastu ada la tambah sikit dengan nasihat dan motivasi berkaitan cara belajar... 

aku pun bukan reti mana nak motivasikan orang ni... tak pernah pun seumur hidup aku motivate orang.. alih2 kena jadi fasi... tapi nasib baik budak2 dalam slot aku ni jenis yang sporting... bila buat aktiviti pun diorang enjoy... 

di akhir program, ada la ceramah dari Prof Madya Izzi Haji Ali... ala yang trademark dia kat hot fm tu, 

tak nak , tak nak, tak nak... (ala suara sengau )

dia hanya bercerita kisah hidup dia je dari kecil hingga sekarang. macam mana dia hampir gagal sampai la dia femes dah sekarang... by the way, Prof Izzi ni pensyarah kat uitm arau juga... 

itu la hidup kita... kita je yang mampu ubahnya... kalau kita gagal, ubah balik hidup kita supaya kita berjaya balik...

tapi kalau sekadar cakap je nak berjaya, tapi usaha dok takat lama juga, sekadar keluar kat mulut je la perkataan berjaya tu...


Apabila nasib di tangan manusia

Assalamualaikum


aku berfikir, bagaimana nasib masa depan kita ditangan manusia lain... di mana jika manusia tu tukar sebarang keputusan, maka hidup kita pun akan bertukar 360 darjah...

pernah fikir macam tu tak?

macam pengalaman aku satu masa dulu.. disebabkan keputusan manusia lain, aku mungkin tidak berada di tempat aku sekarang... mungkin aku masih menganggur atau mungkin habis je master aku kembali bekerja di kilang...

tapi alhamdulillah.... Allah izinkan aku untuk dapat apa yang aku ada sekarang....

tetapi lain pula yang terjadi pada individu lain... apabila masa depan diorang dipertaruhkan akibat 'kedegilan' manusia lain yang tak boleh bertolak ansur...

mungkin la sebab diorang tu bukan sesiapa bagi manusia terbabit... so apa nak kisahkan... 

aku bersimpati dengan individu2 terbabit... sangat kesian... 

dunia memang tak adil kan...?

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2014

Assalamualaikum

Baru-baru ni dapat emel berkaitan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM untuk tahun 2014 dah dibuka... 

Jadi kalau berminat dan teringin nak jadi salah seorang keluarga UiTM, sila la apply... oh ya.. permohonan dibuka 17 september 2013 hingga 1 oktober 2013 jer... dan permohonan boleh dibuat  di http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm 

pakat-pakat la apply... tapi tak tahu pulak program apa yang ditawarkan... best jadi keluarga UiTM ni... :)

syarat-syarat permohonan seperti berikut:



Wednesday, September 11, 2013

Officially 27

Assalamualaikum

Semalam secara rasminya aku dah 27 tahun... Alhamdulillah... 

Pencapaian selama 27 tahun:

*tak kawin lagi
*tak da rumah sendiri lagi

hah... dok senaraikan yang negatif je dulu... yang positif macam mana pulak

*dah kerja 
*walaupun takda anak sendiri, tapi ada kucing berderet-deret...

dan semalam mendapat hadiah birthday paling best... geran penyelidikan sejumlah 65k... hadiah paling bermakna sejak bekerja ni...

now i knew disebalik keputusan nekad berpindah ke cawangan, mungkin ini adalah hikmahnya... selama 2 tahun kerja di shah alam, asal mohon geran, mesti reject, mesti tak dapat... kalau hantar application tu, bukan yakin dapat.. tapi yakin tak dapat... :)

bila nak kawin pulak?

ni 1 benda yang aku risau juga... umur dah 27 tahun... mostly classmates masa sekolah dulu dah kawin... mostly ker? actually hanya tinggal 2 orang... aku dan seorang lagi kawan... tapi hari tu terbaca status dia, katanya dah nak bertunang... 

so, secara kenyataannya tinggal la aku seorang...

tak kisah la... as long as aku dapat tengok kakak sulung aku kawin dulu... baru-baru ni ada jiran kenalkan seorang lelaki dengan kakak aku... actually kakak aku dah berumur sikit.. manakala lelaki tu adalah duda anak 4... so lepas-lepas dok korek rahsia kat kakak aku, nampaknya diorang dah mula berkawan... alhamdulillah..

aku pun dah kenal dengan anak lelaki tu.. bakal anak saudara, insyaAllah.. ok la.. lembut je budaknya... aku add dia kat FB... dia ni anak bongsu... 

semoga ada la jodoh kakak aku dengan lelaki tu... tak sia2 dia bersabar menunggu jodoh dia... 


Saturday, September 7, 2013

Dulu cahayachenta... sekarang pun cahayachenta...

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi menjengah di blog cahayachenta ini... saya ni dulu blogger yang tegar juga, menggunakan domain yang sama iaitu cahayachenta...

blog saya yang lama saya buat semasa saya masih belajar... umur pun muda-muda jagung lagi.. so banyak la kisah hidup yang terlebih saya kongsikan...

tetapi selepas dah mengenjak usia (bagaikan tua sangat kan...), dan dah bekerja ni payah la sikit... sebab orang akan tetap membaca dan membuka entri lama... so kadang-kadang ada yang masih komen di entri lama... serius cakap, saya pun segan bila baca entri lama tu...

siap kutuk diri sendiri pula tu....

buat pulak rakan-rakan sekerja pula yang buka, hah... bertingkat-tingkat malu...

so semua tu kisah lama.... 

jadi kisah lama biar jadi tatapan saya sendiri je la... dan akan dikongsikan kepada yang berkenaan sahaja...

jadi... ini la cahayachenta yang baru...

semoga semangat nak berblogging datang balik lepas ni...